PENGAJARAN CERAMAH ZAKIR NAIK
IKTIBAR DARI CERAMAH DR ZAKIR NAIK
Saya percaya ramai orang Malaysia, Islam dan bukan Islam, yang telah berpeluang mengikuti ceramah yang berkualiti dan banyak membuka minda dari intelek Muslim India, Zakir Naik, dalam kunjungannya ke negara kita baru2 ini.
Satu perkara yang menarik perhatian saya secara khususnya ialah tentang kenyataannya bahawa ketika beliau berceramah di mana2 saja tempatnya, dia selalu menegaskan bahawa sekiranya kita mahu mengetahui dan memahami agama Islam dengan segala sistem dan pengajaranya, maka kaji dan fahamilah kitab suci Al-Quran. Halusi dan hayati segala pengajarannya, barulah kita dapat memahami Islam itu sebenarnya, bukan dengan hanya melihat dan memerhatikan masyarakat orang Islam dengan segala perbicaraan, perilaku, dan tindakannya, kerana orang Islam akan memperagakan berbagai2 perhiasan dan kelakuan, termasuk yang buruk, salah pengertian, tidak bermoral dan segala unsur negatif lain yang bukannya dari ajaran Islam itu sendiri.
Demikian juga, kalau kita hendak mengerti konsep agama Kristian dan memahaminya dengan kefahaman yang sebenar2nya, maka baca dan kajilah Bible yang asli, maka kita akan dapat memahami Kristian yang murni, bukan dengan kelakuan dan amalan orang Kristian sendiri yang telah menyeleweng dari hakikat asalnya.
Saya mengambil iktibar dari kenyataan ini tentang usaha kita hendak memahami perjuangan parti politik di negara kita. Kerana selama ini kita sering mengambil kesimpulan tentang sesebuah parti politik itu dari cakap2 orang tentang falsafah dan dasar parti yang tertentu, malah dari kelakuan pemimpin dan pengikut sesuatu parti politik itu, lalu kita mengambil kesimpulan yang salah tentang parti itu.
Saya bandingkan dengan hakikat yang diperkatakan oleh Zakir Naik itu, lalu saya merasakan bahawa sekiranya kita hendak memahami perjuangan parti politik tertentu serta agenda kerjanya, maka kita seharusnya mengkaji perlembagaan parti itu, jangan hanya mendengar orang lain berbicara tentang parti itu.
Untuk memahami perjuangan parti2 politik Melayu tentang Islam umpamanya maka cubalah kaji perlembagaan parti2 tersebut, apakah terdapat agenda perjuangan Islamnya atau tidak, Sekiranya terdapat dalam tujuan dan objektif parti itu untuk memperjuangkan Islam, maka walau pun orang mengatakan parti itu parti yang tak mahu Islam, hal itu tidaklah seharusnya dihiraukan, kerana perlembagaan parti itu telah menjelaskan tentang hal ini, iaitu mempertahankan Islam sebagai agama negara.
Dengan itu saya berharap segala hukuman yang dijatuhkan kepada mana2 parti politik sama ada dari segi agenda agama, politik, kebangsaan dan sebagainya, maka setiap orang dari kita haruslah melihat kepada perlembagaan parti berkenaan, jangan kerana orang selalu menjajakan bahawa parti itu tidak mahu Islam, maka kita pun terus mengatakan demikian. Inilah sebenarnya kelemahan kita pada umumnya, iaitu kita kurang menjalankan penyelidikan dan kajian tentang sesuatu, lalu kita hanya mendengar cakap2 orang, atau menggunakan sentimen serta emosi sendiri, lalu kita percaya kepada persepsi yang salah.
Mungkin kadang2 terdapat kelakuan dan perilaku sesetengah pemimpin atau pengikut parti tertentu yang nampaknya amat negatif dan songsang, menyeleweng dari dasar parti, tetapi hal itu adalah merupakan perkara biasa dalam masyarakat manusia, dan tidak semestinya kelakuan itu merupakan terjemahan dari dasar perti tersebut, malah hal itu adalah merupakan penyelewengan yang dilakukan, dan pihak parti itu haruslah mengambil tindakan kepada penyeleweng itu kerana telah bertindak di luar batas2 yang telah dirangka di dalam perlembagaan partinya.
Kelakuan buruk segelintir umat Islam umpamanya tidak semstinya menggambarkan bahawa agama Islam itu buruk, tetapi kelakuannya itu yang tidak mengikut prinsip dan ajaran Islam yang mengakibatkan orang mengatakan islam itu agama yang tidak baik.. Maka kita bertanggung jawab untuk mendidik manusia supaya bertindak mengikut ajaran Islam yang baik, namun begitu kelemahan dan sifat manusia yang bertindak mengikut nafsu dan keinginannya sendiri yang menyebabkan mereka berkelakuan buruk, sedangkan ajaran Islam itu amat baik.
Demikianlah juga dengan dasar parti politik, kita haruslah menilai akan perlembagaan dan dasar perjuangannya, dan agenda perancangannya jangka pendek dan panjang dalam usaha kita untuk memahami dasar parti tersebut.
Kelakuan buruk segelintir umat Islam umpamanya tidak semstinya menggambarkan bahawa agama Islam itu buruk, tetapi kelakuannya itu yang tidak mengikut prinsip dan ajaran Islam yang mengakibatkan orang mengatakan islam itu agama yang tidak baik.. Maka kita bertanggung jawab untuk mendidik manusia supaya bertindak mengikut ajaran Islam yang baik, namun begitu kelemahan dan sifat manusia yang bertindak mengikut nafsu dan keinginannya sendiri yang menyebabkan mereka berkelakuan buruk, sedangkan ajaran Islam itu amat baik.
Demikianlah juga dengan dasar parti politik, kita haruslah menilai akan perlembagaan dan dasar perjuangannya, dan agenda perancangannya jangka pendek dan panjang dalam usaha kita untuk memahami dasar parti tersebut.
Inilah secara sepintas lalu iktibar yang saya perolehi dari ceramah Dr Zakir Naik tersebut untuk renungan kita bersama supaya kita tidak salah tanggapan terhadap sesuatu perkara kerana mendengar dan percaya kepada cakap2 orang lain tanpa usul periksa lagi.
Dr Zakir Naik juga menegaskan bahawa kalau kita hendak mengkaji ajaran imam Shafie, maka kita baca dan kajilah kitabnya Al-Umm, jangan membaca pandangan orang lain atau petikan yang mereka buat, apa lagi tafsiran orang lain tentang Imam Syafie. Kembalilah kepada sumbernya yang asal.
Wallahu a'lam.
Comments
Post a Comment