AL-QARADAWI : SIAPA PERALAT SIAPA?
KERAJAAN MALAYSIA MEMBAWA PROF DR YUSUF AL-QARADAWI KE KL UNTUK DIKURNIAKAN ANUGERAH TOKOH MAAL HIJRAH. SHEIKH INI KALI INI BERSETUJU UNTUK DATANG, SEDANGKAN SEBELUM INI DIA TIDAK MAHU DATANG LAGI KE MALAYSIA. DALAM TAHUN 2006 KETIKA SAYA MENJADI DUTA MALAYSIA DI SAUDI, SAYA PERNAH MENEMUI BELIAU DI KAHERAH, IAITU KETIKA DIADAKAN MULTAQA ATAU PERJUMPAAN ALUMUNI AL=AZHAR, SAYA SEMPAT BETANYA BELIAU, BILAKAH FADHILAH SHAIKH AKAN DATAANG KE MALAYSIA?? BELIAU MENJAWAB : BILA-BILA DIKAHENDAKI ALLAH !
RUPA-RUPANYA MASA ITU TIBA JUGA, DAN DIA DATANG KE KL AWAL MUHARRAM LALU.
PERAYAAN HIJRAH DI PICC MENYAKSIKAN PRESIDEN PAS DAN TIMBALANNYA TURUT HADIR MERAIKAN PROF AL-QARADAWI. MENTERI YANG BERUCAP PADA PAGI ITU PUN MENYATAKAN ALU-ALUAN KHAS KEPADA DUA ORANG TOKOH PAS ITU, DAN MENYATAKAN BAHAWA KEHADIRAN MEREKA MENUNJUKKAN "KITA MENGADAKAN PERAYAAN INI TANPA BERPOLITIK" (TEKS SEBENARNYA SAYA TIDAK INGAT LAGI), ARTINYA MENTERI CUBA MENUNJUKKAN NIATNYA BAHAWA PEANUGERAHAN TOKOH KEPADA PROF AL-QARADAWI TIDAKLAH MEMBAWA SEBARANG UNSUR POLITIK, HANYA SEMATA-MATA SEBAGAI MENGHARGAI ILMU BELIAU DAN SUMBANGANNYA KEPADA DUNIA ISLAM.
KEHADIRAN BELIAU DIGUNAKAN OLEH PIHAK JAKIM UNTUK BELIAU MEMBERIKAN CERAMAH DAN PERTEMUAN DENGAN PARA CENDEKIAWAN DAN TENAGA PENGAJAR UNIVERSITI. BELIAU TIDAK MENGADAKAN DIALOG POLITIK. KEHADIRAN BELIAU JUGA MENEMUKANNYA DENGAN DATO' SERI ANWAR IBRAHIM, TEMAN LAMANYA, JUGA PERTEMUAN DENGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS. TIDAK SIAPA YANG TAHU, APAKAH YANG DIBINCANGKAN DI DALAM PERTEMUAN-PERTEMUAN TERSEBUT, KEC UALI ORANG-ORANG YANG MENGHADIRINYA, DAN HARAKH KELUARAN TERBARU MEMBERITAKAN PERTEMUAN ITU AGAK PANJANG LEBAR.
SYABAS KEPADA KERAJAAN KERANA TIDAK MENGHALANG PERJUMPAAN BELIAU DENGAN PARA PEMIMPIN POLITIK PEMBANGKANG, DAN SYABAS JUGA KEPADA PEMIMPIN PEMBANGKANG YANG MENUNJUKKAN "KEMESRAAN" KEPADA TETAMU KERAJAAN ITU. HAL INI MUNGKIN DAPAT DITAFSIRKAN SEBAGAI SATU "KEERJASAMA" YANG TIDAK DIRACANG OLEH PEMIMPIN KERAJAAN DAN PEMIMPIN PARTI POLITIK PEMBANGKANG.
KEMUNCAK AGENDA PROF ALQARADAWI IALAH PERTEMUANNYA DENGAN PM DATO' SERI NAJIB, DAN PM MENYATAKAN BAHAWA BELIAU BERNIAT MENJEMPUT AL-QARADAWI DATANG LAGI KE MALAYSIA SERTA MEMBERI UCAPAN DI KEDIAMAN RASMINYA.
HARAP-HARAP TANDA 'MAHABBAH" ANTARA PARTI-PARTI POLITIK MELAYU-ISLAM INI TIDAK DIGUNAKAN OLEH MANA-MANA PIHAK UNTUK TUJUAN KEKUATAN POLITIK KEPARTIAN MASING-MASING, APA LAGI APABILA MENJELANG PILIHAN RAYA NANTI. JANGANLAH HENDAKNYA DIPERALATKAN LAWATAN DAN PERTEMUAN AL-QARADAWI DENGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN POLITIK DIDAKWA SEBAGAI LESEN UNTUK MENGATAKAN BAHAWA AL-QARADAWI MENYOKONG PARTI POLITIK ITU, DAN TIDAK MENYOKONG PARTI INI !
HARAP TIDAK TIMBUL ISU ITU. SAMA-SAMALAH KITA NANTI DAN TENGUKKAN KEMUDIAN SIAPA YANG AKAN MENGALATKAN SIAPA?
Comments
Post a Comment