Posts

APAKAH UMNO DAN PAS HARUS BERSATU?

( BAHAGIAN KEDUA) Memperjuangkan Islam sebagai agenda politik kepartian, akan membawa kepada sikap dan sifat taksub partisan diantara ketua-ketua dan pengikut parti politik masing-masing, dan akibatnya ruh dan semangat ukhuwah Islamiah yang di bawakan oleh Nabi kita yang menjadi tulang belakang kekuatan umat tidak mungkin dapat direlisasikan sama sekali. Dan sekiranya falsafah dan perlaksanaan semangat persaudaraan Islam itu telah terhakis oleh agenda politik partisan, maka apakah lagi yang diharapkan dalam perjuangan kita untuk membangunkan Islam sebagai agama dinamik bagi kesejahteraan kita bersama di dunia dan akhirat. Saya melihat pertembungan PAS dan UMNO sekarang ini bukanlah pada dasar perjuangan untuk memahkotakan Islam sebagai agama. Tetapi pertembungan itu lebeh memfokuskan kepada pentafsiran Islam itu sendiri dalam banyak perkara. Pertamanya ialah tentan...

APAKAH UMNO DAN PAS PERLU BERSATU? (Bah.I)

APAKAH PAS HARUS BERGABUNG DENGAN UMNO UNTUK MENYATU PADUKAN UMAT ISLAM DI NEGARA KITA? (Bahagian Pertama) Persoalan ini bukanlah amat mudah di jawab. Jawapan “ya” atau “tidak” adalah bergantung kepada dasar dan agenda perjuangan parti masing-masing. Saya rasa kita semua tahu bahawa parti-parti politik ditubuhkan tentulah mempunyai agenda dan falsafah ideologinya yang tersendiri. Masing-masing mempunyai objektif dan dasar pejuangannya untuk mencapai matlamatnya itu. PAS pada awal penubuhannya mempunyai matlamat untuk menubuhkan “Negara Islam” dalam takrifannya sendiri, oleh itu agenda perjuangannya juga adalah “islamik” dalam pengertian dan tafsiran parti tersebut bahawa mereka hanya berjuang dalam kerangka Islam dan terhad kepada keahlian dan pimpinan yang terdiri daripada orang Islam, malah model “kepimpinan ulamak” adalah menjadi model kepada PAS. Tetapi mutakhir ini setelah menyertai Pakatan Rakyat, nampaknya dasar dan falsafah ini mulai dilunakkan, sesuai dengan paka...

UCAPAN KHAS KEPADA TV ALHIJRAH

UCAPAN TAHNIAH DAN ULANG TAHUN KHUSUS KEPADA SALURAN 114 TV ALHIJRAH YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN PERTAMA PENUBUHANNYA PADA HARI INI, 1 MUHARRAM 1433. KEHADIRAN TV INI AMAT DIRASAI OLEH MASYARAKAT DI NEGARA KITA, YANG SAYA PERCAYA BUKAN HANYA DI KALANGAN PENONTON ISLAM, MALAH DI KALANGAN PARA PENONTON BUKAN ISLAM JUGA YANG TURUT MERASAKAN KESAN DARI PROGRAM SALURAN TV INI YANG MENGGABUNGKAN SEGALA NILAI BAIK MASYARAKAT ISLAM, DAN BUKAN ISLAM, DI NEGARA KITA DAN NEGARA LAIN. SEBAGAI AHLI LEMBAGA PENGARAH TV ALHIJRAH, SAYA SECARA KHUSUS DENGAN SEGALA RASA IKHLAS DAN BANGGA INGIN MENYAMPAIKAN UCAPAN TAHNIAH YANG SETINGGI-TINGGINYA KEPADA PENERAJU DAN KELUARGA TV INI DIATAS SEGALA USAHA MEREKA YANG DINAMIK UNTUK MENJDIKAN TV INI SEBAGAI SATU ALAT YANG BERKESAN UNTUK MEMBERIKAN PENGETAHUAN, PENDIDIKAN DAN MAKLUMAT YANG BERGUNA KEPADA MASYARAKAT KITA, TERUTAMANYA DALAM MEMAHAMI ISLAM SEBAGAI SATU CARA HIDUP YANG MENYELURUH DAN BERSEPADU BAGI SEMUA MANUSIA SEJAGAT. SEMOGA SEGALA DORONGAN DAN GA...

TAHNIAH TOKOH MAAL HIJRAH 1433

Selamat menyambut tahun baru hijrah 1433 kepada seluruh umat Islam di mana saja mereka berada, Di negara kita perayaan menyambut tahun baru Hijrah merupakan satu acara tahunan yang disambut dengan besar-besaran, melibatkan SPB Yang Di-Pertuan Agong dan semua Raja di Negeri-Negeri, Perdana Menteri, Timbalannya dan ketua-ketua kerajaan di peringkat naasional serta negeri, yang jelas sekali menunjukkan komitment Malaysia dalam merayakan perayaan yang bersejarah itu. Yang tinggal dan mungkin belum sepenuhnya dihayati oleh umat Islam keseluruhannya, sama ada di negara kita atau negara-negara Islam lainnya, ialah segala slogan, seruan,pengucapan dan harapan tinggi yang sering diluahkan di dalam majlis-majlis perayaan ini saban tahun sejak puluhan tahun yang lalu, yang nampaknya segala seruan perpaduan, kesefahaman, persefahaman di antara umat Islam, yang dilagu dan dinyanyi-nanyikan, dipidatokan, di ulang-ulang dalam segala ucapan, perbincangan. termasuk ucapan Menteri, SPB Yang Di Pertuan...

ADAT PERMAINAN.......!

ADAT PERMAINAN ADA KALAH ADA MENANG. YANG MENANG TIDAK SELALUNYA MENANG, DAN YANG KALAH TIDAK SEMESTINYA SERING KALAH. YANG PENTINGNYA KEDUA-DUA BELAH PIHAK HARUSLAH MENERIMA KEMENANGAN ATAU KEKALAHAN DENGAN RELA HATI. DEMIKIANLAH YANG BERLAKU DI JAKARTA, MALAYSIA MEMENANGI EMAS BOLA SEPAK SEA GAMES, DAN INDONESIA SEHARUSNYA MENERIMA KEKALAHAN ITU, JANGAN PULA MASIH MERASA BAHAWA MEREKA SEHARUSNYA MENANG, DAN SEHARUSNYA MEMPERSENDA2KAN KEMENANGAN MALAYSIA. APA LAGI YANG DIKEHENDAKI OLEH INDONESIA, MEREKA MENGUNGGULI PINGAT TERBANYAK DALAM SUKAN INI, EMAS 170 BUTIR, MALAYSIA HANYA 59 EMAS, JAUH LEBEH TINGGI DARI NEGARA2 LAIN, MALAH JAUH KE ATAS DARI MALAYSIA, JADI KENAPAKAH MEREKA SEHARUSNYA MENGHINA MALAYSIA, MENGHINA LAGU KEBANGSAAN MALAYSIA, MENGANCAM KESELAMATAN PEMAIN BOLA SEPAK MALAYSIA? TIDAK ADA DALAM DUNIA INI PASUKAN BOLA SEPAK TETAMU TERPAKSA MASUK KE PADANG DENGAN MENGGUNAKAN KERETA PERISAI SEPERTI PASUKAN TENTERA YANG SEDANG MENGHARUNG PERKEMAHAN MUSUH, TETAPI PASUKAN MALAY...

TAK PERLU BERTOLAK ANSUR

Saya tahu para pemimpin politik di negara kita sekarang ini sedang mencari keuntungan politik bagi mendapatkan undi dalam pilihan raya ke-13 yang semakin hampir. Ahli politik komponan parti politik Kerajaan dan pembangkang akan berhati2 untuk menjaga hati pengundi, kerana pengundi sajalah yang akan menentukan kemenangan atau kegagalan mereka dalam pilihan raya yang akan datang ini. Bagaimana pun saya tidak perlu masuk campur dalam tektik atau strategi masing2 dalam mengambil hati dan bertolak ansur dengan kepelbagaian kaum dan penganut agama di negara kita ini ketika ahli2 politik sedang mencari popularitinya untuk menang dalam pilihan raya yang akan datang. Yang menjadi pokok perjuangan untuk membentuk generasi baru yang bertamadun, berpegang teguh kepada Perlembagaan negara, yang masih mahu mempertahankan kewibawaan negara dan bangsa Malaysia, dan yang masih mahu memelihara keharmonian kaum dan penganut agama di negara kita, maka hal inilah yang seharusnya menjadi pemikiran dalam men...

DAKWAAN ISLAM TIDAK MENGUBAH SESUATU

Negara kita menghadapi masaalah jenayah dadah yang agak serius dari negara luar, iaitu dari rakyat luar yang kelihatannya terlalu amat ghairah menjadikan Malaysia sebagai pusat dan makmal mereka untuk memperoses berbagai jenis dadal, kemudiannya menjadikan Malaysia sebagai pengkalan untuk mengekspotkan dadah itu keluar negara atau mengedarnya di dalam negara ini sendiri. Telah banyak kita membaca berita dan menonton TV yang memaparkan berita bahawa pengedar dan pengusaha dadah ini adalah terdiri dari rakyat negara luar yang beragama Islam. Malah terdapat rakyat dari negara luar yang mengisytiharkan kepada dunia sebagai sebuah negara republik Islam, tiba2 rakyatnya sendiri yang banyak terlibat dengan perbuatan yang terkutuk dan haram ini. Baru semalam sahaja terdapat rakyat negara tersebut yang menjadi pengusaha untuk mendapatkan jutaan ringgit ini dengan hasil dadah yang diprosesnya di satu ceruk negara kita, sedangkan dia adalah seorang bekas pensyarah Universiti, dan sedang menyiapka...