Posts

Showing posts from October, 2011

MAHASISWA DAN POLITIK

Dalam penghakiman yang terbaru semalam, Mahkamah telah memutuskan bahawa para pelajar boleh menyertai politik, dan membuat keputusan bahawa peruntukan di dalam AUKU tentang larangan ini adalah bercanggah dengan Perlembagaan negara. Keputusan ini melegakan para pelajar dan para penyolong mereka tehadap penglibatan mereka dalam politik sebagai satu hak asasi mereka. Malah dari berita yang tersiar dalam TV ternyata bahawa kebanyakan ahli Parlimen dari Kerajaan dan Pembangkang menyambut baik cadangan ini dengan cadangan balas supaya peruntukan AUKU mengenai perkara tersebut dikaji semula. Saya rasa menyertai politik tidaklah menjadi kesalahan, kerana politik adalah merupakan satu aktiviti rakyat semua pihak untuk menyertainya, kerana politik adalah merupakan hal ehwal pemerintahan negara, pembentukan Kerajaan, suara rakyat dalam sistem pentadbiran negara, sokongan dan bantahan terhadap satu isu negara atau sebaliknya yang dipandang dari sudut kebajikan rakyat. Namun sehingga ke sempadan in...

DUNIA KEHAKISAN MORAL

Kerana dunia seluruhnya akan kehakisan nilai moral dan akhlak yang baiklah, nampaknya Rasulullah SAW telah menegaskan di dalam sabdanya bahawa baginda diutuskan Allah SWT ialah untuk menyuempurnakan akhlak yang mulia (makarim al-akhlaq) Dunia timur dan barat, Islam dan bukan Islam, semuanya kelihatan telah mengabaikan segala nilai moral dan akhlak dalam segala tindakan dan perlakuan harian mereka. Cara bertindak oleh rakyat Muslim di negara2 Arab, sungguh pun terdapat kes dan sebab musabab yang sebahagian besarnya menjustifikasikan tindakan memberontak dan menjatuhkan kerajaan mereka seperti yang berlaku di beberapa buah negara di sana, tetapi akhirnya segala tindakan itu berlaku tanpa sebarang nilai kemanusiaan dan unsur tamadun yang seharusnya mewarnai kehidupan manusia ini. Cara menjatuhkan kerajaan dan pemerintah yang dianggap bersikap kuku besi, memonopoli kekayaan, kekuasaan, dan sebagainya dilakukan dengan keganasan dan kekerasan yang melampau, sehingga pemimpin yang telah dijat...
PERJALANAN MALAM TERSEBUT KISAH SATU MALAM KETIKA RASULULLAH DI BAWA ALLAH MENGEMBARA JAUH DARI MASJID AL-HARAM KE MASJID AL-AQSA UNTUK DI PERLIHATKAN ALLAH KEKUASAAN DAN KEBESARAN-NYA INILAH MALAM ISRA’ TANDA KEMULIAAN BAGINDA PILIHAN TUHAN ALLAH MAHA AGUNG DEMIKIANLAH JUGA TERSEBUT KISAH SILAM TENTANG KURNIAAN ALLAH KEPADA NABI MUSA KETIKA BAGINDA BERMUNAJAT DI GUNUNG “THURSINA” LALU DITURUNKAN KEPADANYA KITAB TAURAT MENJADI PETUNJUK DAN HIDAYAH BAGI KAUMNYA : BANI ISRAEL BANI ISRAEL YANG SOMBONG DAN DURHAKA KENANGILAH DATUK NENEK MU YANG DILANDA TAUFAN BERSAMA-SAMA NABI NUH KAUMNYA YANG DEGIL BONGKAK DAN KERAS MUSNAH DILANDA BALA BENCANA BADAI DAN OMBAK RAKSAKSA, DAN KAUMNYA YANG PUNYA IMAN YANG TAAT, PATUH TERSELAMAT BERSAMA-SAMA NABI NUH BANI ISRAEL MENENTANG NABI MUSA MENGGANAS DAN MENCEROBOH BUMI PALESTIN BERMANDI DARAH INILAH PENDURHAKAAN MEREKA DAN MEREKA DIMUSNAHKAN DARI DUA SERANGAN OLEH BABILION DAN ROM ISRA’ ...

PROTES DAN KONFLIK

>Ternyata dari komen2 pembaca Malaysian Insider yang saya siarkan semalam bahawa terlalu banyak komen yang mempersoalkan institusi dan agensi yang telah sedia ada dalam negara kita. Banyak persoalan yang ditujukan kepada institusi pendidikan, institusi raja, institusi agama dan sebagainya. Kebanyakannya sehingga mempersoalkan kewibawaan dan kelangsungan institusi itu yang ada diantaranya menganggap bahawa institusi itu telah tidak relevan lagi dengan perkembangan masyarakat sekarang. Institusi Raja merupakan institusi yang dipertikaikan kewujudannya, dan dianggap sebagai satu institusi yang tidak relevan lagi sekarang. Demikian juga dengan kewibawaan institusi agama Islam yang banyak juga dipersoalkan dan dipandang rendah oleh sesetengah orang. Majoriti rakyat yang cintakan perdamaian dan ketenteraman tentulah dapat menerima keritikan dan teguran itu sekiranya dibuat secara berhemah dan berhikmah, beretika dan berakhlak, serta dikemukan pandangan2 yang berdasarkan ilmu pengeta...
NO COMMENT (Kes Prof Aziz Bari dan UIA) (Saya perturunkan beberapa komen pembaca di bawah yang saya petik dari portal Malaysian Insider tanpa sebarang komen saya terhadap komen2 ini. Sama2lah kita membaca dan mengambil kesimpulan masing2) Ismail Ibrahim 0 abu bakar • 4 minutes ago Isu institusi2 yg tidak demokratic seperti institusi raja2 dan UMNO haruslah di kemukan kpd persidangan antarabangsa utk tindakan selanjut mrk. Kita telah lihat bagaimana diktator yg paling kuat pun bolih ditumbangkan. Dalam kes Malaysia campurtangan antarabangsa adalah diperlukan untuk membawa nikmat pada rakyat lalu menghapuskan belenggu golongan elit dalam negara. Ini adalah kerana tidak ada satu pun institusi yang bebas dari pengaruh UMNO di negara ini. 0 sparkkor • 20 minutes ago MP UMNO memang jenis yang tiada kerja, debat merapu-rapu dalam Parlimen lepas tu sibuk2 suruh ambil tindakan keatas Prof.Aziz.Sekarang semua dah diam.Mana MP2 UMNO yang jadi tukang sibuk itu dulu? MP UMNO ni memang tiada mental...

CONTOH NEGATIF POLITIK SEMPIT

Saya bersimpati kepada kedua2 belah pihak, Rektor UIA dan Prof Aziz Bari atas kekecohan yang berlaku begitu besar dan kelihatan amat serius. Tanpa sebarang campur tangan politik kepartian, isu ini mungkin tidak kelihatan begitu besar. Simpati saya lebeh besar kepada Rektor UIA, kerana beliau nampaknya berada dalam posisi pertahanan, setelah di kecam dan di hukum dari segala penjuru. Saya percaya bahawa Rektor UIA bertindak adalah berdasarkan peruntukan undang2, dan beliau mungkin telah bertindak adalah juga kerana banyak pihak, terutamanya media yang membangkitkan kenyataan Prof Aziz itu sebagai satu kenyataan yang perlu di pandang serius oleh Universsiti. Hal ini menjadi satu tekanan yang hebat kepada Universiti, terutamanya dalam kes yang melibatkan Sultan dan Islam. Prof Aziz juga telah mengeluarkan kenyataannya yang agak samar2, iaitu kalau tak salah fahaman saya, beliau mengatakan bahawa Sultan Selangor boleh bertindak begitu dalam kes Jais dan DUMC, tetapi tindakan Baginda itu ad...

PROF AZIZ BARI

Saya pernah berkhidmat hampir sepuluh tahun di UIA, dan saya mengenali Prof Aziz, walau pun beliau tidak seangkatan dengan saya. Saya juga mengenali Rektor UIA, Prof Datuk Zaleha sejak sekian lama. Dalam pertikaian dan konflik yang sedang berlaku sekarang ini, saya merasakan semua pihak haruslah berlaku adil dan cuba memahami isu yang sebenarnya tanpa sebarang prasangka, atau berdasarkan persepsi sendiri akibat daripada laporan media atau kenyataan orang dan pihak ketiga. Prof Aziz mengeluarkan kenyataan tentang  titah Sultan Selangor berikutan laporan JAIS yang mengadakan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist DU dan disiarkan di dalam sebuah portal.Pihak UIA sebagai sebuah Institusi akademik telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Prof Aziz kerana menurut peraturan UIA kenyataan Prof tersebut nampaknya menyentuh peraturan tata tertib UIA, oleh itu UIA meminta Prof Aziz memberikan sebab dan berhujah lanjut tentang kenyataannya itu. Pihak Prof Aziz akan menjawab surat itu dala...

MALAYSIA DAN LIBYA

Berita terbaru menyatakan bahawa Ghadafi telah terbunuh, habislah eranya memerintah Libya lebeh dari empat dekad, dengan segala kelakuan ganjil dan pemerintahan bercelaru yang menjadikan rakyat juga tidak merasa aman dan selesa, kecuali sebahagian kecil saja di sekelilingnya yang merasa gembira dengan layanannya. Namun bagi yang meneruskan perjuangan dalam mentadbir negara dan kekayaan minyak dan gas Libya, maka era baru sebenarnya hanya akan bermula selepas kematiannya. Perang saudara haruslah berhenti, kemusnahan yang banyak melanda negara dari segi fizikal dan kejiwaan rakyat terbanyak haruslah mulai segera dipulehkan, pemerintahan haruslah segera menyusun strategi dan perancangan untuk membangunkan Libya baru kembali kepada sistem syura dan demokrasi untuk kepentingan seluruh rakyat. Mesir mengalami keadaan yang sama, pemberontak tidak membunuh Presiden Hosni Mubarak, malah Hosni sendiri rela mengundurkan diri dan sanggup menerima apa saja akibatnya, sebab itulah Mesir tidak mengal...

HIMPUNAN SEJUTA UMAT

Himpunan sejuta umat yang dicadang akan diadakan pada 22 Oktober ini membawa mesej yang berbeza-beza pada pandangan saya. Mesej pertama tentunya untuk menyedarkan orang Islam tentang cabran yang perlu mereka atasi, iaitu gerakan merosakkan akidah mereka dari golongan lain yang ingin memurtadkan mereka. Kedua untuk mengingatkan masyarakat berbilang agama di Malaysia, supaya masing2 mempunyai rasa ikhlas dan jujur dalam negara ini, tanpa mencuba untuk merosakkan akidah dan pegangan para penganut agama lain, di luar lengkungan penganut agama mereka sendiri, iaitu secara khususnya untuk mengingatkan segelintir pihak pendiayah agama Kristian yang mungkin mencuba untuk mengkeristiankan orang Islam dengan berbagai2 cara tertentu. Agama kadang2 menjadi barangan komoditi yang ditawarkan kepada orang lain dengan berbagai2 umpan dan gula2, agar agama tertentu itu menjadi laku dan diingini oleh ramai. Tetapi bagi saya, dalam mempertikaikan sesuatu, terutamanya ketika menyorok kelemahan kita yang...

LAGI ISU JAIS DAN DUMC

Saya telah menulis isu ini kelmarin, iaitu dengan mengharapkan supaya masyarakat Islam dan bukan Islam seharusnya memberhentikan polemik ini. Tetapi nampaknya banyak portal dan media lain yang masih membangkitkan persoalan ini dengan lebeh hebat lagi selepas titah Sultan Selangor yang nampaknya telah dibuat untuk mengembalikan keharmonian akibat dari kerisis yang agak berpanjangan itu, namun begitu, rupa2nya hal ini tidak diterima dengan baik, sehingga segala komen dan perbincangan yang disiarkan media menampakkan satu pergelutan dan pertelagahan yang amat menyentuh banyak isu sensitif di antara kaum dan agama, dan amat membangkitkan emosi dan sentimen melulu dari segi kaum dan agama, khususnya diantara tindakan Jais yang masih dilebalkan sebagai satu serbuan yang tidak mengikut undang2 dan aktiviti DUMC yang dikatakan hanya aktiviti kebajikan, tidak mempunyai kaitan dengan gerakan mengganggu akidah umat Islam. Konflik dan kerisis yang dibesar2kan ini saya melihatnya sebagai satu ...

JAIS dan Gereja Methodest

Hari ini Sultan Selangor telah mengeluarkan titah baginda tentang tindakan JAIS memeriksa Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos yang lalu, yang telah menimbulkan begitu banyak perdebatan dalam senario politik negara kita. Saya mengatakan bahawa perdebatan itu banyak berlaku di dalam gelanggang politik negara kita, kerana kebanyakan yang membicarakannya adalah terdiri dari kalangan ahli politik, atau penyokong2 parti politik, sehingga hal ini menimbulkankonflik politik keagamaan, kepartian dan melarat kepada politik perkauman yang agak melampaui batas. Rakyat umumnya tentulah mengharapkan bahawa kes ini akan ditutup dan berakhir dengan kenyataan Sultan Selangor, sebagai ketua agama dan adat istiadat Melayu negeri Selangor, tambahan pula Sultan telah mengambil tindakan yang wajar sekali dalam memelihara kesetabilan kaum dan agama, dan mengelakkan rasa tersinggung yang mungkin dirasakan oleh pengikut agama Islam dan agama Kristian sendiri. Pertama sekali haruslah difahami b...

Terlalu Individualistik?

Rakyat kita terikut2 dengan trend dunia yang kini lebeh bersikap kasar dan liar dalam tindakan memperjuangkan sesuatu yang dikatakan sebagai hak individu dan kelompok masing2. Sungguh pun kita tidak sangat didedahkan tentang trend ini mengikut kajian dan penyelidikan ilmiah dengan segala data dan faktanya, tetapi sepintas lalu ternyata bahawa perjuangan menegakkan kepentingan diri dan kelompok semakin menjadi2 mutakhir ini. Memanglah secara umumnya trend mempertahankan hak dan kepentingan ini nampaknya berlaku dengan hebat di kalangan ahli politik yang mempertahankan, sekali gus menonjolkan perjuangan parti masing2, tetapi nampaknya media, termasuk media baru, kelihatan telah memainkan peranan yang amat penting dalam menonjolkan kes "perjuangan" kelompok2 tertentu dalam politik, sama ada politik pemerintah bagi kerajaan yang berkuasa, atau pihak pembangkang. Portal2 maya yang popular sering menyalahkan akhbar bercetak utama negara sebagai media UMNO, BN atau Kerajaan. Tetapi ...