Tarikh 26 Disember

26 Disember 2010
6 tahun yang lalu, tarikh ini merupakan tarikh tragedi. Ratusan ribu nyawa melayang di sambar Tsunami besar, kebanyakannya di Acheh. Tragedi kemanusiaan yang melibatkan banyak negara, selain Acheh, Phuket di Thailand, Sri Lanka, India, juga Pulau Pinang dan Kuala Muda di negara kita turut menerima tragedi ini, meskipun kita hanya mengalami kehilangan nyawa manusia sedikit saja.
Tarikh ini sering menyerlahkan tragedi manusia, yang menyambut perayaan hari natal, berakhir dengan kematian dan bencana, pembunuhan, kebakaran bangunan, dan kemalangan jalan raya.

Kita menyaksikan beberapa kemalangan jalan raya di negara kita yang mengorbankan nyawa, sama ada yang berdosa kerana meminum minuman keras, dan memandu dalam pengaruh akohol, atau yang tidak bersalah, kecuali kerana memandu kenderaan dengan amat laju, hilang kawalan, dan beertembung dengan pokok, atau kenderaan lain.

Ada juga berita orang menyabung ayam di tengah hutan, berjudi, melanggar undang-undang Allah dan undang-undang negara. Nasib baik mereka kali ini dapat di cekup dan akan menerima pengadilan di dunia, sebelum menerima pengadilan di Akhirat.

GRO berpakaian santa clause dan berseluar atau skirt pendek juga turut merayakan hari natal, tetapi dengan menjual maruah dan badan untuk mengaut wang orang-orang yang turut merayakan hari natal dan mendapatkan keseronokan dari khidmat GRO itu.
Kali ini dapat di tangkap juga.GRO ini semuanya terdiri dari rakyat asing, dan premis ini juga telah diserbu beberapa kali sebelum ini, namun masih dapat beroperasi, tentu ada jalan-jalan tertentu yang digunakannya untuk terus berniaga mencari keuntungan. Pasti ada silap di mana-mana yang seharusnya disiasat oleh Polis dan SPRM.

Itulah beberapa kisah 16 Disember, yang hitam dan pekat dalam sejarah umat manusia, ketika perayaan agama. Sampai bilakah manusia akan melupakan Tuhan dan maruah serta nilai moral sendiri, sehinggakan dalam perayaan agama ini pun terdapat perkara yang amat mencemarkan nilai akal budi sendiri, apakah Tuhan pada mereka hanya simbol, tidak mempunyai arti apa-apa lagi.

Tsunami berlalu, meninggalkan ingatan tragedi yang besar, tapi telah di lupakan, nyawa manusia melayang begitu mudah akibat alkohol dan perangai gopoh semasa memandu, atau atas sebab-sebab lain, tetapi manusia mudah lupa. Tahun hadapan, tarikh 26 Disember akan di penuhi berita-berita yang sama lagi, atau mungkin lebah hebat dan gerun lagi, hanya sejarah sahaja yang akan menentukan dengan permainan manusia yang buas dan lupa, apakah manusia masih tidak insaf, tidak sedar dan tidak bertamadun??

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....