16 RAMADHAN 1436 - EPISOD KEENAM BELAS (3 JULAI 2015) MATI SYAHID YANG TIDAK KUNJUNG TIBA..

Halim menceritakan bahawa perasaannya mulai berjinak-jinak dengan Arab ketika dia sekecil berumur tiga tahun lagi, dia telah di pakaikan jubah dan songkok puteh, terutamanya ketika ke surau dan sekolah agama. Masa itu lagi dia memikirkan bahawa untuk menjadi Muslim beragama dan orang kuat ibadah, pertama sekali ikutlah pakaian Arab...

Dia membesar di dalam persekitatan yang sama, iaitu hingga ke zaman sekolah menengah, dan lebih banyak ke masjid serta surau, ternyata bahawa orang Melayu lebih banyak mendekati diri dengan penampilan Arab ketika beribadat, membaca doa, ke masjid, bersembahyang waktu dan sembahyang Jumaat, bertahlil, dan segala sesuatu yang berbentuk perayaan Islam, malah terdapat pula orang muda yang lebih dari umurnya menampilkan diri dengan hiasan janggut di dagu, jambang dan serban.

Dia melihat bapanya tidak demikian, tetapi zaman dia, hal ini telah menjadi cara hidup dan trend yang biasa, ertinya sesiapa yang mahu kelihatan Islam sejati, maka dia hendaklah memakai pakaian tertentu, hiasan muka dan bulu kening yang berbeza dari orang biasa, malah untuk muncul di dalam program-program Islam juga, penampilan diri haruslah sama dengan penampilan "Islam" yang sama.

Akhir-akhir ini, iaitu mungkin ketika zaman kebangkitan Islam di seluruh dunia yang berlaku dalam tahun-tahun tujuh puluhan, maka orang Islam mungkin agar sukar memikirkan bagaimanakah seharusnya menghayati ajaran Islam ketika umat Islam bangun dengan slogan dan moto perjuangan "kembali kepada Islam" atau dalam bahasa Inggerisnya "Islamic revivalisme" dan "Islamic resurgent"

Maka jalan yang paling hampir  dengan Islam ialah dengan mengikut sunnah dalam berpakaian, lalu pakaian Arab di pakaikan, kerana bangsa Arab ialah bangsa Rasulullah SAW. Namun keadaan agak terhenti sehingga di situ sahaja, tanpa pergi lebih jauh lagi dalam penghayatan semangat Islam dalam mengkukuhkan persaudaraan, kesatun Ummah, perjuangan meningkatkan kehidupan sosial, ekonomi, pemerintahan, politik dan sebagainya yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW....Penghayatan Islam tidak sampai ke tahap ini, berhenti di sekitar cara berpakaian dan memprojekkan keterampilan diri..

Lalu apabila imej dan keterampilan ini menjadi amalan umat Islam sebagai sesuatu yang suci, maka Halim sendiri merasakan ketika zaman sekolah rendah dan menengah bahawa pakaian adalah menggambarkan kerohanian dalaman orang Islam. 

Sehingga pada masa itu, Halim tidak dapat lagi melihat orang bersongkok hitam di dalam masjid, atau berbaju Melayu pada hari Jumaat, kecuali segelintir sahaja, yang masih cuba mempertahankan keterampilan budaya orang Melayu itu sendiri...

"Kembali kepada pertanyaan malam tadi, apakah saya juga terpengaruh dengan seruan para gadis dan anak muda perempuan sehingga telah menceburikan diri, pergi berjuang di tanah asing, negara Arab Syria itu" kata Halim untuk menjawab pertanyaan itu.

"Ya betul" jawabnya "Malah pada masa itu banyak juga gambar gadis Arab berpakaian tutup wajah yang saya simpan di dalam facebook saya. Mereka memakai niqab, menutup muka kecuali matanya nya yang hitam dan bulu kening yang dipantis celak amat tebal, menjadikan muka yang tersembunyi itu sebagai satu tarikan untuk di renung dan di lihat keseluruhannya" sambungnya serius.

"Inilah beberapa tarikan yang menarik saya untuk menyertai gerakan Islamic State of Iraq and al-Sham (ISIS) dan kemudiannya berkembang menjadi Islamic State of Iraq and Levant (ISIL) atau Islamic State (IS) sahaja...Tambahan pula perjuangan ini seperti yang digambarkan kepada saya ialah perjuangan Jihad menentang musuh Allah, kita yang menyertai golongan Jihadis ini akan mati sebagai mati Syahid, terjamin masuk syurga..."

"Takdir Allah. biarlah saya pendikkan cerita, saya telah berubah hati, setelah melihat pembunuhan sesama sendiri, pertumpahan darah, penyembelihan manusia yang dilakukan dengan kejam oleh golongan ini, maka saya telah insaf bahawa perjuangan ini bukanlah jihad namanya....dan kesedaran ini tiba pada ketika saya yang bercita-cita dan berdoa kepada Allah siang dan malam untuk mati syahid, tetapi belum dikabulkan Allah..." Halim menutup pembicaraannya dengan suara yang rendah, kerana dia mungkin merasa sebak, "Sebaliknya saya bersyukur kerana dapat kembali dengan selamat ke tanah air sendiri..dan bertemu dengan Tuan Puan malam ini, malam esok dan mungkin beberapa malam lagi  selepas itu, kalau perlu."

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....