Sistem Trafik Kita Memandu Sebelah Kiri
Terimakasih atas pertanyaan. Sistem trafik, atau lalu lintas, di dunia ini terbahagi kepada dua sistem. Kenderaan yang steeringnya sebelah kiri, seperti di Amerika Syarikat, dan beberapa buah negara di benua lain,kenderaan itu hendaklah di pandu di sebelah kanan jalan. Kenderaan yang steeringnya di sebelah kanan, seperti di negara kita, United Kingdom, Indonesia dan beberapa buah negara lain,kenderaan itu di pandu di sebelah kiri jalan.
Di negara kita pemandu duduk di tempat duduk depan di sebelah kanan, kerana steeringnya di sebelah kanan, dan ketika ia memandu kenderaannya, maka ia memandu di jalan sebelah kiri. Kalau dia memandu di atas jalan raya, maka dia memandu di lorong sebelah kiri sekali, kecuali kalau ia hendak memotong kenderaan di hadapan, ia hendaklah memotong di sebelah kanan, dan selepas memotong, dia hendaklah kembali ke lorongnya di sebelah kiri.
Inilah caranya memandu kenderaan di negara kita, tidak kira sama ada jalan itu sempit, seperti jalan dua hala, iaitu yang tidak ada pembahagi jalan di tengah-tengahnya, atau jalan yang ada pembahagi jalan, seperti jalan lebuh raya, iaitu sebelah jalan mempunyai dua atau tiga lorong untuk satu hala, dan di sebelah lagi begitu juga ada dua lorong atau tiga lorong sehala, yang berjalan dalam satu masa.
Kaedahnya sama saja, iaitu kalau jalan itu ada dua lorong sehala, maka pemandu mestilah memandu di sebelah kiri, dan kalau dia memotong kenderaan di hadapannya, dia mestilah memotong sebelah kanan, kemudian balik ke lorong sebelah kiri, untuk membuka jalan kepada kenderaan lain di belakangnnya yang lebeh laju untuk memotongnya.
Inilah yang seringkali di lupakan oleh pemandu kita, ketika memandu di jalan sehala yang mempunyai dua lorong, seperti di lebuh raya biasa, dia sering memandu di lorong kanan, dengan meninggalkan lorong kirinya kosong, jadi susahlah kereta belakang hendak memotongnya, sebab itulah sesetengah pemandu melakukan kesalahan lalu lintas dengan memotong di sebelah kiri kenderaan yang perlahan itu.
Di atas lebuh raya yang mempunyai tiga lorong pun begitu juga, terdapat pemandu yang tidak mahu memandu di lorong sebelah kiri sekali, kalau dia tidak berada di lorong kanan sekali, banyak yang suka memandu di lorong tengah-tengah, tanpa memasuki lorong di sebelah kiri sekali, supaya dua lorong di tengah dan di kanan kosong untuk kenderaan lain memotong.
Bahayanya ialah ketika musim perayaan, kenderaan banyak, maka berlaku kesesakan di atas jalan raya, kerana semua pemandu nampaknya ingin memandu di sebelah kanan bagi lebuh raya yang mempunyai dua lorong, atau memandu di lorong tengah bagi lebuh raya yang mempunyai tiga lorong sehala.
Kadang-kadang terdapat kenderaan yang akan memotong di sebelah kiri, kerana lorong itu kosong, tiba-tiba kenderaan di hadapan memasuki lorong kiri, maka berlakulah kemalangan.
Kalau semua pemandu mengikut peraturan lalu lintas, iaitu memandu di sebelah kiri jalan, mungkin kesesakan dapat dikurangkan sedikit semasa hari-hari perayaan, dan dalam masa yang sama dapat mengelakkan kemalangan.
Inilah guna dan faedahnya memandu di sebelah kiri jalan.

Comments
Post a Comment