19 RAMADHAN 1436 - EPISOD KESEMBILAN BELAS (6 JULAI 2015) KE MANA TURKI KINI?
Majlis dialog malam ini di isikan dengan tajuk lain, sementara menunggu Halim untuk kembali semula selepas ini bagi berbicara seterusnya tentang pengalamannya menyertai IS di Syria.
Majlis malam ini berbicara tentang pergolakan di negara Islam Turki selepas pilihan raya baru-baru ini. Bagi memulakan pembicaraan ini majlis menjemput Prof Ishak memberikan pandangannya tentang pilihan raya Turki baru-baru ini.
"Dunia moden memandang Turki dan Malaysia sebagai dua buah negara Islam yang sedang membangun di dalam semua bidang pembangunannya, iaitu dari segi prasarana, sains dan teknologi, pendidikan, politik, ekonomi, spiritual dan sebagainya" kata Dr Ishak memulakan bicaranya di hadapan jemaah yang agak kurang pada malam ini di sebabkan oleh cuaca panas dan Ramadhan semakin lanjut, yang lebih banyak di ambil kesempatan oleh umat Islam keluar membeli belah selepas Terawih.
Prof Ishak bagaimana pun menjelaskan bahawa Turki mengikut Perlembagaannya masih tetap sekular, malah satu peruntukan undang-undangnya menyebut bahawa berpoligami di Turki adalah merupakan satu pelanggaran undang-undang, dan orang yang berpoligami boleh dihukum menurut undang-undang Turki apa bila di sabitkan kesalahannya, sama ada tertuduh seorang Islam atau bukan Islam, namun kebanyakan kesnya adalah mengenai orang Islam, kerana Islam membenarkan poligami.
"Inilah undang-undang sekular yang berkuat kuasa hingga kini" kata Prof Ishak, dan mengikutnya undang-undang ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam, kerana Islam membenarkan poligami dalam keadaan yang tertentu, dengan beberapa syarat yang digubal untuk melindungi para wanita dan menjamin kesejahteraan keluarga.
"Tolong, tolong" tiba-tiba bunyi orang menjerit meminta tolong dari belakang jemaah lelaki di satu sudut sana."Pak Dolah jatuh, pengsen" kata suara itu.
Jemaah menyerbu ke arah tempat itu, dan mengangkat Pak Dolah keluar dengan segera, sambil mencari sesiapa yang dapat membawakannya ke hospital, kerana nampaknya Pak Dolah tidak bersuara dan tidak bertindak balas kepada panggilan orng ramai yang tidak henti-henti memanggil namanya. Badannya kejang, matanya tertutup, dan mukanya pucat.....
Majlis dialog ditangguhkan serta merta, dengan janji bahawa pada malam esok Prof Ishak akan menyambung pembicaraannya..

Comments
Post a Comment