Tokoh Maal Hijrah

Tahniah kepada dua penerima tokoh Maal Hijraj, Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, dan Tan Sri Dr Yusuf Nor. Mereka berhak menerima penghargaan tersebut. Kerja dan sumbangan mereka dalam bidang ilmu pengetahuan untuk pembangunan umat Islam dan dunia Islam adalah amat besar.

Tetapi sebagai anugerah lain, orang ramai sentiasa keritikal terhadap penerima hadiah atau anugerah itu, umpamanya saya menerima juga e-mail yang menyatakan bahawa sepatutnya orang yang telah diberi tugas dan amanah untuk bertugas dalam menjalankan tugasnya yang tertentu, tidaklah seharusnya diberikan anugerah kerana ia berjasa adalah dalam rangka menjalankan tugasnya itu. Apa bezanya dengan orang lain yang juga melaksanakan kerjanya sebagai pegawai atau Menteri dalam karier dan kerjayanya, apakah istimewanya sangat sehingga ianya diberi gelaran tokoh?

Seorang pengkeritik lain pula menyatakan kenapakah Shaikh Al-Qaradhawi pula yang dipilih? Sedangkan Shaikh ini juga pernah mengeluarkan fatwa yang amat negative terhadap pemimpin dan negara kita ketika mantan TPM kita dipecat dulu, dan Shaikh ini sendiri telah menolak beberapa kali ketika diundang untuk melawat Malaysia?

Saya serahkanlah hal ini kepada pihak Jawatankuasa pemilihnya, kerana kadang-kadang pengkeritik akan hanya nampak kelemahan sahaja. Atau JK pemilih pun ada kalanya terlepas pandang.

E-mail saya <dr.ismailibrahim09@gmail.com>

Comments

  1. Pertamanya, saya ucapkan tahniah di atas terbitnya blog Prof. Datuk Dr Ismail Ibrahim, yang diharapkan ramai akan mendapat manafaat dari sessi perbincangan yang diadakan.

    Saya ucapkan Tahniah keatas Duta Besar Malaysia di Arab Saudi,Prof Datuk Syed Omar Al-Sagaff, yang dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Perlis tahun ini.

    Saya juga menyampaikan Tahniah keatas tokoh-tokoh Maal Hijrah semua peringkat. Kali ini secara kebetulan dua tokoh Maal Hijrah peringkat Kebangsaan adalah bernama Yusof, yakni Sh Yusof Qardawi dan TS Dr Yusof Nor. Pastinya ada ketokohan yang hebat ada diri kedua-dua Yusof berkenaan.

    Saya menulis dari Riyadh, Arab Saudi yang mana tiada sambutan Maal Hijrah secara rasmi di negara ini. Namun warga Malaysia disini cuba menghayati Hijrah melalui sedikit sebanyak program, insyallah tanggal 23 Dec 2009 bertempat di Restoran Mutiara Malaysia akan di adakan program Forum Maal Hijrah di bawah anjuran Ustaz Dr Hasan Al-Fatani & rakan -rakan kelas pengajiannya. Tajuk Forum adalah "Hati dari perspektif Islam & Sains" Ahli Forum yang di jemput terdiri dari Sh Yusof Al-Muqrin dan seorang lagi Prof dari King Saud University. Dr Fakrulrazi dari Malaysia selaku moderatornya. Semua warga malaysia diundang ke majlis ini.

    Sekian & Salam dari Ahmad Firdaus Ismail, Riyadh, KSA

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....