Hari Ini Bas Itu Pun Jatuh !

BARU SEMALAM SAYA TULIS TENTANG BAS YANG DIPANDU LAJU, MEMOTONG BANYAK KENDERAAN RINGAN DI ATAS JALAN RAYA DAN LEBUH RAYA, DAN HARI INI BAS SEPERTI ITU PUN TERBALIK LINTANG PUKANG, MEMBUNUH PULUHAN ORANG PENUMPANG YANG AMAT MALANG. 

SAYA INGIN KEMUKAKAN SEKALI LAGI CADANGAN SUPAYA BANYAKKAN KERETA RONDA POLIS DI ATAS JALAN RAYA TANPA LOGO, NAMA DAN SEBAGAINYA, IAITU KERETA BIASA, YANG BOLEH MENAHAN DAN MENGAMBIL TINDAKAN KE ATAS KENDERAAN YANG MELAKUKAN KESALAHAN DI SEPANJANG JALAN RAYA, DAN LEBUH RAYA, SEPERTI YANG DILAKUKAN DI BEBERAPA BUAH NEGARA LAIN, TERMASUK DI SAUDI ARABIA, YANG PERNAH MENJADI TEMPAT KHIDMAT SAYA DULU.

 MUNGKIN DENGAN CARA INI, PEMANDU-PEMANDU GORELA DAN MONSTER DI ATAS JALAN RAYA ITU AKAN MERASA BIMBANG DAN TAKUT DI AMBIL TINDAKAN.
MUNGKIN ITULAH JALANNYA UNTUK MENGAJAR DAN MENDIDIK PEMANDU KASAR ITU.

MUNGKIN JUGA PIHAK BERKUASA LEBEH ARIF BAGAIMANAKAH HENDAK MENDIDIK PEMANDU MALAYSIA.
MUNGKIN SEKOLAH MEMANDU JUGA LEBEH TAHU APAKAH KURIKULUM YANG HARUS DILAKSANAKAN KE ATAS PEMANDU YANG DIAJAR, SUPAYA MEREKA TAHU KAEDAH MEMANDU YANG BAIK.

SELAIN DARI ITU KITA HANYA MENGHARAPKAN ALLAH SWT SAHAJA YANG BOLEH MEMBERI HIDAYAH DAN TAUFIK MENCERAHKAN OTAK PEMANDU KITA, DAN SEDAR AKAN TANGGUNG JAWAB MASING-MASING TERHADAP DIRI SENDIRI, KELUARGA DAN ORANG-ORANG LAIN.

Comments

  1. saya nk tanya ... apa kelebahan memandu sebelah kiri berbanding sebelah kanan?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....