TV AL-HIJRAH

Ketibaan satu Muharram selasa kelmarin menandakan satu detik baru bagi manusia, khususnya umat Islam, untuk memulakan satu hidup baru yang lebeh cemerlang. Dalam bidang pembangunan media letronik, kemunculan sebuah stesyen baru bagi satu saluran TV di negara kita merupakan satu kemunculan baru saluran TV pada permulaan tahun baru hijrah itu.
Saluran baru tv itu ialah kelahiran TV Al-Hijrah di negara kita yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, pada 1 Muharram jam 8.30 malam bertempat di studio tv tersebut, iaitu dikompleks Pusat Islam lama, yang kini dijadikan pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI), berhadapan dengan Masjid Negara Kuala Lumpur.
Stesyen tv yang baru ini membawa imej baru, iaitu bertemakan hijrah yang dihubungkan dengan perubahan dan kemajuan, berlambangkan hijrah sebagai satu permulaan untuk segala-segalanya, ilmu pengetahuan, keamanan, kedaulatan, kesepaduan, inovasi, dan sebagainya, berpaksikan Segalanya Bermula Di Sini....
Yang ditunggu-tunggukan oleh penonton ialah sejauh manakah programnya akan memenuhi misi dan visi yang dibawanya, dan sejauh manakah gambaran konsep perubahan yang akan di jadikan rencah programnya. Malah yang lebeh penting lagi, bagaimanakah imej Islam yang akan dipotretkan dalam memahami apakah konsep agama Islam itu, apakah Islam hanya terhad dalam akidah, atau syariah, atau akhlak sahaja? Atau Islam itu merupakan gabongan bagi ketiga-tiga komponan ini yang pada akhirnya lahir sebagai Al Deen, cara hidup yang lengkap,a complete way of life ?
Kalau selama ini majoriti umat Islam memahami Islam dalam konteks ritual, ibadat sahaja, maka apakah Tv Al Hijrah akan cuba membeerikan gambaran yang jelas tentang Islam itu, yang melampaui bidang akidah dan syariah, iaitu merangkumi segala aspek kehidupan manusia dalam bidang pengetahuan dunia dan akhirat, yang mempunyai hubungan yang rapat dengan sains teknologi, etika, alam sekitar, perekonomian, politik, sosial, akhlak manusia dan segala-galanya yang berada dalam dunia ini, juga segala-galanya yang bakal dibawa ke alam akhirat nanti.
Hal inilah yang seharusnya di projekkan oleh TV Al-Hijrah dalam jangka pendek dan jangka panjangnya.
Hal inilah yang merupakan iktibar dari Hijrah, yang diambil sebagai jenama saluran TV baru, yang diilhamkan oleh Kerajaan hari ini. Permulaannya amat agong dan penuh berarti, maka diharap peredarannya juga akan menjadi lebeh agong lebeh bererti dan lebeh hebat lagi, insya'Allah.

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....