Sunday, November 27, 2011

UCAPAN KHAS KEPADA TV ALHIJRAH

UCAPAN TAHNIAH DAN ULANG TAHUN KHUSUS KEPADA SALURAN 114 TV ALHIJRAH YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN PERTAMA PENUBUHANNYA PADA HARI INI, 1 MUHARRAM 1433.

KEHADIRAN TV INI AMAT DIRASAI OLEH MASYARAKAT DI NEGARA KITA, YANG SAYA PERCAYA BUKAN HANYA DI KALANGAN PENONTON ISLAM, MALAH DI KALANGAN PARA PENONTON BUKAN ISLAM JUGA YANG TURUT MERASAKAN KESAN DARI PROGRAM SALURAN TV INI YANG MENGGABUNGKAN SEGALA NILAI BAIK MASYARAKAT ISLAM, DAN BUKAN ISLAM, DI NEGARA KITA DAN NEGARA LAIN.

SEBAGAI AHLI LEMBAGA PENGARAH TV ALHIJRAH, SAYA SECARA KHUSUS DENGAN SEGALA RASA IKHLAS DAN BANGGA INGIN MENYAMPAIKAN UCAPAN TAHNIAH YANG SETINGGI-TINGGINYA KEPADA PENERAJU DAN KELUARGA TV INI DIATAS SEGALA USAHA MEREKA YANG DINAMIK UNTUK MENJDIKAN TV INI SEBAGAI SATU ALAT YANG BERKESAN UNTUK MEMBERIKAN PENGETAHUAN, PENDIDIKAN DAN MAKLUMAT YANG BERGUNA KEPADA MASYARAKAT KITA, TERUTAMANYA DALAM MEMAHAMI ISLAM SEBAGAI SATU CARA HIDUP YANG MENYELURUH DAN BERSEPADU BAGI SEMUA MANUSIA SEJAGAT.

SEMOGA SEGALA DORONGAN DAN GALAKAN YANG DIBERIKAN OLEH MASYARAKAT PENONTON AKAN MENJADI PERDORONG KEPADA KITA UNTUK MEMPERTINGKATKAN KUALITI DAN PROGRAM SALURAN INI DALAM MEMENUHI OBJEKTIF PENUBUHANNYA UNTUK MENDIDIK, MEMBERI MEKLUMAT DAN PENGETAHUAN KEPADA MASYARAKAT KESELURUHANNYA BAGI MENCIPTAKAN SEBUAH MASYARAKAT INSAN YANG BERGUNA DALAM DUNIA INI, JUGA MENDAPATKAN KEBAHAGIAAN DI ANTARA UMAT MANUSIA DALAM MEMBINA TAMADUN DAN PERADABAN DUNIA,

TAHNIAH DAN SELAMAT BEKERJA SETERUSNYA KEPADA SEMUA KELUARGA TV ALHIJRAH..

Pageviews last month