Murtad ? Kenapa Nak Dikisahkan?
Memang relevan agaknya persoalan di atas ditanyakan sekiranya isu murtad, isu orang memurtadkan orang Islam, merupakan isu pertikaian di kalangan orang Islam sendiri, terutamanya oleh orang politik sendiri. Kenapakah orang Islam sibuk2, sedangkan orang Islam yang sepatutnya memperjuangkan hal ini bertikai dan bergaduh sama sendiri, sama ada hal ini merupakan isu bersama, atau hanya isu sekelompok orang saja?
Isu JAIS dengan Gereja Damansara Utama tempoh hari mengenai kehadiran orang Islam dalam Gereja tesebut dan telah dilaporkan tentang aktiviti memurtadkan orang Islam, menjadi persoalan besar di kalangan pemimpin politik Islam, malah ramai yang mempertahankan Gereja tersebut yang kononnya sengaja dibesar2kan. Sultan Selangor sendiri yang menyedari akan hal ini setelah menerima laporan Jais, tetapi telah mengambil jalan tengah, menang-menang, untuk kepentingan semua, dengan harapan supaya kes ini ditutup dengan hanya mengambil pelajaran dan iktibar, namun titah Baginda itu juga telah dikeritik oleh beberapa orang, termasuk ahli akademik kita.
Malah setelah diadakan Perhimpunan Sejuta Umat tidak lama dulu ekoran dari kes ini untuk menyedarkan umat Islam tentang kes ini,, maka perhimpunan itu telah menerima komen sinikal, dan dilemparkan dengan berbagai2 tuduhan negatif, oleh orang Islam, dan oleh orang2 politik juga, termasuk yang sering berteriak untuk perjuangan Islam.
Jadi kalau begitulah sikap dan pendirian orang Islam sendiri tentang hal ini, apakah lagi yang kita harapkan dari perjuangan orang Islam tentang isu ini? Kalau orang Islam sendiri lebeh mementingkan kepentingan diri dan taksub politik kepartian mereka yang amat tebal, apakah lagi yang dapat kita harapkan dari orang Islam sendiri untuk memperjuangkan hal ini secara kolektif, secara sepadu tanpa mengira latar belakang kefahaman politik masing2? Apakah kesannya yang akan didapati sekiranya orang politik sendiri berbalah dalam hal ini? Tak kiralah berbalah dalam bentuk apa pun, tetapi hal ini menunjukkan bahawa penyiasatan pihak berwajib agama Islam negara kita, atau pengakuan Sultan tentang wujudnya gejala memurtadkan orang Islam, pengakuan pihak atoriti agama negeri juga menunjukkan kebenaran gerakan ini, maka sekiranya hal ini dipertikaikan, ertinya tidak wujudlah dengan jelas gerakan memurtadkan orang Islam ini, jadi tak perlulah dalam keadaan ini kita heboh2kan isu ini!!
Tetapi demi perjuangan untuk agama kita, saya rasakan kita tentulah tidak seharusnya merajuk begitu, malah kita tentulah tidak seharusnya berputus asa dalam hal ini untuk melihat di sekeliling kita tentang gerakan tersusun yang diatur oleh pihak2 yang tertentu bagi melemahkan akidah umat kita.
Biarkanlah segelintir umat Islam yang taksub dan bersifat partisan melampau itu berusaha mengambil hati orang lain dengan memusuhi perjuangan yang benar oleh umat Islam sendiri, janganlah dipedulikan mereka itu asalkan kita mempunyai niat yang suci kerana Allah untuk memerangi cabaran kepada akidah umat kita ini.
Tanda2 dan perkembangan yang berlaku di dalam negara kita ini juga menunjukkan bahawa dalam kegawatan politiking yang merbahaya ini terdapat para pejuang yang tidak gentar dengan ancaman terhadap kedudukan mereka demi memperjuangkan Islam di negara ini, kedudukan dalam politik atau lain2nya tidak menghalang mereka daripada bangun dengan penuh semangat demi perjuangan ikhlas untuk Islam.
Namun bagi saya, satu persiapan lain yang seharusnya dilakukan, selain dari kempen2 kesedaran tentang kehadiran ancaman dari pihak luar untuk memeurtadkan kita, maka usaha haruslah dilakukan terutamanya oleh pihak berkuasa agama di peringkat pusat dan negeri bagi memperkokohkan iman dan akidah anak2 dan generasi baru kita supaya segala apa saja cabaran yang mereka terima, termasuk sogokan wang, hiburan, kepentingan dunia dan sebagainya tidak akan mempengaruhi mereka untuk menjadi murtad dan meninggalkan akidah Islam yang suci itu.
Inilah cabaran yang lebeh besar yang kita hadapi sekarang, iaitu bagaimanakah caranya memperkokohkan pegangan agama dan akidah umat Islam itu sendiri dalam menghadapi segala kemungkinan sogokan, cabaran material dan moral, tawaran2 lumayan dunia, nafsu dan sebagainya yang dilakukan untuk merosakkan akidah mereka.
Agenda inilah yang seharusnya difikirkan oleh semua pihak supaya usaha untuk menyelamatkan akidah umat Islam tidak hanya merupakan lahir dalam bentuk memberikan kesedaran kepada umat Islam tentang cabaran dan tektik orang lain terhadap mereka, tetapi dalam masa yang sama umat Islam sendiri seharuysnya bertindak secara yang lebeh proaktif menyedari akan kelemahan diri, dan berusaha memperkuatkannya.
Disamping menyalahkan orang lain, kita haruslah berusaha melihat kepada kelemahan kita sendiri, supaya segala cabaran yang kita hadapi akan dapat kita atasi secara holistik.
Inilah cabaran sebenarnya yang kita hadapi dalam isu ini.

Comments
Post a Comment