Posts

MENJELANG 2015

SEMOGA SEJARAH BURUK UMAT ISLAM AKAN BERAKHIR Tahun 2014 menyaksikan perpecahan ummah Islam seluruh dunia.  Tanpa mencuba untuk menuding jari kepada pihak lain, umat Islam sendiri sebenarnya yang menyebabkan perpecahan dan kerisis sesama mereka sendiri.   Kerisis sesama umat Islam berlaku dalam satu keadaan yang amat parah dan serius, iaitu dengan berlakunya sejarah baru yang berlarutan dengan pertarungan kuasa dan pengaruh, perpecahan kerana aliran mazhab, aliran puak, etnik dan sebagainya, yang membawa kepada pertumpuhan darah, pembunuhan, penculikan dan seribu satu macam keganasan yang amat mencabar nilai-nilai kemanusiaan dan akhlak Islamiah itu sendiri.   Dunia Islam tidak setabil. Ekonominya tercabar. Peperangan antara rakyat dan pemerintah, malah rakyat sesama rakyat, menutup sama sekali arena politik yang sihat, pembangunan ilmu dan pendidikan, semuanya hancur dalam kehancuran gedung ilmu, sekolah dan universiti, bangunan dan industri, pertanian d...

ULANG TAHUN TSUNAMI DAN BANJIR BESAR DI NEGARA KITA

TANDA-TANDA KEKUASAAN ALLAH Tanggal 26 Disember 10 tahun yang lalu, iaitu pada tahun 2004, satu peristiwa bencana alam yang pada umumnya tidak pernah kita alami dalam umur kita, telah berlaku, iaitu bencana alam yang bernama Tsunami, ketika lautan memuntahkan airnya setinggi gunung melanda segala bangunan dan mercu tanda bumi, pokok-pokok besar, hutan belantara, termasuk kenderaan dan pengangkutan laut dan darat, yang besar dan kecil, mengalami kemusnahan yang besar, dihanyutkan puluhan kilometre ke darat.   Ombak raksaksa menyapu bersih segala bangunan dan objek yang dilandanya menjadi padang jarak pedang tekukur puluhan kilometer, kecuali beberapa buah bangunan seperti Masjid Al-Rahman di Acheh, yang bangunan dasarnya masih dapat bertahan pukulan badai besar itu, kekal tegak di tengah-tengah tanah lapang...............dengan kudrat Maha Pencipta, Allah Subhanahu Wata'ala.   Kini, menjelang penghujung Disember 2014, ketika dunia menyambut 10 tahun peri...

PhD Ketika Berusian Enam Puluhan

ORANG TUA ZAMAN INI.... Jangan hairan, orang tua zaman ini tidak seperti orang tua zaman dulu lagi. Kini orang tua berumur enam puluhan mulai menjejaki kaki ke dalam dewan Konvo menerima ijazah, bukan ijazah pertama, tetapi ijazah Sarjana lengkap dan ijazah kedoktoran, PhD, bergelar Doktor Falsafah.... Itu yang berlaku di dalam Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) kali ke-16, dan di dalam Majlis Konvokesyen UiTM kali ke-81 sehari dua ini di Kota Kinabalu, Sabah dan Shah Alam, Selangor. Ketika saya menerima ijazah PhD dalam tahun 1975 dulu, saya merasakan umur saya telah agak lanjut, iaitu berumur 38 tahun baru menerima ijazah PhD, tetapi apabila membaca bahawa Yussof Ladi, yang kini bergelar Dr Yussof Ladi menerima PhD di UMS ketika berusis 61 tahun, dan Datuk Ir. Abdul Latif Mohd. Som, yang kini bergelar Datuk Dr Ir. Abdul Latif menerima PhD ketika berumur 59 tahun, maka saya segera menyedari bahawa orang-orang "senior" warga emas sekarang i...

MEMPELAJARI AGAMA DI MERATA JALAN

MARI SENTUH ANJING Mempelajari agama di dalam bilik darjah yang teratur secara tradisional nampaknya telah bertukar menjadi tradisi baru iaitu mempelajari agama di ruang pasar raya, di tepi-tepi jalan, di pentas politik, termasuk di pentas kempen pilihan raya dan sebagainya.  Ajaran agama dengan kaedah bersemuka dengan guru yang mahir, dan berpandukan kepada teks Al-Quran dan Hadis, juga buku-buku  yang berotoriti, nampaknya telah diganti dengan sesiapa saja yang dapat memberikan fatwa dan ajaran mudah, tentang najis yang berbagai jenis, anjing dan kucing, dan akhirnya mungkin juga akan dirangkumi binatang-binatang yang lain. Para mufti dan guru agama yang sepatutnya dapat memberikan pengajaran yang lebih komprehensif dan terperinci, akan hanya dapat memberi komen susulan, yang tidak akan di dengari sangat.,kerana yang mengajar di tepi jalan dan ditempat awam itu biasanya akan lebih menarik perhatian kerana telah memecahkan tradisi pengajaran agama yang telah "ku...

FATWA: BERJIHAD ATAU BERBUNUHAN

KITA MEMERLUKAN FATWA Penglibatan umat Islam dari Malaysia di dalam peperangan di Asia Barat seperti di Syria, khususnya di dalam pasukan ISIS, tidaklah merupakan satu penyelewengan terhadap agama pada pandangan mereka, kerana selain dari mereka, terdapat umat Islam dari negara lain yang turut sama dalam peperangan itu. Mereka turut berjuang di sana adalah berasaskan kefahaman mereka sendiri bahawa perjuangan itu adalah satu jihad untuk mempertahankan agama.  Mereka membina kefahaman ini di atas keyakinan mereka bahawa perjuangan yang sedang berlaku sekarang ini adalah perjuangan menentang "musuh Islam" Amerika Syarikat dan kuncu-kuncunya yang menentang Islam, termasuk perjuangan menentang umat Islam sendiri yang menyokong "musuh Islam" itu. Berdasarkan kefahaman ini, maka mereka beriktikad bahawa perjuangan menentang "musuh Islam" itu adalah "perang fi sabilillah" yang dituntut oleh agama, dan dalam perjuangan ini umat Islam se...

ISLAM DAN KEGANASAN?

ISLAM TIDAK MENSYARIATKAN KEGANASAN…. Ramai orang terpengaruh dengan gerakan keganasan, termasuk pembunuhan sesama sendiri, kerana menganuti kepercayaan bahawa Islam mensyariatkan keganasan dan pembunuhan terhadap golongan yang diiktikadkan sebagai musuh Allah dan musuh agama Islam. Sebenarnya Islam tidak semudah itu mensyariatkan peperangan dan pembunuhan tanpa dalil-dalil yang jelas dan nyata dari Al-Quran dan Hadis serta fatwa yang muktabar dari para ulamak, yang menyatakan dengan terang bilakah peperangan itu disyariatkan dan menjadi satu amalan yang direstui oleh syarak. Penulis amat mengharapkan bahawa penjelasan dan fatwa yang jelas tentang hal ini dapat di sebar luaskan kepada masyarakat kita, kerana para belia Islam dan angkatan muda kita pada umumnya amat ghairah untuk bertindak melaksanakan syariah agamanya walau pun dengan mengorbankan nyawanya sendiri, sedangkan tindakan mereka ini adalah dilakukan di dalam kejahilan, tanpa panduan agama yang sahih Tanpa penyeb...

KEIZINAN BERPERANG DALAM ISLAM

Dasar keamanan dan keharmonian Islam Seorang lagi rakyat Malaysia meninggal dunia kerana terkena tembakan di Syria mengikut berita akhbar tanggal 15 September 2014. Mengikut berita itu lagi, jenazah ini akan dikebumikan di Turki bersebelahan mayat anggota lain dari Malaysia yang telah terkorban sebelum ini. Dalam konteks ini penulis tidak bermaksud untuk membicarakan tentang hukum dan fatwa berhubung kematian ini, sama ada sebagai seorang yang berjihad dan terkorban sebagai syahid, ataupun meninggalnya sebagai anggota kumpulan militan yang terkorban secara sia-sia. Soal hukum dan fatwa ini bukanlah boleh dipermain-mainkan seperti kita menghukum dalam urusan dunia yang tidak mempunyai kaitan dengan hukuman berat dan mempunyai implikasi balasan di akhirat sama ada masuk syurga atau masuk neraka. Ummah seluruh dunia yang sepatutnya telah bertindak menubuhkan badan antarabangsa sendiri untuk memastikan hal ini, kerana isu ini sekarang telah menjadi isu indiv...