MALAM RAYA - 29 Ramadhan 1436 - 16 Julai 2015
Malam Raya baru menjelang, ketika para jemaah beberapa orang berjalan menuju ke Surau kami untuk berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib, kemudian bertakbir raya beramai-ramai. Malam ini tidak ramai bilangan jemaah seperti biasa, kerana ternyata ramai jemaah yang telah beredar pulang ke kampung, meninggalkan daerah kami ini, Yang tinggal hanyalah beberapa orang lama yang tidak perlu tergesa-gesa balik ke kampung, atau tidak ada sesiapa lagi di kampung. Kenangan segera membuka ruang untuk para jemaah yang tinggal ini merasa agak lain dari yang lain. Selalunya selepas berbuka dan selesai solat maghrib mereka akan mengadap makan malam yang agak banyak lauk pauknya, tetapi pada malam ini hanya beberapa mata lauk untuk di makan sekadarnya saja. Lepas isyak, dan setelah bertakbir dari selesainya solat Maghrib tadi, jemaah hanya bersurai tanpa moreh lagi, kerana waktu masih awal, dan mereka perlu pulang ke rumah untuk tujuan lain bagi setiap isi rumah, yang p...