TRAGEDI LAHAD DATU: MENCARI SIAPAKAH YANG SALAH?
2-TRAGEDI BERDARAH DI LAHAD DATU:
MENCARI KESALAHAN ORANG LAIN...
Memang telah menjadi tabiat manusia biasa, jika berlaku sesuatu kejadian yang tidak baik, maka akan segeralah dicari pihak lain yang harus dipersalahkan. Kejadian berdarah di Lahad Datu mengundang kecaman dari beberapa pihak terhadap Kerajaan yang dikatakan sebagai pihak bertanggung jawab yang terlalu lambat bertindak, cuai dan tidak perihatin terhadap maruah dan keselamatan negara.
Memang kalau dilihat dari sudut pandangan sempit dan sepintas lalu, orang yang mengecam dan membuat tuduhan tersebut, mungkin mempunyai alasannya sendiri, diantaranya ialah kerana terlalu lama mengambil masa untuk melakukan tindakan, sehingga beberapa nyawa pasukan keselamatan kita telah terkorban, barulah tindakan mahu diambil.
Tetapi bagi pihak Kerajaan pula, maka, pada pandangan saya, pihak yang berkuasa juga mempunyai alasan kenapakah mereka lambat bertindak. Pertama sekali ialah untuk cuba menyelesaikan kerisis ini secara damai, iaitu secara perundingan, bertolak ansur, supaya sesiapa pun tidak akan tercedera atau kehilangan nyawa, malah dalam hal ini Kerajaan Philipina juga telah menawarkan pertolongan untuk mengangkut para pemberontak itu supaya dibawa pulang dengan selamat ke negara mereka. Perancangan awalnya ialah supaya kerisis ini tidak akan membawa kepada pertumpahan darah dan kehilangan nyawa sesiapa pun.
Perundingan ini berlanjutan, dan sememangnya tidak kelihatan akan berlaku kekerasan, apa lagi pembunuhan. Kita sebuah negara yang berpegang teguh kepada ajaran Islam, dan kebanyakan para pemberontak itu juga beragama Islam, maknanya kita berepan sesama Islam, tentulah amat tidak wajar kita terus melakukan kekerasan, walau pun pada dasarnya kita berhak mempertahankan diri, termasuk mengambil jalan kekerasan untuk mengusir musuh dari negara kita.
Negara kita tidak mempunyai tendensi untuk melakukan kekerasan. Tidak pernah terjadi pencabulan ke negara kita oleh mereka yang dianggap sebagai musuh yang kebanyakannya beragama Islam pula. Pada mulanya kelihatan mereka telah bertindak secara aman, mengemukakan permintaan tanpa meletupkan sebarang peluru, atau mengancam akan berperang, mengangkat senjata. sebab itulah nampaknya pasukan keselamatan kita juga agak releks.
Pertimbangan inilah yang saya rasa merupakan faktor yang melambatkan tindakan kekerasan pihak kita, dan sebagai umat Islam, kita tetap masih bersangka baik terhadap saudara-saudara kita sesama Islam. Kita bukan merupakan Kerajaan yang sering bertindak menyerang, menggunakan senjata dan bom serta membunuh pemberontak. Tidak pernah berlaku kematian dalam demonstrasi jalanan yang berlaku selama ini di negara kita, kecuali ketika menghadapi musuh seperti komunis, atau kekacauan yang bermorifkan politik perkauman yang pernah terjadi di negara kita.
Berdasarkan hal ini saya rasa amatlah tidak adil untuk kita menjatuhkan hukuman kepada pihak berkuasa negara dan anggota keselamatan kita, kerana mereka sedang melakukan satu tindakan berhikmah dan penuh diplomasi, apabila pada akhirnya, musuh kita telah bertindak mengejut secara kekerasan sehingga memulakan tembakan dan membunuh anggota polis kita.
Memanglah amat malang bagi kita bahawa segala tindakan yang kita rasa amat bijaksana, berpandukan kepada ajaran Nabi kita sendiri ketika baginda beberapa kali menghadapi musuhnya, rupa-rupanya akhirnya memakan korban terhadap pasukan polis kita sendiri, dan dalam hal ini nampaknya pihak penceroboh telah melakukan satu tindakan yang amat tidak bertamadun dan telah mengeksploitasikan kesabaran kita untuk memuaskan nafsu mereka sendiri.
Kini nampaknya cabaran yang dihadapkan kepada pasukan polis dan tentera kita telah membuka banyak pintu kekerasan, memakan korban nyawa yang banyak, satu tindakan yang cuba dielakkan selama ini. Malah kita sebenarnya telah bertindak dengan tujuan untuk mempertahankan negara dan penghormatan kita, walau pun tindakan itu tidak mahu kita lakukan pada mulanya.
Oleh itu saya rasa amat tidak adil untuk kita mengecam orang yang berniat baik bagi mengelakkan pertumpahan darah, terutamanya untuk menjaga nama baik bangsa dan agama kita sendiri, yang selama ini kita tidak pernah bertumpah darah sesama bangsa dan agama, malah tidak pernah berperang secara terbuka terhadap musuh yang datang menyerang kita di luar batas-batas yang dibenarkan oleh undang-undang antarabangsa.
Kita selama ini sentiasa mengambil jalan damai dan berdiplomasi, perundingan dan dialog, untuk menyelesaikan kerisis dan masalah.yang kita hadapi di dalam negara atau di luar negara. Mungkin dengan kejutan yang dilakukan oleh umat seagama dengan kita sendiri ini akan dapat juga memberikan iktibar dan pelajaran kepada kita supaya lebih berhati-hati pada masa yang akan datang.
Tuduhan dan kecaman yang dilemparkan itu sebenarnya tidak memberi kesan yang serius, kerana kecaman itu datangnya dari musuh politik Kerajaan yang tentunya tidak memberikan erti bagi orang-orang yang mahu berfikir dan mempunyai pertimbangan yang rasional. Sebaliknya, Kerajaan juga mungkin akan dikecam lebeh hebat lagi sekiranya dari awal-awal lagi bertindak keras dan membunuh pemberontak itu, maka pada masa itu Kerajaan akan dituduh telah melakukan kekejaman yang tidak berperi kemanusiaan, tergesa-gesa tanpa berunding dan sebagainya...jadi semuanya serba salah, dan semuanya silap.....Biarkanlah mereka...

Comments
Post a Comment