Posts

Showing posts from 2011

Catatan Dalam Penerbangan: PROTES !!

Tahun 2011 menghampiri penghujungnya. Tahun ini akan melabuhkan tirainya untuk digantikan dengan tahun baru 2012, dan umur dunia serta umur kita sendiri turut meningkat setahun lagi. Kita mengingati pepatah Melayu yang berkata: sekali air bah, sekali pasir berubah, maka demikianlah juga dengan dunia kita, sekali bergerak melangkah ke hadapan , maka sekali lagi perubahan berlaku, kerana segala2nya bergerak dengan peredaran zaman. Tahun 2010, bergerak dalam pelbagai peristiwa, dan tahun 2011 memasuki pusingannya, juga dengan segala perubahan yang berlaku, perubahan kepada manusia dan segala macam tindakannya, sama ada manusia ini menuju kearah yang lebeh bertamadun atau semakin menurun ke peringkat alam haiwan yang buas. Tahun 2011 juga menyaksikan bencana alam dan tragedi yang dibawanya, rekaan teknologi moden yang menyaksikan peningkatan ilmu manusia yang begitu canggih, terutamanya dalam bidang sains komputar dan komunikasi. Itulah perkembangan positif dan negatif yang dibawa oleh per

Kenangan Teman Rapat Yang Telah Pergi

Kehilangannya begitu mendadak, Allah SWT melakukan kehendak-Nya tanpa dapat diramal oleh sesiapa pun. Terdapat orang yang merana sakit berbulan2 atau bertahun2, kurus kering dan terbaring lama, tetapi nafasnya masih dapat ditarik, dan ajalnya belum menjelma. Kawan kita Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman, tanpa menunjukkan sakit yang serius, tetapi dalam segar dan masih dapat bercakap seperti biasa, tiba2 Allah SWT menghentikan nafas dan degupan jantungnya, lalu bercerailah nyawa dari badannya, meninggal dunia tanpa amaran lama, atau dalam keadaan terbaring lesu dan lemah. Itulah kehendak Allah, dan begitulah setiap individu tidak dapat menelah bagaimana dan di manakah ia akan menghembuskan nafsnya yang terakhir. Al-Quran menjelaskan dalam surah Luqman ayat 33 bahawa dua perkara yang tidak diketahui manusia, pertama ialah apakah yang akan diusahakannya esok, dan kedua, di bumi manakah ia akan meninggal dunia. Hamid Othman hilang dari dunia ini, apabila dikebumikan selepas Zohor 24 Disember 2

INNA LILLAH WA INNA ILAIHI RAJI'UN

Al-Fatihah untuk ruh teman karib sengkatan di Kolej Islam Malaya dan di Mesir serta sama2 di tanah air, Allah Yarham Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman yang meninggal dunia petang ini di pejabatnya Maju Junction. Seorang demi seorang teman lama di panggil Allah SWT untuk mengadap-Nya, dan kini tiba masanya Hamid Othman pergi buat selama2nya menemui Allah Azza Wajalla dalam sekelip mata saja. Pagi tadi ketika saya akan terbang dari Kuala Trengganu ke Kuala Lumpur dengan penerbangan MH 1327 yang berlepas jam 10.05, tiba2 sebelum terbang dan sebelum lagi penumpang dijemput untuk menaiki pesawat, telefon saya berdering, dan di hujung sana ialah panggilan dari Allah Yarham Hamid. Dia bercakap seperti biasa, mengingatkan tentang jemputannya ke rumah anaknya Wafi 31 Disember 2011 ini untuk aqiqah cucunya, anak Wafi di Shah Alam, saya dengan dukacita memberitahunya, bahawa saya tak dapat hadir, kerana akan berangkat keluar negara pada 25 Disember. Dia menerima maaf saya dengan baik, dan katanya...&

Murtad ? Kenapa Nak Dikisahkan?

Memang relevan agaknya persoalan di atas ditanyakan sekiranya isu murtad, isu orang memurtadkan orang Islam, merupakan isu pertikaian di kalangan orang Islam sendiri, terutamanya oleh orang politik sendiri. Kenapakah orang Islam sibuk2, sedangkan orang Islam yang sepatutnya memperjuangkan hal ini bertikai dan bergaduh sama sendiri, sama ada hal ini merupakan isu bersama, atau hanya isu sekelompok orang saja? Isu JAIS dengan Gereja Damansara Utama tempoh hari mengenai kehadiran orang Islam dalam Gereja tesebut dan telah dilaporkan tentang aktiviti memurtadkan orang Islam, menjadi persoalan besar di kalangan pemimpin politik Islam, malah ramai yang mempertahankan Gereja tersebut yang kononnya sengaja dibesar2kan. Sultan Selangor sendiri yang menyedari akan hal ini setelah menerima laporan Jais, tetapi telah mengambil jalan tengah, menang-menang, untuk kepentingan semua, dengan harapan supaya kes ini ditutup dengan hanya mengambil pelajaran dan iktibar, namun titah Baginda itu juga telah

LAMBANG ISLAM

Tuanku Sultan Kedah buat kali kedua ditabalkan sebagai Yang Di Pertuan Agong, dan perlantikan ini menempa sejarahnya yang tersendiri bagi negara kita, iaitu buat pertama kalinya dalam sejarah kesultanan moden dinegara kita ini, seorang Sultan berpeluang mengambil gilirannya sebagai Yang Di Pertuan Agong mengikut Perlembagaan Malaysia. Melihat segala adat istiadat pemasyuran dan upacara mengangkat sumpah baginda yang berwarna warni, gilang gemilang, pada 13 Disember 2011 di Istana Negara yang serba baru, maka hati kita merasa amat tenteram dan penuh khusyuk dengan pergerakan yang beradat dan beradab, pengucapan sumpah yang penuh bermakna, serta iringan doa restu yang menunjukkan segala penyerahan diri kepada Yang Maha Kuasa. Amat bererti sekali, segala lafaz sumpah Baginda, yang di antara lainnya, ketika dengan segala ikhlas dan penuh azam menyatakan bahawa Baginda akan sentiasa memelihara agama Islam di negara kita, yang melambangkan ikrar yang tulen bahawa negara kita akan tetap teru

TURKI DAN MALAYSIA

Sepanjang pengalaman saya semasa berada di Riyadh selama hampir tiga tahun, dan ketika menghadiri Persidangan2 antarabangsa di luar negara, juga melalui pertemuan dengan para akademik dan aktivis agama dan sosial, nampaknya rata2 orang Islam dan bukan Islam di luar memandang Malaysia dan Turki sebagai dua buah negara Islam yang membangun dengan maju, iaitu dari segi ekonomi, pendidikan, teknologi dan sebagainya, dibandingkan dengan negara2 Islam lain yang kebanyakannya masih berada di tahap kemiskinan, atau negara2 Islam yang kaya seperti negara Telok, namun negara2 kaya ini kebanyakannya amat tunduk kepada kuasa politik dan ekonomi Barat, khususnya Amerika Syarikat dan beberapa buah negara Eropah lainnya. Oleh itu pandangan umum masih melihat Malaysia dan Turki sebagai dua buah negara yang bebas, membangun untuk rakyat, dan menempa imej Islam yang global, berkemajuan dan positif, tanpakehadiran huru hara, kegelisahan ekonomi dan politik yang melampau sehingga membawa kepada pertumpaha

Jangan Politikkan Segala2nya

Di tengah2 pentas negara kita kini, nampaknya para pemain dan pelakonnya rancak bermain politik. Semua lakonan, dialog watak2nya, pemandangan, latar belakangnya adalah lakonan politik, iaitu lakonan politik realiti, atau imaginasi, persepsi dan sebagainya. Politik yang dimainkan adalah politik kepartian yang mempunyai rencah taksub, fanatik, berat sebelah, dan dipenuhi dengan tuduhan melulu, fitnah, sandiwara, ditambah dengan peluru dan kata2 kesat, maki hamun, jauh dari adat tradisi dan budaya bangsa serta agama yang berpandukan kepada sikap lemah lembut, adab sopan, tata susila, akhlak dan nilai2 moral yang diwarisi selama ini. Orang boleh berkata kepada orang lain, tidak kira siapa lagi, dia Sultan, Perdana Menteri, tokoh agama, ketua kaum, orang yang seharusnya di hormati, orang yang berjasa, dan sesiapa saja, asalkan dia bernama manusia, dan semuanya sesama manusia, maka setiap orang bebas berkata kepadanya apa2 yang dikehendakinya, sama ada dalam bahasa kasar, bahasa biadap pada

BUKU LEE DIHARAMKAN

Pada 27 Januari 2011 saya telah menulis di sini tentang persepsi salah yang cuba dikemukakan Lee Kuan Yew terhadap pembaca bukunya tentang Islam. Buku yang dimaksudkan itu ialah yang berjudul " Hard Truth To Keep Singapore Going" iaitu yang menyeru supaya orang Islam tidaklah terlalu komited kepada agamanya, tanpa membezakan ajaran dan sikap bagaimanakah yang seharusnya tidak dipegang dengan kuatnya oleh orang Islam, dan hal ini menjadikan orang berfikir bahawa orang Islam tidaklah seharusnya terlalu kuat beragama, kerana berpegang kuat kepada agama boleh menghalang mereka dari mencapai kemajuan, seolah2 orang Islam di Singapura tidak dapat mencapai kejayaan ialah kerana mereka terlalu kuat berpegang kepada ajaran agama!. Sememangnya Lee pernah sebelum ini mengemukakan tentang gambaran salah mengenai Islam, iaitu yang sama nadanya dengan gambaran media Barat, dan pengucapan ketua2 negara Barat mengenai Islam, yang dihubungkan dengan sikap radikal, ganas dan tidak berperi kema

SIAPA MENYERANG SIAPA?

Menyerang UMNO menjadi satu senjata yang semakin ketara dan semakin membara selepas UMNO mengadakan perhimpunan agongnya baru2 ini. Serangan ini bukan hanya menjadi ombak besar di dalam negara sahaja, tetapi merupakan seperti angin puting beliong yang datangnya dari luar negara dengan amat kencang sekali. Bagi saya serangn yang rasional dan dapat dijustifikasikan tidaklah menjadi masalah, kerana dalam pergerakan politik, tidak ada sebarang parti yang sempurna dan "maksum", masing2 punya kelemahan dan keaiban sendiri tentang dasar perjuangan, para pendokong dan pimpinannya, atau para pengikutnya sendiri. Masing2 mempunyai titik kelemahan, yang kadang2 tidak dapat dicium baunya dan tidak kelihatan kepada mereka, maka orang2 luarlah yang seharusnya memberitahu mereka dengan penuh hikmah dan bermoral. Yang berlaku sekarang ini, bukan menegur dan mengkeritik secara membina, memilih dan menapis, mana satu yang harus dikeritik secara keras, dan mana satu yang harus diberikan pandan

Sempadan Kebebasan dan Hak Asasai Manusia

HAK ASASI DAN KEBEBASAN BERSUARA Masyarakat kita pada hari ini, khususnya melalui blog, portal dan media baru umumnya sering menekankan tentang isu ini, iaitu hak kebebasan manusia dalam bertindak, bersuara, menunjuk perasaan dan sebagainya yang dihubungkan dengan sistem demokrasi. Tanpa hak dan kebebasan ini maka sebuah pemerintahan atau negara itu boleh dianggap sebagai sebuah pemerintahan zalim dan negara yang tidak demokratik. Bagaimana pun dalam ruangan ini, saya hanya ingin menyentuh satu saja ciri penting dalam sistem demokrasi, iaitu kebebasan bersuara dalam kerangka hak asasi manusia, yang sering diketengahkan oleh pendokong demokrasi di Timur dan Barat, yang ada kalanya menjadi satu senjata untuk mengkeritik masyarakat negara membangun dan dunia ketiga, termasuk melebalkan pemerintahan Islam sebagai pemerintahan yang tidak demokratik. Di dalam ajaran Islam setiap kebebasan mempunyai batas dan hadnya yang tertentu. Hak bersuara umpamanya bukanlah diberikan tanpa sem

UCAPAN NEGARAWAN

Dato' Seri Najib Tun Razak ketika berucap sebagai Presiden UMNO dalam perhimpunan partinya pada 1 Disember 2011 tidaklah hanya lahir sebagai Presiden Parti, tetapi juga sebagai negarawan yang berpandangan jauh dan berhikmah. Ucapannya amat informatif dan bernas, mengenang kembali sejarah perjuangan negara di bawah kepimpinan negarawan yang lalu yang membawa Malaysia ke persada dunia,bukan hanya sebagai sebuah negara maju dalam industri dan teknologi, tetapi sebagai sebuah negara bermaruah, beragama, beretika dan berpadu dalam kepelbagaian kaum dan budaya. Banyak perkara positif yang disebutkannya sebagai membuktikan bahawa arus perjuangan negara berada dalam landasan yang betul, tetapi, menurut beliau, malangnya hal ini telah dinafikan tanpa bukti oleh perjuangan partisan melulu oleh musuh2 politiknya yang berusaha mencari keuntungan peribadi atau kelompok tertentu. Dalam hal ini,saya rasa, kita amat memerlukan rakyat yang berfikiran rasional, menggunakan logik, dan berasaskan fak

APAKAH UMNO DAN PAS HARUS BERSATU?

( BAHAGIAN KEDUA) Memperjuangkan Islam sebagai agenda politik kepartian, akan membawa kepada sikap dan sifat taksub partisan diantara ketua-ketua dan pengikut parti politik masing-masing, dan akibatnya ruh dan semangat ukhuwah Islamiah yang di bawakan oleh Nabi kita yang menjadi tulang belakang kekuatan umat tidak mungkin dapat direlisasikan sama sekali. Dan sekiranya falsafah dan perlaksanaan semangat persaudaraan Islam itu telah terhakis oleh agenda politik partisan, maka apakah lagi yang diharapkan dalam perjuangan kita untuk membangunkan Islam sebagai agama dinamik bagi kesejahteraan kita bersama di dunia dan akhirat. Saya melihat pertembungan PAS dan UMNO sekarang ini bukanlah pada dasar perjuangan untuk memahkotakan Islam sebagai agama. Tetapi pertembungan itu lebeh memfokuskan kepada pentafsiran Islam itu sendiri dalam banyak perkara. Pertamanya ialah tentan