22 RAMADHAN 1436 - EPISOD KEDUA PULUH DUA (9 JULAI 2015) - KETIDAK SETABILAN NEGARA ISLAM
Perbincangan Majlis Dialog surau ini dua malam lepas ialah tentang kemerosotan undi yang diperolehi parti yang condong kepada Islam di dalam Pilihan Raya minggu pertama bulan Julai baru-baru ini. Parti pimpinan Erdogan itu memenangi pilihan raya Presiden, pada akhir tahun lepas, dan Erdogan tetap mejadi Presiden, cuma partinya dalam pilihan raya Parlimen yang dilangsungkan pada 7 Julai yang lalu, hany menang 41% sahaja, berbanding lebih 50% dalam pilihan raya sebelum ini, maka partinya terpaksa menunggu hasil penubuhan kerajaan campuran dengan parti lain yang ada diantaranya yang anti Islam, atau berdasarkan prinsip sekularisme.
Pihak parti pemerintah sebelum ini yang pro Islam sebenarnya tidak dapat berbuat apa-apa, kerana demikianlah tabiat pembentukan kerajaan dalam sistem negara demokrasi ini, iaitu ketika seorang rakyat yang berhak mengundi di berikan satu suara, dan terletaklah kepada rakyat untuk memilih parti yang mana untuk memerintah...
Tetapi Dr Ishak mempunyai analisisnya yang tersendiri kenapakah parti pro Islam itu kalah. "Sebab permainan Barat, terutamanya Amerika" tegasnya ringkas. Kemudian menyambung "Pihak Barat mempunyai agenda untuk memerangi negara yang sedang berusaha melaksanakan prinsip-prinsip Islam dengan strateginya yang tersembunyi, tetapi amat berkesan" katanga lagi.
"Negara-negara Islam pada umumnya di Timur Tengah telah berjaya dikucar kacirkan oleh penjajahan Barat" kata Dr Ishak lagi. "Kali ini Turki pula hendak di tumbang terbalikkan" sambungnya. "Sebab itulah seperti kata saudara kita pada malam itu, Tv Barat, media sosial, internet, dan saluran lain, telah memainkan peranan yang amat berkesan untuk menggambarkan bahawa Turki dalam pemerintahannya yang lalu telah banyak melakukan kesilapan sehingga membawa kepada kemunduraan ekonomi, kelemahan perniagaan, kejatuhan moral dan meningkatnya kejadian jenayah, serta 1001 kegelisahan rakyat yang digambarkan oleh media itu tentang keadaan rakyat Turki sebagai satu kerisis yang amat besar, sedangkan hakikat yang sebenarnya tidaklah demikian"
"Memang media antarabangsa amat besar pengaruh dan kesannya kepada rakyat" tambah Dr Ishak lagi "Kadang-kadang TV tidak perlu kepada sebarang komentar,...cukup dengan menunjukkan rakyat berdemonstrasi, bergaduh dengan pasukan keselamatan, rakyat yang miskin dan tidak punya makanan, maka semuanya itu telah cukup untuk menggambarkan keburukan sesebuah negara itu, yang akhirnya memburukkan imej negara tersebut, sedangkan hakikatnya keadaan yang sebenarnya dalam negara tersebut tidaklah seburuk itu"
Prof Taib yang turut berbincang isu ini dua malam lepas, kini memberikan pandangannya "Barat tentunya merasa selesa dengan pengaruh mereka di Timur Tengah setelah menjadikan kebanyakan negara-negara di sana berada dalam kerisis sesama sendiri, dan kemudiannya golongan ekstremis IS, ISIS atau ISIL menambahkan lagi kemelut kerisis di sana dengan keadaan yang amat kecoh itu. Maka kini sebuah lagi negara Islam yang hendak mereka cuba mempengaruhi rakyatnya bangun menentang Kerajaan, dan mengubah dasar negara itu. Jadi nampaknya Turki selepas ini akan mulai kembali ke perubahan baru yang berdasarkan liberal, sekularisme dan besar kemungkinan tidak lagi berteraskan Islam yang sebenarnya"
"Apakah hal ini juga yang sedang kita hadapi di Malaysia?" bertanya seorang jemaah.
"Ya mungkin" jawab Prof Taib. "Keadaan yang tidak setabil di negara kita pada masa kini merupakan bibit-bibit ke arah perubahan yang lebih besar menanti negara kita. Bila keadaan tidak setabil dalam ekonomi, kadar pertukaran wang jatuh, harga barang tinggi, inflasi dan sebagainya, maka orang ramai merasa gelisah. Tambahan pula keadaan politik yang gawat, kerisis kepimpinan yang cemas, gambaran negatif tentang suasana kerisis moral, gambaran tentang berleluasanya rasuah dan penyalah gunaan wang, maka hal ini semua menjadikan rakyat tidak tenteram, dan dalam keadaan inilah banyak cabaran yang akan dihadapi, yang boleh mengubah senario politik dan pemerintahan negara kita, yang ditakuti tidak akan menguntungkan bangsa dan agama kita"..
"Kita rakyat biasa hanya dapat berdoa saja, terutamanya dalam bulan puasa ini...Semoga kita sendiri melalui pemerintahan yang bijak, kepimpinan yang matang dan rasional, akan dapat menghadapi ketidak setabilan yang berlaku kepada negara kita sekarang, dan dapat keluar dari kemelut dan kerisis ini dengan selamat" Kata Dr Ishak
"Yang pentingnya kita mestilah bersatu dalam segala-segalanya, mempunyai hala tuju yang sama, tanpa mengira parti politik, kerana yang kita mahu sekarang ini ialah kekuatan bagsa dan agama kita, sebab kekuatan itulah yang hendak dilemahkan oleh musuh-musuh kita, seperti yang dapat di lihat di Turki itu" tambahnya
"Yalah" tiba-tiba seorang jemaah yang tidak di kenali berkata "Timur Tengah telah rosak dan tidak lagi dapat menyusun perjuangan bangsa Arab dan Islam yang kemas dan kukuh kerana keadaan yang semuanya berada dalam kerisis, pelarian perang, peperangan dan sebagainya. Pelarian perang dari Syria sahaja telah meningkat jutaan orang, antara 4 juta dan 7 juta, yang mencari perlindungan di negara-negara jiran, malah melarikan diri ke Eropah, terutamanya ke Sweden"
Jemaah ini kemudian menambah "Turki dan Malaysia yang dianggap sebagai model negara Islam yang membangun dengan baik, maka Turki telah berjaya di lemahkan sekarang ini, dan mungkin begitulah yang akan dilakukan terhadap negara kita. Mula-mula jadikan negara kita tidak setabil dalam segala-galanya, kemudian tukar pemerintahan yang anti bangsa dan agama kita...habislah.." sambungnya seolah-olah menutup perbicaraan malam ini.
Dr Ishak dan Prof Taib menambah sedikit sebanyak akan perbicaraan mereka, sebelum Dr Ishak menutup majlis dialog pada malam itu, untuk di sambungkan pada malam esok, yang menurutnya, mungkin Salim akan datang kembali membicarakan perbincangan yang telah dimulakan mengenai ISIS dan penyertaannya...

Comments
Post a Comment