TURKI DAN MALAYSIA
Sepanjang pengalaman saya semasa berada di Riyadh selama hampir tiga tahun, dan ketika menghadiri Persidangan2 antarabangsa di luar negara, juga melalui pertemuan dengan para akademik dan aktivis agama dan sosial, nampaknya rata2 orang Islam dan bukan Islam di luar memandang Malaysia dan Turki sebagai dua buah negara Islam yang membangun dengan maju, iaitu dari segi ekonomi, pendidikan, teknologi dan sebagainya, dibandingkan dengan negara2 Islam lain yang kebanyakannya masih berada di tahap kemiskinan, atau negara2 Islam yang kaya seperti negara Telok, namun negara2 kaya ini kebanyakannya amat tunduk kepada kuasa politik dan ekonomi Barat, khususnya Amerika Syarikat dan beberapa buah negara Eropah lainnya.
Oleh itu pandangan umum masih melihat Malaysia dan Turki sebagai dua buah negara yang bebas, membangun untuk rakyat, dan menempa imej Islam yang global, berkemajuan dan positif, tanpakehadiran huru hara, kegelisahan ekonomi dan politik yang melampau sehingga membawa kepada pertumpahan darah, peperangan sesama sendiri, keganasan dan sebagainya.
Namun melihat kepada realiti yang sebenarnya dari sudut amalan keagamaan, bagi saya, Turki dan Malaysia tidak mungkin dapat di samakan. Di Turki aktiviti agama kebanyakannya dilaksanakan oleh rakyat, pertubuhan Islam, masjid dan badan bukan Kerajaan, dan ideologi pembangunan syi'ar Islam mereka juga berbeza2. Aktiviti agama di Turki merupakan aktiviti individu, aktiviti sosial biasa yang dilakukan oleh rakyat umum, tanpa dijalankan oleh Kerajaan.
Dalam bidang pendidikan, Kerajaan tidak komited untuk memperkenalkan pelajaran agama, gerakan dakwah juga hanya dijalankan oleh rakyat biasa, mass media, terutamanya yang dikendalikan oleh Kerajaan tidak menampakkan program rasmi untuk agama, kerana agama pada mereka adalah urusan antara individu dengan Tuhannya, bukan urusan pemerintah.
Sejarah Turki menunjukkan bahawa negara ini adalah negara Sekular. Revolosi budaya dan sosial Turki sejak abad ke-19 telah membebaskan Turki dari sebarang bentuk dan syi'ar agama secara rasmi dalam pemerintahannya, budayanya, adat isti'adat, pelajaran, tulisan, dan sebagainya, sehingga dengan itu tulisan Arab, pakaian tradisional, sebarang tanda ritual dan Islam dihapuskan, terutamanya di tangan para belia dan pejuang muda Turki atas Nama CUP. iaitu sebuah pertubuhan bebas yang memperjuangkan kebebasan Turki selepas tahun 1908.(Buku tulisan Andrew Mango "ATATURK" 1999)
Tetapi Kemal Ataturk adalah merupakan pemimpin yang paling beranai dalam memperjuangkan dasar sekularisme ini, iaitu yang membuat deklarasi rasmi bahawa Turki adalah negara Sekular, dan agama tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pemerintah, agama haruslah dipisahkan dari sebarang aktiviti rasmi negara. Para pemimpin sebelumnya tidak mempunyai keberanian seperti beliau dalam melaksanakan dasar sekularisme ini. Oleh itu pemimpin yang datang selepasnya terus menerus mempraktikan dasar negara sekular yang di peloporkannya dengan rasmi itu.
Urusan agama dan peningkatan syi'arnya, amal ibadat dan kegiatan keagamaan adalah tanggung jawab individu dan masyarakat , pihak Kerajaan tidak mempunyai kaitan, malah penonjolan syia'ar agama juga seperti berpakaian Islam, pihak Kerajaan membuat peraturan dan undang2nya yang tertentu, dan hal ini dibuktikan sehingga ke akhir2 pemerintahan Kerajaan yang lepas dengan tidak membenarkan para pelajar wanita dan pekerja Kerajaan memakai tudung kepala. Mereka boleh menutup aurat itu hanya di luar, tetapi tidak ketika datang bekerja, atau menghadiri kulliah di universiti atau sekolah. Bagaimana pun hal ini telah dilonggarkan oleh Kerajaan terbaru yang lebeh mirip kepada Islam, sungguh pun pihak tentera amat ketat dalam membenarkan sebarang simbul dan aktiviti keagamaan dalam urusan rasmi dan dalam masyarakt juga.
Turki dengan rasminya memutuskan hubungan dengan Islam sejak tahun 1928. Pada 24 Mei 1928 tulisan angka dalam simbol Arab telah digantikan oleh tulisan angka antarabangsa. Hubungan bahasa Turki dengan bahasa Arab dan Parsi (Bahasa Islam) juga telah dihapuskan. Bahasa Turki haruslah di tulis dalam huruf Latin, huruf rumi kita, termasuk Quran.
Banyak perkara yang boleh diketengahkan tentang bentuk negara sekular Kemal Ataturke, yang diwarisi oleh pemerentah secara umumnya sehingga kini. Ketika menghadiri satu persidangan bertemakan pendidikan tinggi antarabangsa dalam bulan Jun yang lalu di Ankara, Turki, saya mengemukakan kertas tentang pendidikan Islam di Malaysia, dan para akademik Turki banyak bertanya bagaimanakah pendidikan Islam boleh dimasukkan ke dalam institusi pengajian rasmi negara, sedangkan Islam hanya mengajar bidang ibdat yang amat terhad. Malah sekiranya diajarkan tentang ekonomi, media, teknologi, undang2 dari perspektif Islam pun, bagaimanakah hal itu dapat dilaksanakan dengan teori dan konsep pendidikan Barat yang telah menjadi teras pendidikan dunia sekarang ini.
Mereka tidak pernah mencuba untuk melaksanakan pengajian seperti kita tentang berbagai disiplin ilmu moden yang disepadukan dengan ajaran Islam, malah mereka amat cetek kefahamannya tentang hal ini.
Inilah nampaknya perbezaan dasar kita dengan Turki dalam hubungan rasmi diantara Kerajaan dengan kegiatan Islam. Kalau mereka melihat agama itu adalah hak individu, maka kita melihat Islam adalah urusan individu dan negara. Kelau Kerajaan mereka tidak berperanan dalam sebarang urusan rasmi negara dengan agama, tetapi kerajaan kita berperanan dalam pembangunan Islam. Kalau perlembagaan mereka adalah perlembagaan sekular, maka perlembagaan kita adalah melindungi agama, dan Islam merupakan agama negara.
Kita dilindungi oleh Perlembagaan sehingga dengan itu kita boleh membelanjakan wang negara untuk agama, dan dalam hal inilah kita boleh membiayai pembangunan institusi pendidikan Islam dari peringkat tadika membawa ke peringkat Universiti, memberikan biasiswa kepada pelajar agama, di sekolah agama, tahfiz, membawa kepada pembiayaan mendirikan masjid dan surau, memberikan elaun sara hidup untuk imam dan bilal, guru2 KAFA, menjalankan aktiviti agama di media cetak dan elektronik, menubuhkan institusi dan agensi Negeri dan negara, merayakan hari2 kebesaran Islam, membangunkan institusi kewangan, perbankan, takaful dan inddustri ekonomi Islam, menjadi hub halal bagi makanan, kosmitik, ubat2an dan sebagainya, malah membantu negara2 Islam lain dalam pembangunannya melalui OIC atau secara langsung dengan negara2 terebut..
Orang boleh membandingkan Malaysia dan Turki dari segi pembangunan negara yang pesat dari sudut ekonomi dan teknologi serta tenaga manusia, tetapi sebenarnya orang tidak boleh membandingkan negara kita dengan Turki dari segi dasar dan peruntukan undang2 mengenai hubungan Kerajaan dengan agama, kerana dasar sekular melihat bahawa agama haruslah dipisahkan dari negara, sedangkan kita memertabatkan agama melalui peranan dan dasar Kerajaan.
Dalam hal ini kita haruslah berusaha menambahkan pengalaman dan pengetahuan kita tentang dasar kedua2 buah negara ini dari segi kegiatan dan pembangunan agama, terutamanya dalam mempelajari dasar sekular yang diamalkan oleh negara Turki dan kekangannya dalam pembangunan Islam, serta dasar negara kita yang bebas dari dasar sekularisme.

Comments
Post a Comment