DS NAJIB DAN JEMAAH TABLIGH...JALUR KETIGA?
JEMAAH TABLIGH SEBAGAI JALUR KETIGA Melihat kunjungan PM Najib ke masjid Sri Petaling malam tadi, beramah mesra dan bersembahyang kemudian mendengar tazkirah dengan para jemaah di masjid tersebut, mengingatkan saya kepada pencarian kumpulan yang mungkin agak berkecuali untuk menjadi "jalur ketiga" dalam memberikan pandangan tentang perselisihan pendapat mengenai Islam di dalam dunia politik negara kita ini. Saya teringat begitu kerana selama ini jalur ketiga yang sering muncul, terutamanya di media cetak atau letronik, sering dilihat sebagai golongan yang berat sebelah kepada ideologi politik kepartian, walau pun hakikatnya tidak begitu. Kumpulan Tabligh ini, menurut fahaman saya, menumpukan aktiviti dan kefahaman mereka semata-mata untuk dakwah mengikut cara mereka, iaitu berat kepada kerohanian dan kehidupan sederhana dengan keterampilan serta methodologi dakwah mereka sendiri yang amat unik. Mereka tidak kelihatan dalam aktiviti kemasyarakatan yang ...