DAKWAAN ISLAM TIDAK MENGUBAH SESUATU
Negara kita menghadapi masaalah jenayah dadah yang agak serius dari negara luar, iaitu dari rakyat luar yang kelihatannya terlalu amat ghairah menjadikan Malaysia sebagai pusat dan makmal mereka untuk memperoses berbagai jenis dadal, kemudiannya menjadikan Malaysia sebagai pengkalan untuk mengekspotkan dadah itu keluar negara atau mengedarnya di dalam negara ini sendiri.
Telah banyak kita membaca berita dan menonton TV yang memaparkan berita bahawa pengedar dan pengusaha dadah ini adalah terdiri dari rakyat negara luar yang beragama Islam. Malah terdapat rakyat dari negara luar yang mengisytiharkan kepada dunia sebagai sebuah negara republik Islam, tiba2 rakyatnya sendiri yang banyak terlibat dengan perbuatan yang terkutuk dan haram ini.
Baru semalam sahaja terdapat rakyat negara tersebut yang menjadi pengusaha untuk mendapatkan jutaan ringgit ini dengan hasil dadah yang diprosesnya di satu ceruk negara kita, sedangkan dia adalah seorang bekas pensyarah Universiti, dan sedang menyiapkan thesis untuk ijazah PhDnya di sini.
Hal ini memberikan gambaran yang amat buruk kepada kita, iaitu sekiranya kita fikir2kan tentulah tak mungkin rakyat sebuah negara yang mengaku negara Islam tulen, yang telah meletakkan syarat2 yang ketat tentang cara para wanita rakyatnya berpakaian, yang sering mendakwa keislaman dan kekuatan syi'ar Islamnya, tiba2 rakyat negara itulah yang banyak mengusahakan perniagaan haram dan bercanggah dengan Islam ini.
Gambaran buruk ini seolah2 memberi pengertian kepada kita bahawa Islam itu bukanlah hanya dalam simbol dan dakwaan kita sahaja, rakyat negara Islam yang sering melebalkan dirinya dengan label keislamannya itu, tidak semestinya menghasilkan semua warga negaranya yang bersifat dengan sifat dan akhlak Islam dan berpegang teguh dengan ajaran dan nilai2 murni agama yang suci itu.
Hal ini eloklah menjadi iktibar dan tauladan kepada kita bahawa Islam itu adalah pada amalannya, pada penghayatannya, pada pendidikannya, pada agendanya, dan pada pengertiannya yang amat luas, bukan pada simbolik kata2, pakaian dan luarannya sahaja.Oleh itu kita tidaklah harus tertipu tentang orang yang mendakwa sebagai orang yang kuat Islamnya, sebelum dia dapat membuktikan bahawa keislamannya adalah pada hati, amalan, tingkah laku, dan akhlak serta budi bicaranya.
Bagaimana pun hal ini tidaklah seharusnya diambil sebagai satu ukuran yang mutlak, kerana kita haruslah juga mengukur tentang kebaikan atau keburukan seorang itu dari sudut yang dapat kita lihat dari luar, dari percakapan dan amalan lahirnya. Namun begitu kita tidaklah juga seharusnya terpengaruh dengan dakwa dakwi tentang Islam atau tidaknya seseorang itu hanya dari percakapan dan dakwaannya saja, samalah seperti negara luar yang kita sering mendengar dakwaannya sebagai negara Islam yang kuat zahir batinnya, tetapi rakyatnya masih tidak benar2 Islamik, dan mengamalkan amalan yang bercanggah dengan dasar negaranya itu.Moral cerita ini bahawa seorang itu tidak menjadi Islam sebenarnya dengan hanya mengaku sebagai Islam tanpa sebenar2nya menghayati dan mempraktikkan ajaran dan nilai akhlak Islam itu sendiri.
Demikian juga sebuah negeri atau negara itu tidak secara otomatiknya menjadi negeri atau negara Islam hanya dengan dakwaan melalui lidah dan pengucapan simbolik sahaja.

Comments
Post a Comment