Kenangan Teman Rapat Yang Telah Pergi
Kehilangannya begitu mendadak, Allah SWT melakukan kehendak-Nya tanpa dapat diramal oleh sesiapa pun. Terdapat orang yang merana sakit berbulan2 atau bertahun2, kurus kering dan terbaring lama, tetapi nafasnya masih dapat ditarik, dan ajalnya belum menjelma. Kawan kita Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman, tanpa menunjukkan sakit yang serius, tetapi dalam segar dan masih dapat bercakap seperti biasa, tiba2 Allah SWT menghentikan nafas dan degupan jantungnya, lalu bercerailah nyawa dari badannya, meninggal dunia tanpa amaran lama, atau dalam keadaan terbaring lesu dan lemah.
Itulah kehendak Allah, dan begitulah setiap individu tidak dapat menelah bagaimana dan di manakah ia akan menghembuskan nafsnya yang terakhir. Al-Quran menjelaskan dalam surah Luqman ayat 33 bahawa dua perkara yang tidak diketahui manusia, pertama ialah apakah yang akan diusahakannya esok, dan kedua, di bumi manakah ia akan meninggal dunia.
Hamid Othman hilang dari dunia ini, apabila dikebumikan selepas Zohor 24 Disember 2011. Jasadnya, bicaranya secara serius dan lawak jenaka, ketawa dan suaranya, tidak lagi dapat kita dengar, meskipun kenangan dan ingatan tentang hidupnya akan wujud bersama kita buat beberapa ketika pada masa yang akan datang.
Dia merupakan seorang yang praktikal dan pragmatik dalam pengertian yang mudah dan senang difahami. Akhir2 ini ia banyak membawa ayat2 dari Al-Quran tentang usaha dalam pertanian dan penternakan. Allah berfirman kepada Nabi Musa supaya memerentahkan kaumnya "menyembelih lembu" maka Allah Yarham mengambil kata kunci "sembelih" sebagai hikmahnya, iaitu sepatutnya kita haruslah memelihara lembu dan menyembelihnya, bukan mengimpot daging lembu dari luar negara. Dan ketika Allah memerintahkan tentang bercucuk tanam, maka Hamid mengambil pengertian bahawa kita haruslah bertanam segala hasil makanan kita, terutamanya makanan utama kita, beras, secara besar2an supaya kita tidak bergantung kepada beras yang diimpot dari Siam, dan negara2 lain. "Lihat saja apabila Thailand di landa banjir, kita menghadapi masalah juga tentang bahan makanan utama ini" ujarnya.
Begitulah falsafahnya secara mudah, tetapi penuh bererti yang sering diluahkan olehnya di mana2 saja, sehingga seorang pendengar yang mendengar ungkapan ini, tidak akan hanya mendengar sekali sahaja, tetapi mendengarnya berulang2 kali di mana2 saja arwah berceramah.
Ketika Kerajaan Malaysia mengeluarkan biasiswanya buat pertama kali untuk pelajar2 Malaysia menyambungkan pelajarannya ke Universiti Al-Azhar, maka kami berlima, iaitu Hamid Othman, Kasim Salleh, Ahmad Awang, Ismail Arifin dan saya, telah dipilih untuk menerima biasiswa itu.
Kami berkelulusan Kolej Islam Malaya, dan diterima masuk terus ke kursus Pasca Siswazah untuk mendapatkan ijazah Sarjana (M.A.) Tiga orang kawan kami iaitu Kasim Salleh (Dr.) dan Ismail Arifin, telah meninggal dunia beberapa tahun dulu, dan semalam Hamid pula yang pergi, maka kini rombongan kami berlima itu hanyalah tinggal saya dan Ustaz Ahmad Awang meneruskan misi kami sebagai pemegang biasiswa pertama dari Kerajaan Persekutuan yang dihantar ke Al-Azhar .
Namun apa2 pun yang terjadi, kehendak Allah akan terus menerus berlaku, ibarat daun2 yang berguguran dari pohan yang rendang, maka akan terdapat daun yang masih hijau dan segar kadang2 gugur ke tanah terlebeh dahulu dari daun2 kering kekuningan di atas pokok yang masih kukuh di ranting sana.
Anak Arwah Hamid, Dr Wafi Nazrain, bercakap kepada orang ramai di saat terakhir tadi memohon supaya semua yang hadir memaafkan ayahnya sekiranya terdapat salah silap yang dilakukannya.
Perasaan kita amat tersentuh dengan ungkapan ini, kerana dalam masyarakat kita pada hari ini, terlalu banyak salah menyalahkan yang berlaku, terutamanya kepada orang yang pernah bergiat cergas dalam politik seperti Allah Yarham. Namanya yang panjang sering dipendekkan dengan penuh sinikal, dan banyak lagi gelaran yang diberikan kepadanya semasa hayatnya.
Mudah2an menepati apa yang disebutkan oleh anak Allah Yarham, sekiranya betul kita merasa arwah bersalah, maka kita ampunkanlah. Cuma satu perkara yang saya tidak tahu bagaimanakah jawapannya, iaitu sekiranya kita memfitnah, mengumpat, dan menuduh, mengatakan sesuatu yang tidak benar kepadanya, sedangkan semasa hayatnya tidak sempat kita memohon maaf kepadanya, maka apakah agaknya yang seharusnya kita lakukan? Dia telah pergi dan tidak akan kembali lagi, tak mungkin lagi kita akan dapat memohon maaf kepadanya, maka apakah akibatnya kepada kita? Nak memohon ampun kepada Allah, memang bolehlah dimohon ampun kepada Allah iaitu sekiranya dosa itu kita lakukan kepada Allah, tetapi bolehkah kita memohon ampun kepada Allah semata2 sedangkan kita berdosan sesama hamba Allah, dan hamba Allah itu tidak atau belum memaaafkan kita?
Hal ini tentulah panjang dan agak rumit jawapannya. Mungkin kita hanya dapat mengambil pelajaran, bahawa kita tidaklah sepatutnya membuat dosa sesama kita, atau kalau terlanjur, mohonlah maaf kepada pihak yang beerkenaan, sebelum terlambat.

Comments
Post a Comment