PROTES DAN KONFLIK
>Ternyata dari komen2 pembaca Malaysian Insider yang saya siarkan semalam bahawa terlalu banyak komen yang mempersoalkan institusi dan agensi yang telah sedia ada dalam negara kita. Banyak persoalan yang ditujukan kepada institusi pendidikan, institusi raja, institusi agama dan sebagainya. Kebanyakannya sehingga mempersoalkan kewibawaan dan kelangsungan institusi itu yang ada diantaranya menganggap bahawa institusi itu telah tidak relevan lagi dengan perkembangan masyarakat sekarang.
Institusi Raja merupakan institusi yang dipertikaikan kewujudannya, dan dianggap sebagai satu institusi yang tidak relevan lagi sekarang. Demikian juga dengan kewibawaan institusi agama Islam yang banyak juga dipersoalkan dan dipandang rendah oleh sesetengah orang.
Majoriti rakyat yang cintakan perdamaian dan ketenteraman tentulah dapat menerima keritikan dan teguran itu sekiranya dibuat secara berhemah dan berhikmah, beretika dan berakhlak, serta dikemukan pandangan2 yang berdasarkan ilmu pengetahuan, hujah yang rasional dan membina, bukan hujah yang berdasarkan emosi dan sentimen melulu, atau dipolitikkan secara sempit.
Orang Melayu sendiri, yang mejoritinya tentulah beragama Islam, turut terlibat dalam konflik ini, iaitu kerana terpengaruh dengan sentimen politik partisan dengan mencari2 kelemahan yang dirasakannya benar untuk mempertikaikan kewujudan institusi dan agensi2 yang telah sedia ada selama ini, termasuk kewujudan institusi raja dan institusi Islam sendiri.
Kita boleh menerima teguran dan pandangan yang membina tentang kelemahan yang wujud dalam institusi dan agensi2 yang tersebut. Malah sekiranya kelemahan itu dapat dibuktikan dengan baik dan diyakini kebenarannya, maka institusi2 itu memang sewajarnya memperbaiki kelemahan itu.
Lihat saja umpamanya satu komen pembaca yang mempersoalkan institusi Raja seperti yang saya salinkan semula di bawah, sehingga mengheret kewujudan sebuah parti politik yang menunjukkan bahawa pembaca yang membuat komen ini adalah orang yang mungkin terlalu fanatik kepatian. Inilah komennya :
"Isu institusi2 yg tidak demokratic seperti institusi raja2 dan UMNO haruslah di kemukan kpd persidangan antarabangsa utk tindakan selanjut mrk. Kita telah lihat bagaimana diktator yg paling kuat pun bolih ditumbangkan. Dalam kes Malaysia campurtangan antarabangsa adalah diperlukan untuk membawa nikmat pada rakyat lalu menghapuskan belenggu golongan elit dalam negara. Ini adalah kerana tidak ada satu pun institusi yang bebas dari pengaruh UMNO di negara ini."
Komen ini ternyata amat dangkal dan emosional. Pertama tidak berbentuk ilmiah kerana melemparkan hukuman tentang institusi raja sebagai sebuah institusi yang yang tidak demokratik. Kedua, pandangannya yang ingin mengundang kuasa luar untuk campur tangan dalam urusan negara kita, kononnya bagi menekmati kehidupan yang lebeh baik, dan pembaca ini mungkin berfikir dalam kepalanya tentang perkembangan yang berlaku di dalam dunia Arab, yang mengundang kuasa asing untuk menjatuhkan Kerajaan dan Ketua Negara sendiri, yang pada anggapannya dapat membawa perubahan yang baik kepada negara.
Sekarang perhatikan pula komen yang saya perturunkan di bawah, yang sekali lagi membawa mesej yang amat negatif dan tidak berhikmah, jauh sekali dari berakhlak dalam membuat sesuatu hujahan dalm mempertikaikan sebuah institusi.
0
"banyak perkara sultan2 sekarang buat dah hampir menyerupai perbuatan syirik..tak percaya tengoklah semasa upacara pertabalan sultan dan hari jadi. Adakah sesiapa berani menegur sultan kerana perbuatan mereka? jawapannya tidak sebab itu kepasit i persendirian beliau. yang tak boleh tahan bila sultan seolah2 atau berpura2 menegakkan agama islam tetapi pada masa yang sama 'hard rock cafe' pon jalan"
Demikianlah hanya dua buah komen yang saya siarkan untuk mekluman dan pemikiran kita bersama. Mungkin bagi sesetengah orang, kita tidak seharusnya memberikan perhatian kepada komen2 seperti ini, kerana ianya mungkin hanya mewakili pandangan segelintir individu sahaja. Tetapi bagi saya, setiap komen, terutamanya di dalam portal internet yang amat luas liputannya, tidaklah seharusnya dipandang ringan, kerana satu dua komen yang negatif dan tidak berasas ini sering mendapat sambutan dari orang2 yang berpandangan sempit, dan akan menerimanya sebagai satu hakikat. Malah bagi sesetengan individu yang lain, komen2 seperti ini akan bersarang di alama pemikirannya, menjadi stu persepsi yang diyakininya, dan ia akan bertindak berdasarkan persepsi yang salah ini.
Pada pandangan saya, hanya orang2 yang berilmu, matang pemikiran dan bersikap terbuka yang akan berfikir apabila membaca pandangan2 seperti ini, iaitu sama ada menerima atau menolaknya. Namun bagi para pengikut parti politik yang bersikap partisan melulu, ia akan melihat dulu, sekiranya komen ini sesuai dengan ideologi partinya, maka ia akan menerimanya secara mutlak, dan sekiranya tidak sesuai dengan aliran partinya, ia akan terus menolaknya tanpa pertimbangan yang objektif lagi.
Oleh itu saya amat ingin melihat para penerbit media dan pengamal media, para editor, seharusnya akan meletakkan kepentingan nasional dan negara di tempat yang paling atas, tanpa berat sebelah dalam mementingkan permainan politik kepartian yang hanya merugikan negara sahaja.

Comments
Post a Comment