17 RAMADHAN 1436 - EPISOD KETUJUH BELASA - (4 JULAI 2015) BERMUSUH SESAMA ISLAM?
Halim menyatakan kesyukurannya kerana telah kembali ke pangkal jalan, meninggalkan "perjuangan" yang di sifatkannya sebagi sesat dan merosakkan dirinya serta nama umat Islam keseluruhannya.
"Kelahiran IS ini lebih merupakan satu ajaran sesat atas nama Islam" kata Halim..."Banyak anak muda, kerana berbagai sebab yang tertentu, telah mempercayai dakwaan bahawa ketua kumpulan perjuangan ini ialah seorang Khalifah, bernama Abu Bakr al-Baghdadi, yang mendakwa dirinya sebagai seorang Khalifah baru, keturunan Nabi Ibrahim dan terus juga kepada Nabi Muhammad SAW"
Menurut Halim, Abu Bakr ini di panggil Amirul-Mukminin Khalifah Ibrahim, dan dakwaan seperti ini bukanlah perkara baru dalam kalangan masyarakat Islam, malah pada zaman Nabi sendiri pun terdapat orang yang mengaku begitu, atau yang seumpamanya...
"Saya sendiri terpengaruh dengan dakwaan kelahiran Khalifah baru ini" Halim mengaku. "Keterampilannya dengan perawakan wajahnya yang berhias jambang dan janggut, pakaiannya yang hebat seperti pahlawan dan pemimpin umat, menyelinap masuk ke dalam hati sanubari saya, dan saya percaya, hal ini amat mempengaruhi orang awam, terutamanya orang seperti saya yang telah di ajar supaya memuja keterampilan tokoh "kearaban" yang sentiasa di hubungkan dengan agama kita, dan kecetakan ilmu tentang prinsip Islam dalam bidang yang dikatakan Jihad dan perjuangan Fi Sabilillah" tambah Halim lagi.
"Sebenarnya saudara Halim" seorang jemaah yang berlatar belakangkan tokoh akademik sebuah universiti tempatan, Dr Mahfuz, mencelah, sambil meneruskan kata-katanya "terdapat faktor lain juga yang mempengaruhi anak-anak muda Muslim, terutamanya dari negara-negara Arab dan lainnya yang terpanggil untuk menyertai kumpulan IS ini"
"Ya, betul" jawab Halim "Banyak lagi faktornya"
Dr Mahfuz kemudian meneruskan bicaranya "Faktor penjajahan Barat juga sebenarnya yang menyebabkan umat Islam bertindak ganas ,,,sungguh pun kita tidak seharusnya menyalahkan orang lain seratus peratus ketika kita di landa kerisis dalaman seperti ini. Tetapi kalau kita masih ingat, keganasan di dunia Arab dan Islam telah memuncak selepas Amerika Syarikat menceroboh dan menakluki Iraq pada tahun 2003. Banyak kumpulan pejuang yang telah muncul untuk menentang penaklukan Amerika ini. Malah Abu Bakr al-Baghdadi sendiri yang telah memainkan peranan penting dalam penubuhan kumpulan yang diberi nama Jamaah Jaysh Ahlussunnah Waljamaah dan telah bergabung dengan kumpulan jihad lainnya, sehingga dia telah dimartabatkan sebagai orang penting dalam kumpulan ini"
"Betul doktor" Halim bersuara "pengaruh perjuangan atas nama jihadis beginilah yang sebenarnya menyebabkan anak-anak muda terpengaruh untuk menyokong kumpulan seperti ini, iaitu kumpulan jihad bagi menentang musuh Islam dan musuh Allah. Sebab itulah kumpulan ini telah berjaya mendapatkan pejuangnya dari serata dunia, iaitu atas nama Jihad menentang musuh Allah, dan diantara pejuangnya itu ternmasuklah anak-anak kita dari Malaysia ini"
"Tapi bagi saya apakah maknanya jihad pada jalan Allah ketika kita menentang sama sendiri, menyembelih dan menumpah darah sesama Islam" tiba-tiba bersuara Haji Nordin yang agak berumur dengan serban dan jubah hitamnya. "Jihad adalah perjuangan kerana menentang dan mempertahankan diri dari orang kafir yang menceroboh dan hendak menghancurkan agama kita" tambahnya "tapi ini membunuh sama sendiri. Kalau bijak dan kuat sangat pergilah perangi golongan kafir Yahudi tu..." agak marah Haji Nordin
"Ya lah" potong Halim "itulah juga lintasan pemikiran saya yang menyebabkan saya insaf dan surut ke belakang ketika saya berada di sana dalam kumpulan ini" tambah Halim. "cukup pada malam ini jika saya katakan bahawa alasan Haji Nordin itulah yang memberikan saya keinsafan iaitu ketika saya berseorangan pada satu malam terlantar di dalam gelap di tengah padang pasir, maka pada malam itulah terlintas di dalam kepala saya akan pemikiran seperti yang di katakan Haji Nordin itu yang membuatkan saya di berikan Allah pemikiran yang waras, dan saya meninggalkan perjuangan ini yang saya mulai percaya satu perjuangan nafsu dan taksub ketokohan melampau, yang seharusnya saya mengelakkan diri dengan segera dari terlibat seterusnya"
Jemaah yang mulai merasa tekanan mata yang berat kelihatan agak lega apabila Halim menamatkan dulu pembicaraannya pada malam ini untuk disambungkan lagi pada malam esok.
Comments
Post a Comment