MAHASISWA DAN POLITIK

Dalam penghakiman yang terbaru semalam, Mahkamah telah memutuskan bahawa para pelajar boleh menyertai politik, dan membuat keputusan bahawa peruntukan di dalam AUKU tentang larangan ini adalah bercanggah dengan Perlembagaan negara.

Keputusan ini melegakan para pelajar dan para penyolong mereka tehadap penglibatan mereka dalam politik sebagai satu hak asasi mereka. Malah dari berita yang tersiar dalam TV ternyata bahawa kebanyakan ahli Parlimen dari Kerajaan dan Pembangkang menyambut baik cadangan ini dengan cadangan balas supaya peruntukan AUKU mengenai perkara tersebut dikaji semula.

Saya rasa menyertai politik tidaklah menjadi kesalahan, kerana politik adalah merupakan satu aktiviti rakyat semua pihak untuk menyertainya, kerana politik adalah merupakan hal ehwal pemerintahan negara, pembentukan Kerajaan, suara rakyat dalam sistem pentadbiran negara, sokongan dan bantahan terhadap satu isu negara atau sebaliknya yang dipandang dari sudut kebajikan rakyat.

Namun sehingga ke sempadan ini memanglah para pelajar haruslah mengambil tahu tentang politik, mempelajari selok belok pemerintahan negara, mengetahui di manakah kebaikan dasar yang seharusnya dilaksanakan oleh negara dan sebagainya.

Tetapi sekiranya para pelajar yang menyertai politik kerana taksub dan fanatik kepada ideologi parti politik sehingga mengubah sikap dan pendiriannya terhadap kawan2nya dari parti lawan, dan ketika ideologi politiknya seolah2 memberikan lesen kepadanya untuk memusuhi secara peribadi teman2nya atau orang2 lain yang berbeza fahaman politiknya, maka ketika ini timbullah unsur2 yang tidak sehat kepada para siswa, sebagai anggota masyarakat yang akan menjadi pemimpin pada masa yang akan datang.

Satu perkara yang seharusnya difahami oleh siswa, bahawa perbezaan ideologi politik adalah merupakan satu pendirian yang normal dalan kehidupan mereka, malah merupakan perkara biasa di dalam mana2 masyarakat manusia, sama ada di timur atau di barat, di negara maju atau negara membangun. Mereka seharusnya dapat menerima kepelbagaian ini sebagai satu kekuatan masyarakat, iaitu dalam falsafah unity in diversity.

Berpolitik bukan berarti menjadi manusia yang tertutup kepada segala2nya, menjadi manusia yang fanatik dan taksub terhadap pendiriannya, malah setiap orang bebas menyertai mana22 parti politik yang dipercayainya dan yang sesuai dengan kefahaman politiknya. Maka dalam hal ini, setiap orang bebas untuk menyertai mana2 parti politik yang ia suka, dan kita tidak boleh sama sekali memusuhinya, atau sekurang2nya mengatakan bahawa dia adalah salah dalam memilih parti politiknya.

Kalau semua orang berpendirian terbuka seperti ini, saya rasa tidak banyak kerisis dan konflik yang akan timbul di kalangan kita, terutamanya di kalangan anak2 muda yang ingin menyertai politik, kerana keadaan inilah yang menimbulkan kebimbangan pihak berkuasa sehingga terpaksa menggubal peraturan yang melarang para siswa untuk menyertai politik.

Pihak otoriti dan saya percaya sebahagian besar para ibu bapa, tidak mahu anak2 mereka menyertai politik, terutamanya dalam aktiviti politik kepartian pada hari ini yang terlalu banyak menimbulkan pertentangan, perkelahian, tuduh menuduh, membuat ucapan yang kasar dan menyentuh peribadi orang lain. Semuanya ini merupakan satu kelakuan yang tidak sihat, dan ibu bapa tentulah tidak mahu anak2 mereka terlibat dalam aktiviti ini.

Oleh itu saya rasa apabila nampaknya para pelajar telah mendapat kemenangan untuk menyertai aktiviti politik, maka hal ini janganlah di dalah gunakan sehingga mengganggu ketenteraman minda dan mengubah tingkah laku, atau menghakiskan moral dan akhlak mereka, dan lebeh dari itu melalaikan mereka dari tujuan utama mereka berada di universiti, iaitu untuk mencapai kejayaan dalam bidang ilmu pengetahuan yang dituntutnya, dan keluar sebagai orang yang berjaya dengan cemerlang.

AUKU memang mempunyai kebenaran dalam aspek ini, iaitu dalam menjaga kepentingan pelajar IPT dari terpengaruh dengan politik partisan yang melampau, juga dalam menjaga konsantrasi pelajar supaya tidak terpesong dari dunia pembelajaran yang sihat, maka peraturan harus di gubal supaya para pelajar tidak mendekati arena politik. Tetapi setelah para pelajar sendiri yang menuntut supaya akta ini tidak dikenakan kepada mereka, maka mahkamah memandang dari perspektif point of lawa, dan mahkamah memberikan kebebasan kepada para pelajar IPT untuk bergerak dalam politik. Jadi sekarang ini bola berada di kaki para pelajar yang berminat dengan politik, iaitu mereka haruslah meletakkan beberapa panduan dalam berpolitik, kerana para siswa tidak seharusnya menyalah gunakan keputusan mahkamah ini dengan tindakannya yang salah, termasuk kesalahan dalam mentafsirkan makna politik itu, dan kesalahannya dalam menggunakan teket pemberian mahkamah itu b
agi melupakan tugas dan tanggunagjawabnya sebagai pelajar.

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....