SATU HARI DI ATAS JALAN RAYA

SAYA RASA POLIS MALAYSIA HARUSLAH CUBA PELAJARI DARI AMALAN POLIS DI SAUDI ARABIA YANG SAYA PERHATIKAN KETIKA SAYA BERKHIDMAT DI SANA TIDAK LAMA DULU.

KETIKA KEDERAAN MELAKUKAN KESALAHAN JALAN RAYA, MAKA AKAN TERDAPAT KERETA BIASA YANG AKAN MEMOTONGNYA DAN MENYALAKAN LAMPU YANG MENUNJUKKAN BAHAWA KERETA ITU ADALAH KERETA POLIS, YANG TANPA LAMPU TERSEBUT ORANG AKAN MENYANGKA BAHAWA KERETA ITU ADALAH KERETA BIASA, YANG DIPANDU OLEH ORANG BIASA.

TUJUANNYA IALAH UNTUK MENAHAN SEBARANG KENDERAAN YANG MEMBUAT SALAH DI ATAS JALAN RAYA, SEPERTI MEMANDU LAJU, MEMOTONG SALAH, MELANGGAR LAMPU ISYARAT DAN SEBAGAINYA, DAN MENGELUARKAN KOMPOUN SERTA MERTA.

HAL INI SAYA CADANGKAN, KERANA KALAU KITA BERADA DI ATAS JALAN RAYA, JALAN BIASA ATAU LEBUH RAYA DI NEGARA KITA, KITA DAPAT MELIHAT BANYAK PEMANDU YANG MELAKUKAN KESALAHAN LALU LINTAS YANG AMAT NYATA DI HADAPAN KITA, TANPA DIKENAKAN SEBARANG TINDAKAN, KERANA POLIS KITA HANYA MEMASANG KAMERA YANG TERLETAK DI TEMPAT TERTENTU SAHAJA, MENJALANKAN OPERASI PERANGKAP LAJU, TETAPI BAGI PEMANDU YANG MELAKUKAN KESALAHAN DI SEPANJANG JALAN RAYA ITU, MAKA IA BEBAS MEMBUAT KESALAHAN TANPA DIKESAN.

KETIKA KITA MEMANDU, BANYAK SEKALI KENDERAAN YANG MEMOTONG KITA DALAM HAD LAJU YANG TINGGI. BAS ATAU LORI AKAN MEMANDU 100 - 110 - 120 KM SEJAM, DAN MEMOTONG KITA YANG MEMANDU 100 ATAU 110 KM SEJAM.

LEBUH RAYA YANG TERDIRI DARI TIGA LORONG, SERING DIBIARKAN LORONG SEBELAH KIRI SEKALI KOSONG, SEMUANYA BERDUYUN-DUYUN BERATUR DI-LORONG TENGAH, BUKAN DI LORONG SEBELAH KIRI ! SEOLAH-OLAH PEMANDU MALAYSIA HANYA PATUT MEMPUNYAI LEBUH RAYA DUA LORONG SAHAJA. BUAT LEBUH RAYA TIGA LORONG, SEMUANYA NAK MEMANDU DI LORONG TENGAH, SEHINGGA KALAU KITA HENDAK MEMOTONG KENDERAAN DI HADAPAN KITA, SAMA ADA KITA MEMOTONGNYA DI SEBELAH KANAN, ATAU BUAT KESALAHAN DENGAN MEMOTONG DI LORONG KIRI ! JAKUN DAN AMAT MUNDUR SEKALI. SEPATUTNYA POLIS HARUSLAH MENGAJAR PEMANDU MALAYSIA SUPAYA MEMANDU DI SEBELAH KIRI, BUKAN DITENGAH, BILA POTONG MEMANGNYA POTONG SEBELAH KANAN, TETAPI SELEPAS MEMOTONG, MASUKLAH BALIK KE LORONG PALING KIRI, BUKAN DOK MAKAN ANAGIN DI LORONG TENGAH TU !
SAYA PUN TAK TAHU APAKAH YANG DIAJAR DI SEKOLAH MEMANDU SEKARANG TENTANG HIGHWAY CODE ??
TINDAKAN MENAHAN KENDERAAN YANG MELAKUKAN KESALAHAN LALU LINTAS DI ATAS JALAN RAYA NAMPAKNYA AMAT BEERKESAN, KERANA PEMANDU TIDAK MENGETAHUI SIAPAKAH YANG MEMANDU DI HADAPAN ATAU DI BELAKANGNYA, KERANA KENDERAAN ITU NAMPAK SEPERTI KENDERAAN BIASA, SEHINGGALAH KERETA ITU MEMOTONG DAN MENYALAKAN ISYARAT LAMPU YANG TERTENTU YANG HANYA DI GUNAKAN OLEH POLIS.

MUNGKIN PERKARA INI TELAH DILAKUKAN DI NEGARA KITA, SAYA TIDAK TAHU. TETAPI SEPANJANG PERJALANAN SAYA DI ATAS JALAN RAYA, SAYA TIDAK PERNAH MELIHAT HAL INI, KECUALI KERETA PERONDA YANG RASMI SAHAJA YANG KADANG-KADANG MERONDA, NAMUN BILA KERETA PERONDA POLIS BERADA DI JALAN RAYA, SEMUA ORANG YANG MEMANDU KENDERAAN AKAN MENJADI MALAIKAT, MEMANDU DENGAN PENUH DISIPLIN, MENJAGA HAD LAJU, MEMOTONG CARA YANG BETUL, DAN BILA KERETA PERONDA POLIS ITU LESAP DARI PANDANGANNYA, MAKA PEMANDU AKAN KEMBALI MENJADI "MONSTER" DI ATAS JALAN RAYA ITU !!
BOLEHKAH AGAKNYA SEMUA PIHAK YANG BERKUASA MEMIKIRKAN CARA PEMANDU MALAYSIA MEMANDU KENDERAAN INI DAN MENGAJAR MEREKA DENGAN TEGAS DAN KERAS? KALAU HARIMU SARKAS ITU PUN BOLEH DI DIDIK DAN DIAJAR, APAKAH TIDAK ADA JALAN UNTUK MENDIDIK DAN MENGAJAR PEMANDU "MONSTER" KITA ITU? KALAU DAH TAK ADA JALAN, TAK USAHLAH BINA LEBUH RAYA LAGI, BIARKAN MEREKA MELALUI LORONG-LORONG JALAN SEPERTI JALAN LAMA DI KAMPUNG DULU !!

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....