PROF AZIZ BARI
Saya pernah berkhidmat hampir sepuluh tahun di UIA, dan saya mengenali Prof Aziz, walau pun beliau tidak seangkatan dengan saya. Saya juga mengenali Rektor UIA, Prof Datuk Zaleha sejak sekian lama. Dalam pertikaian dan konflik yang sedang berlaku sekarang ini, saya merasakan semua pihak haruslah berlaku adil dan cuba memahami isu yang sebenarnya tanpa sebarang prasangka, atau berdasarkan persepsi sendiri akibat daripada laporan media atau kenyataan orang dan pihak ketiga.
Prof Aziz mengeluarkan kenyataan tentang titah Sultan Selangor berikutan laporan JAIS yang mengadakan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist DU dan disiarkan di dalam sebuah portal.Pihak UIA sebagai sebuah Institusi akademik telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Prof Aziz kerana menurut peraturan UIA kenyataan Prof tersebut nampaknya menyentuh peraturan tata tertib UIA, oleh itu UIA meminta Prof Aziz memberikan sebab dan berhujah lanjut tentang kenyataannya itu. Pihak Prof Aziz akan menjawab surat itu dalam jangka masa yang telah diberikan kepadanya.
Isu ini tiba2 menjadi heboh dan amat kecoh kerana beberapa sebab yang tertentu. Pertama kerana dibesar2kan oleh media dan portal yang terkenal dengan sikap memihak kepada parti Kerajaan atau kepada pihak pembangkang, iaitu dipolitikkan. Kedua ialah kerana ramai oeang yang beranggapan bahawa ahli akademik bebas sepenuhnya untuk membuat sebarang kenyataan terbuka, tetapi orang mungkin tidak menginsafi bahawa ahli akademik juga tunduk dan tertakluk kepada peraturan tata tertib dan disiplin institusi tempat dia berkhidmat. Selanjutnya ialah ramai pihak yang seolah2 mengadakan mahkamah sendiri untuk membicarakan kes ini dan mengeluarkan penghakimannya terlebeh dulu sebelum lagi pihak UIA membuat keputusannya.
Inilah contohnya yang paling baik bagaimana sesuatu isu itu yang ada kalanya tidak merupakan isu yang besar, tiba2 menjadi satu isu yang seolah2 amat besar sekali pada pandangan mata umum. Banyak pihak yang ingin berdebat untuk mencari perbezaan pandangan dengan mengelakkan pertemuan fikiran untuk mencari kebenaran dan kesatuan. Namun hal itu bolehlah diterima, kerana sebarang perdebatan akan menghasilkan keputusan yang baik sekiranya semua pihak yang terlibat menjaga tatasusila dan etika serta adab2 yang baik dan bersangka baik sesama sendiri.
Dalam kes Prof Aziz dan UIA ini seluruh masyarakat haruslah memahami isu yang sebenarnya, dan saya percaya pihak UIA telah berlaku adil kepadanya dengan hanya meminta penjelasan lanjut tentang kenyataannya, tetapi tidaklah sehingga memotong gajinya atau tidak membenarkannya memasuki Universiti dan berhubung dengan Dekan atau fakultinya seperti yang didakwa sebelum ini.
Pihak Prof Aziz sendiri saya rasa akan menjawab dan memberikan sebab2 kenapakah dia telah mengeluarkan kenyataannya itu, dan apakah motifnya serta butir2 perundangan yang dipegangnya ketika mengeluarkan kenyataannya itu, tanpa mempunyai niat buruk terhadap Sultan seperti yang ditegaskannya.
Pendeknya dalam hal ini kita semua haruslah menunggu penyelesaian kesnya diantara UIA dan Prof Aziz mengikut peraturan dan perundangan yang termaktub sebagai peraturan Universiti yang seharusnya dihormati oleh semua anggota keluarga institusi pengajian tinggi ini.
Sementara itu kita semua tidaklah seharusnya menangguk di air keruh dan memburukkan lagi keadaan kerana kepentingan diri atau kumpulan yang tertentu.

Comments
Post a Comment