Selamat Menyambut Maal Hijrah

!8 Disember 2009 menandakan kedatangan tahun baru Hijrah 1431. Tahun Hijrah datang dan pergi saban tahun, dan kali ini tahun Hijrah yang baru menjelang lagi, dengan menyaksikan kepelbagaian perubahan berlaku di dalam masyarakat dunia, iaitu dunia Islam dan dunia luar Islam. Negara kita menyaksikan kedatangan tahun baru Hijrah ini dengan penuh rasa syukur diatas segala kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Malaysia dari kepelbagaian kaum dan agama. Tetapi dalam masa yang sama negara kita juga menyaksikan perkembangan negatif dalam perkembangan politik yang menyaksikan ahli-ahli politik kita amat berani membangkitkan banyak isu sensitif yang menyentuh kaum dan agama. Orang Islam sendiri merasa keliru dan bingung apa bila terdapat ahli-ahli politik Melayu yang beragama Islam mengeluarkan beberapa kenyataan yang menyerang sesama sendiri semata-semata kerana perbezaan ideologi politik mengikut parti politik masing-masing.

Perpecahan dan kerisis inilah sebenarnya yang diusahakan oleh baginda Rasulullah SAW untuk membenteraskannya, terutamanya semasa peristiwa Hijrah baginda pada tahun 622 M, iaitu ketika baginda melahirkan sahifah atau Piagam Yathrib (Madinah) bagi menyatu padu dan mendamaikan kaum-kaum dan kabilah yang terdapat di Madinah, diantara orang-orang Islam sesama Islam, dan diantara orang Islam dengan bukan Islam, juga diantara orang bukan Islam sesama mereka seperti kabilah-kabilah Yahudi yang berada di Madinah ketika itu.

Ketika rakyat negara kita yang diketuai oleh pemimpin-pemimpin politik mulai membicarakan isu-isu yang memecah belahkan umat Islam dan warga negara kita umumnya, maka ketika inilah kita merasakan bahawa Piagam Madinah yang bersejarah itu haruslah dikaji semangat dan ajarannya untuk menjadi panduan bagi kita semua dalam mewujudkan kesefahaman dan perpaduan kita sendiri pada masa kini.

Kita pada hari ini amat merindui penjelmaan semula Hijrah yang dipelopori oleh baginda Rasulullah SAW itu, tetapi peristiwa yang berlaku pada tahun 622 M itu, tentulah tidak mungkin akan berulang lagi, oleh itu, yang kita harapkan ialah bahawa pemimpin-pemimpin dan rakyat kita akan mengambil iktibar dan pelajaran daripada peristiwa tersebut ketika kita menyambut dan merayakan hari yang bersejarah itu pada 18 Januari 2009. Amin

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....