HARUSKAH KITA TUMPANG MENEMPELAK PEMIMPIN KITA?

Telah menjadi trend nampaknya di dalam masyarakat politik kita pada hari ini, bahawa sekiranya orang politik ditempelak, maka sama-sama orang politik akan melihat siapakah yang ditempelak itu. Sekiranya yang ditempelak itu pemimpin parti Kerajaan, maka pihak pembangkang akan mengambil kesempatan menambahkan lagi api keritikan itu. Dan sekiranya yang ditempelak itu, adalah ketua atau pemimpin parti pembangkang, maka pihak parti lawannya akan menambahkan lagi api tempelakan itu.

Inilah yang berlaku ketika bekas PM Tun Dr Mahathir di "dedahkan" oleh penulis asing bahawa bekas PM itu kononnya telah menyalahgunakan kuasa dan wang semasa pemerintahannya, maka ramailah orang politik kita sendiri yang bangun dengan garangnya mengiyakan dan menyokong lagi apa yang didakwakan oleh penulis asing itu !

Begitulah nampaknya aliran politik tempatan kita pada hari ini, yang sejak akhir-akhir ini, menjadi bertambah kecoh dan amat mengelirukan rakyat umum, terutamanya rakyat biasa yang tidak menjadi penyokong taksub politik partisan.

Sepatutnya rakyat umum, haruslah menimbang dan mencari fakta yang jelas tentang keritikan kepada mantan PM itu dulu, dan biarlah Mantan PM itu menjelaskannya dengan baik, sebelum membuat sebarang kesimpulan dan hukuman. Orang politik janganlah sentiasa hendak bertindak seperti hakim yang menjatuhkan hukuman, terutamanya jika mereka sendiri tidak tahu apakah yang ada disebalik fikiran "orang asing" itu dan apakah agenda politik orang lain.

Rakyat umum sepatutnya lebeh bersikap patriotik dalam menerima keritikan orang lain, terutamanya tentang pemimpin atau bekas pemimpin kita, malah keritikan terhadap negara dan rakyat kita sendiri. Apakah politik taksub dan fanatik telah mewarnai keseluruhan pemikiran para pemimpin negara kita, sama ada pihak pemerintah atau pembangkang? Apakah kepentingan politik keperibadian dan puak telah mempengaruhi pemikiran ahli-ahli politik kita pada masa kini yang amat mencemarkan pembangunan sosial dan ekonomi kita sendiri ?

Mungkin ramai orang yang mempunyai jawapan terhadap persoalan ini, tetapi tidak mahu membuka mulut.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....