LAGI ISU JAIS DAN DUMC
Saya telah menulis isu ini kelmarin, iaitu dengan mengharapkan supaya masyarakat Islam dan bukan Islam seharusnya memberhentikan polemik ini. Tetapi nampaknya banyak portal dan media lain yang masih membangkitkan persoalan ini dengan lebeh hebat lagi selepas titah Sultan Selangor yang nampaknya telah dibuat untuk mengembalikan keharmonian akibat dari kerisis yang agak berpanjangan itu, namun begitu, rupa2nya hal ini tidak diterima dengan baik, sehingga segala komen dan perbincangan yang disiarkan media menampakkan satu pergelutan dan pertelagahan yang amat menyentuh banyak isu sensitif di antara kaum dan agama, dan amat membangkitkan emosi dan sentimen melulu dari segi kaum dan agama, khususnya diantara tindakan Jais yang masih dilebalkan sebagai satu serbuan yang tidak mengikut undang2 dan aktiviti DUMC yang dikatakan hanya aktiviti kebajikan, tidak mempunyai kaitan dengan gerakan mengganggu akidah umat Islam.
Konflik dan kerisis yang dibesar2kan ini saya melihatnya sebagai satu "trend" segelintir rakyat kita yang lebeh suka mencari perbezaan dan perbalahan daripada mencari kesatuan dan keharmonian. Orang yang terlalu kuat sentimennya menulis sehingga menyentuh kedudukan agama, kedudukan Sultan, otoriti Jais dan institusi Raja serta Perlembagaan, malah tidak langsung menghargai tolak ansur dan tawaran berdamai yang dilakukan oleh Sultan, malah nampaknya terdapat orang2 yang tidak cenderung lagi untuk menginsafi akan otoriti dan kuasa perundangan dan kuasa institusi2 pemerintahan itu.
Hal ini amat berbeza sama sekali dari keadaan pada masa2 yang lalu,, iaitu perilaku dan kecenderungan untuk membesar2kan perbezaan dan konflik sama sendiri ini nampaknya kini telah timbul dengan amat jelas di dalam masyarakat kita secara yang amat terus terang dan tanpa berdiplomatik lagi. Hal ini berlaku sekarang iaitu jika dibandingkan dengan masa yang lalu, kerana pada masa lalu, rakyat kita pada umumnya sering mencari titik pertemuan dan persepakatan dengan meninggalkan sesuatu yang tidak disepakati itu atas dasar agree to disagree demi mencari perpaduan dan keharmonian.
Saya tidak mahu membuat sebarang kesimpulan kenapakah hal ini berlaku sekarang. Cuma yang dapat saya lihat secara sepintas lalu, mungkin secara longgar tanpa sebarang kesimpulan konkrit, tanpa berdasarkan kepada fakta dan angka, bahawa hal ini berlaku adalah kerana sentimen politik perkauman dan keagamaan yang nampaknya semakin menebal di kalangan rakyat kita pada masa kini. Tetapi kita tidak dapat membuat kesimpulan tentang kadar dan peratusan rakyat yang mempunyai sentimen begini, yang tidak suka melihat kepada perpaduan dan keharmonian, atau yang mempunyai motif dan kepentingan peribadi atau kelompok yang tertentu. Hal ini tentulah memerlukan kajian yang serius untuk diketahui jawapannya yang lebeh tepat, terutamanya apabila menyedari akan hakikat penulisan maya dan internet, blog dan portal2 pada masa kini yang amat mudah dimanipulasikan oleh hanya beberapa orang sahaja, tetapi menampakkan seolah2 mereka itu adalah mewakili majoriti rakyat kita, kerana sesiapa sahaja, tanpa terikat dengan sebarang etika penulisan dan kewartawanan, akan dapat menulis dengan menggunakan nama yang berbagai2.
Namun bbegitu mungkin juga terdapat peratusan yang agak tinggi dari rakyat kita yang menulis begini, yang dalam situasi ini tentulah memberi gambaran kepada kita bahawa sekiranya memang ramai orang yang bersikap fanatik dan taksub perkauman dan agama ini, alamatnya masyarakat dan negara kita sedang berada diambang bahaya seperti yang sedang berlaku di dalam dunia lain yang sedang dilanda dengan berbagai2 kerisis termasuk kerisis dan konflik berdarah sekarang ini.
Dalam kes Jais dan insiden gereja DUMC ini, bibit2 konfliknya telah muncul dari awal lagi, iaitu ketika berlakunya insiden ini pada 3 Ogos 2011 itu lagi, kerana setelah berlaku insiden ini ramai orang yang telah berbicara dan mengangkat suara tanpa usul periksa lagi, sama ada dari segi undang2, etika dan adab serta fakta lain yang membawa kepada berlakunya insiden itu.
Tindakan MB Selangor sendiri yang mempersoalkan tentang "serbuan" Jais ke atas gereja tersebut, malah menentang tindakan exconya sendiri yang mempertahankan insiden itu, malah tindakan MB yang dengan serta merta menyalahkan Jais dan memohon maaf kepada DUMC, telah menggambarkan konflik dan hukuman yang dijatuhkan oleh MB kepada Datuk Dr Hassan Ali dan Jais sendiri sebagai pihak yang bersalah dalam hal ini.
Jais adalah institusi agama Islam, MB adalah orang Islam, Dr Hassan Ali adalah exco agama Islam, kalau Islam sesama Islam pun tidak dapat terlebeh dahulu duduk dengan baik bagi berbincang dan mencari fakta kesalahan atau penyelewengan yang dilakukan oleh Jais umpamanya, maka apakah dalam keadaan ini kita akan mengharapkan orang lain agar membetulkan tindakan kita sendiri.
Sebab itulah apabila akhirnya, keluar arahan Sultan sendiri, maka walau pun MB menerimanya dengan baik, Dr Hassan Ali pun mengalu2kannya, dan Jais pun tidak membuat sebarang komen lanjutan, maka orang masih teringat akan bibit2 kerisis ini ketika berlakunya insiden 3 Ogos itu, dan ramailah pula yang ingin mengeksploitasikan hal ini untuk kepentingan masing2, malah berusaha agar sentimen perkauman dan keagamaan ini haruslah dibangkitkan seterusnya tanpa berhenti, agar dengan itu bibit2 perpecahan akan terus subur dan tumbuh menjadi isu besar dalam masyarakat dan negara kita ini.
Motto masyarakat berbilang kaum dan agama yang kita sering pertahankan sekian lama seperti unity in diversity atau agree to disagree (yang boleh dilakukan oleh PAS dan DAP hari ini dalam isu hudud) telah diktepikan dan tidak mahu lagi dijadikan sebagai rukun keharmonian dan kerjasama kaum lagi.
Kita dalam era ini, dekad ini, mungkin tidak dapat melihat mara bahaya dan kemusnahan yang mungkin berlaku kepada generasi kita yang akan datang sekiranya sentimen dan taksub perkauman dan keagamaan ini kita biarkan tanpa kawalan. Kita banyak menyaksikan insiden dan peristiwa ganas dan berdarah yang berlaku pada hari ini, terutamanya di negara2 Islam Asia Barat dan Afrika Utara. Pembunuhan berlaku, peperangan saudara berleluasa, malah saluran demokrasi telah tertutup sama sekali, perikemanusiaan terhakis, moral dan akhlak tidak wujud lagi, dan manusia menjadi begitu buas dan ganas sehingga meruntuhkan kesetabilan politik, sosial dan ekonomi, yang hanya menunggu kehancuran bagi segala2nya.
Negara kita sebenarnya tidak seburuk negara2 yang sedang berkerisis itu, dan adat budaya rakyat kita masih kental dan kuat, tetapi sebahagian anggota masyarakat kita mungkin tidak suka melihat keadaan ini berterusan, atau mungkin merasakan bahawa mereka ditindas dan dizalimi, sedangkan masyarakat kita masih memberikan kebebasan yang cukup luas kepada semua, tidak mengamalkan dasar asimilasi yang meleburkan kaum dan agama atau bahasa setiap ethnik rakyat kita, yang masih menjaga adat tradisi semua kaum, yang masih mempertahankan demokrasi, dan masih mampu bekerjasama dalam kepelbagaian kaum dan ethnik.
Bagi rakyat yang cintakan perdamaian, keharmonian dan pembangunan negara yang kuat dan kukuh dalam perindustriaan dan perniagaan, teknologi, malah pembangunan moral dan tamadun manusia, tentulah amat mengharapkan bahawa semua kalangan rakyat tidaklah seharusnya mengeruhkan suasana harmoni negara kita ini, dan tidak akan mengelirukan minda serta pemikiran anak muda kita sekarang ini dengan perbuatan mereka yang sebenarnya amat tidak bertanggung jawab itu.
Dalam negara demokrasi dan setiap rakyatnya mempunyai hak, maka bukanlah ertinya demokrasi dan hak kebebasan itu tidak mempunyai sempadan dan had2nya. Kanak2 yang masuk ke sekolah, pelajar2 yang mendaftar diri ke dalam universiti, malah pekerja yang menyertai sebarang institusi, haruslah menghormati peraturan dan tata tertib institusi dan organisasi itu, inikan pula hidup dalam sebuah negara sendiri, tentulah banyak sempadan dan had yang seharusnya kita hormati. Kebebasan manusia bukanlah bererti kebebasan mutlak tanpa sempadan, dan hak seseorang itu tidak bererti dia dapat menuntut haknya itu tanpa sebarang sekatan, sama ada dari segi undang2 atau peraturan lain yang disepakati, kerana yang pentingnya ialah kesetabilan masyarakat, keadilan untuk semua dan kemakmuran dan keamanan yang dapat dikecap oleh semua orang.
Media sendiri seharusnya lebeh bertanggung jawab dan berusaha mencari keharmonian, bukan memihak dengan secara melulu, dan menjadi medan fitnah, malah menjadi alat untuk memecah belahkan masyarakat.
Tidak semua yang kita mahu seharusnya kita dapat, dan tidak semuanya juga hanya ingin kita bolotkan tanpa mengira orang lain.
Anak2 kita pun selalu kita ajarkan supaya ada kalanya merasa hampa dengan sesuatu yang ia tidak dapat. They must learn sometimes to be disappointed.

Comments
Post a Comment