24 RAMADHAN 1436 - EPISOD KEDUA PULUH EMPAT (11 JULAI 2015) APAKAH DUNIA INI HANYA PERMAINAN POLITIK?
Pada tahun-tahun yang lalu, kita sering mendengar dan membaca serta menonton, bagaimanakah kesucian bulan Ramadhan sering dicemarkan dengan perbuatan mungkar, dosa dan tidak bercirikan akhlak serta ihsan.
Kita sering merujuk kepada dunia Arab dan dunia Islam lainnya yang dilanda kerisis keganasan, pertumpahan darah, peperangan sesama saudara seagama, ledakan roket dan tembakan meriam yang merosakkan rumah kediaman, universiti, sekolah, malah memusnahkan masjid dan jemaah yang sedang beribadat di dalamnya.
Kita melihat semuanya ini berlaku sepanjang masa, tanpa mengira bulan ibadat, bulan Ramadhan yang berkat ini, dan kita sentiasa bersyukur kerana hal ini tidak berlaku di negara kita, malah merasa amat bertuah kerana kita dapat berpuasa, berterawih dan berjaga malam di surau dan masjid kita tanpa gangguan dan kebimbangan akan kesejahteraan nyawa serta harta benda kita.
Tetapi mungkin pada tahun ini, keadaan yang sering kita alami selama ini, agak berubah sedikit dari tahun-tahun yang lalu. Perubahannya bukan dengan kejadian ganas, pembunuhan atau peperangan saudara seperti yang berlaku di Timur Tengah, tetapi dengan kerisis politik dan ketidak setabilan sosial, ekonomi dan nilai-nilai etika serta akhlak kita, yang mulai di landa kerisis yang agak serius.
Bibit-bibit kerisis ini sebenarnya telah agak lama muncul di dalam masyarakat kita secara kecil-kecilan, iaitu ketika berlaku ketegangan politik kerana taksub perkauman, gangguan keagamaan, ketegangan di antara penyokong dan pengikut tegar politik partisan, semuanya ini telah melahirkan serangan dan permusuhan yang jika dulunya masih terpelihara dan berada di dalam batas-batas kesopanan dan hormat menghormati sensitiviti agama dan kaum, namun pada masa akhir-akhir ini, kerisis dan permusuhan itu telah berlaku secara berterang-terangan, tanpa segan silu, dan tanpa di batasi oleh etika dan budaya kenegaraan kita lagi.
Hal inilah yang berlaku ketika isu kalimah Allah di bawa ke tengah menjadi kes mahkamah, surat terbuka ahli profesional dan "moderate" Melayu, pejuang-pejuang "hak kebebasan manusia" yang mengetengahkan isu kebebasan jentina dan hak mereka, malah hal ini menjadi lebih parah lagi apabila media sosial telah dipergunakan dengan amat berleluasa untuk mengkeritik institusi masyarakat, pemerentah malah Raja-Raja Melayu sendiri, ala karekater yang di buat tentang Nabi Muhammad di negara asing itu.
Maka pada bulan mulia Ramadhan ini rupa-rupanya kerisis yang kelihatan timbul sebelum ini, tidak hanya berhenti dengan ketibaan Ramadhan, malah sepanjang bulan mulis ini, menjelang ke akhirnya, masyarakat Melayu Islam pula nampaknya yang mengalami kerisis ini dengan agak besar.
Kerisis kepimpinan negara, kewangan, dan isu-isu penyalah gunaan kuasa, nampaknya amat cepat sekali tersibar melalui berbagai-bagai sumber media biasa dan media sosial, sehingga masyarakat Melayu Islam nampaknya sering mendenga dan membaca kes-kes ini ketika sedang berpuasa, berterawih, menikmati jamuan berbuka dan moreh di masjid, surau dan di rumah-rumah sendiri.
Kerisis nampaknya tidak hanya timbul dalam satu parti yang dianggotai orang Melayu, malah di antara para pengikut sebuah parti yang berwadahkan Islam, yang kelihatannya bercakaran di antara beberapa golongan yang masing-masing mempertahankan pendirian perjuangan dan agenda "Islam"nya, seolah-olah Islam ini mempunyai wajah yang berbeza-beza, bergantung kepada golongan-golongan Muslim yang berbeza-beza pula.
Dengan tercetusnya perjuangan dan kerisis di antara Melayu, di tambah pula dengan agenda perjuangan Islam yang kelihatannya mempunyai kepelbagaian falsafah dan world viewnya yang tersendiri, maka agenda perjuangan secara holistik untuk bangsa dan agama, telah menjadi agenda perjuangan kelompok dan puak, yang lemah dan tidak mempunayi satu dasar yang sekata, sekukuh dasar perjuangan bangsa dan agama itu sendiri....
Dalam kemelut dan kerisis ini, nampaknya tidak ada suara kedua dan ketiga yang muncul untuk membantu meredakan keadaan, apa lagi mencari penyelesaian yang sewajarnya bagaimanakah bangsa Melayu dan umat Islam dapat bersatu dan memperjuangkan perinsip bangsa dan agama yang sepadu dan solid.
Selama ini kita sering menuding jari kepada umat Islam di negara lain sebagai umat yang tidak bersatu dan berpadu, malah kita sering menuduh unsur-unsur luar, terutamanya dari Amerika dan Barat, yang memainkan jarumnya untuk memecah belahkan kita, tetapi kini kita sendiri yang seharusnya menuding jari ke kepala dan dada kita sendiri, menghitung dan muhasabah diri kita sendiri, di manakah salah dan silapnya kita sehingga kita terperangkap di dalam jebak kerisis ini, tanpa mengira bila dan di mana kita berada, sama ada di dalam bulan Ramadhan atau di luarnya, di negara kita atau di lainnya.....
Kalau semuanya ini merupakan permainan politik yang cemar dan sempit, maka tidakkan kita sebagai umat Islam yang sejati, intelek agama yang berwibawa dan sarjana Melayu yang cemerlang, dapat menyusun barisan dan pemikiran yang padu untuk menyusun agenda perjuangan Melayu dan Islam yang terbaik dalam masyarakt yang sedang mengalami penyakit yang agak tenat sekarang ini?
Inilah cabaran besar kepada agenda kepimpinan dan keserjanaan kita sekarang ini, yang tentunya bukan hanya merupakan tektik dan permainan politik yang tidak sihat..malah perjuangan yang merugikan diri sendiri, bangsa dan agama kita, sedangkan yang untungnya ialah musuh kita, yang selama ini mentertawakan kita di belakang tabir.
Ramadhan kian berlalu meninggalkan kita, menuju ke pengakhirannya, marilah kita mengambil kesempatan berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT agar diberikan taufik dan hidayat bukan hanya untuk diri sendiri sebagai individu, tetapi untuk umum, umat kita, yang akan dapat bangun kembali sebagai umat yang satu, yang hidup matinya hanya untu Allah SWT, yang mendapat kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat....Amin, Amin, Ya Rabbal 'Alamin.

Comments
Post a Comment