INNA LILLAH WA INNA ILAIHI RAJI'UN
Al-Fatihah untuk ruh teman karib sengkatan di Kolej Islam Malaya dan di Mesir serta sama2 di tanah air, Allah Yarham Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman yang meninggal dunia petang ini di pejabatnya Maju Junction.
Seorang demi seorang teman lama di panggil Allah SWT untuk mengadap-Nya, dan kini tiba masanya Hamid Othman pergi buat selama2nya menemui Allah Azza Wajalla dalam sekelip mata saja.
Pagi tadi ketika saya akan terbang dari Kuala Trengganu ke Kuala Lumpur dengan penerbangan MH 1327 yang berlepas jam 10.05, tiba2 sebelum terbang dan sebelum lagi penumpang dijemput untuk menaiki pesawat, telefon saya berdering, dan di hujung sana ialah panggilan dari Allah Yarham Hamid. Dia bercakap seperti biasa, mengingatkan tentang jemputannya ke rumah anaknya Wafi 31 Disember 2011 ini untuk aqiqah cucunya, anak Wafi di Shah Alam, saya dengan dukacita memberitahunya, bahawa saya tak dapat hadir, kerana akan berangkat keluar negara pada 25 Disember.
Dia menerima maaf saya dengan baik, dan katanya..."Tak pa lah, bagi Madam mai lah" Saya kata ok, madam akan pergi.
Cakap2nya biasa saja, tetapi tidak banyak bergurau seperti yang selalu kami lakukan ketika bersembang dalam telefon, atau dalam mana2 majlis dan perjumpaan.
Pukul 5.57 petang ini, sdra Wan Hamid, memanggil saya melalui telefon, dan dunia menjadi gelap sebentar ketika Wan Hamid menyampaikan berita kematian saudara Hamid itu.
Kini dia telah pergi. Semoga Allah SWT merahmati ruhnya, dan semoga Allah Yarham akan dimasukkan kedalam golongan orang2 yang salihin dan orang2 yang beriman.
Sesungguhnya dari Allah kita datang, dan kepada-Nya lah kita kembali.

Comments
Post a Comment