DUNIA KEHAKISAN MORAL

Kerana dunia seluruhnya akan kehakisan nilai moral dan akhlak yang baiklah, nampaknya Rasulullah SAW telah menegaskan di dalam sabdanya bahawa baginda diutuskan Allah SWT ialah untuk menyuempurnakan akhlak yang mulia (makarim al-akhlaq)

Dunia timur dan barat, Islam dan bukan Islam, semuanya kelihatan telah mengabaikan segala nilai moral dan akhlak dalam segala tindakan dan perlakuan harian mereka.

Cara bertindak oleh rakyat Muslim di negara2 Arab, sungguh pun terdapat kes dan sebab musabab yang sebahagian besarnya menjustifikasikan tindakan memberontak dan menjatuhkan kerajaan mereka seperti yang berlaku di beberapa buah negara di sana, tetapi akhirnya segala tindakan itu berlaku tanpa sebarang nilai kemanusiaan dan unsur tamadun yang seharusnya mewarnai kehidupan manusia ini.

Cara menjatuhkan kerajaan dan pemerintah yang dianggap bersikap kuku besi, memonopoli kekayaan, kekuasaan, dan sebagainya dilakukan dengan keganasan dan kekerasan yang melampau, sehingga pemimpin yang telah dijatuhkan itu di layan seperti hamba abdi, atau ketika dibunuhnya diperlakukan seperti bangkai binatang yang tidak mempunyai harga diri dan seolah2 ketua negara yang di penjara atau dibunuh itu tidak mempunyai jasa sama sekali terhadap pembangunan negara mereka.

Cara keganasan, peperangan, mengundang kuasa besar dari luar untuk turut campur menumbangkan kerajaan dan ketua negara mereka, merupakan manifestasi kehakisan moral dan ciri2 tamadun satu bangsa yang memopunyai maruah dan identiti sendiri.

Bagi pihak pemerintah dan ketua negara yang telah sekian lama berleluasa dengan kuasa kuku besinya, memenjarakan ribuan orang sekali gus, membolot kekayaan negara untuk kepentingan kroni dan kaum kerabatnya yang tertentu saja, juga mengamalkan perilaku yang tidak bermoral dan tidak bertamadun, tidak berperi kemanusiaan, maka dalam tindak balasnya kepada tuntutan rakyat juga mereka sering berusaha mempertahankan kuasa mereka secara kekerasan, berperang, membunuh orang awam dan melakukan segala macam tindakan keganasan, yang juga membabitkan askar upahan dari luar, dan hal inilah yang menyebabkan pertempuran dan peperangan saudara yang berpanjangan dengan mengorbankan ribuan nyawa manusia.

Mereka yang berkuasa tidak sanggup melepaskan kuasanya, berlembut dan bermusyawarah dengan rakyat, malah kedua belah pihak berkonfrantasi, berperang, menunjukkan kekuatan dengan mengorbankan nyawa manusia yang tidak bersalah, kanak2, dan orang tua, wanita dan segala harta benada, bangunan, kediaman, industri dan sebagainya dalam negara.

Inilah sebenarnya tindakan yang tidak bermoral dan berakhlak dan tidak bertamadun yang berlaku di dunia moden, dunia global pada hari ini. Hal ini bukan hanya melibatkan negara mundur dan membangun seperti dunia ketiga, tetapi berlaku di dunia maju dengan berlakunya penyelewengan dalam sektor korporat dan perniagaan, pecah amanah, penipuan di kalangan para jutawan dan istana, penindasan ekonomi, pembunuhan dalam perbuatan amok di sana sini, penggunaan senjata api secara bebas untuk para pesakit jiwa mengamuk dan membunuh orang2 yang tidak bersalah seperti murid sekolah, pekerja pejabat, dan orang2 yang tidak berdosa yang sedang berjalan di tepi jalan, semuanya ini berlaku dalam dunia yang penuh dengan kemajuan teknologi, perindustrian besar dan ketika menusia mendakwa menjadi umat yang bertamadun dan berperadaban.

Kehakisan akhlak dan moral berlaku dalam dunia siber, dunia ICT, akhbar dan portal maya yang amat cepat membangun pada hari ini, berlaku dalam semua pelosok dunia dalam dunia tanpa sempadan, juga dalam dunia taknologi penyiaran yang begitu canggih, semuanya menunjukkan kemunduran dan kejatuhan peri kemanusiaan dan eksploitasi moral dan akhlak yang buruk untuk mencari keuntungan dan membalas dendam, sama ada dalam dunia politik, agama, ethnik, kaum, dan sebagainya.

Kemerosotan moral berlaku di dalam masyarakat manusia umumnya tanpa mengira sempadan. Sentimen perkauman, keagamaan dan politik partisan yang sempit mengakibatkan kekacauan jiwa dan mental, fizikal dan jasmani manusia hari ini, sehingga ramai orang yang menjadi korban penyakit jiwa dan akal, membunuh sesiapa sahaja yang harus dibunuh, termasuk ibu bapa, nenek dan keluarga terdekat, anak, dan sebagainya, yang bagi orang yang sihat jasmani dan rohaninya, tentulah hal itu tidak akan dilakukan sama sekali.

Penyakit kehakisan moral dan akhlak ini meresapi masuk ke dalam semua pelosok dunia dan negara dunia, tanpa sebarang justifikasi, tetapi dengan persepsi yang salah, dan gambaran serta trend dunia ketiga yang miskin dan melarat, yang tidak punya banyak peluang pekerjaan, akhirnya di gambarkan hal itu secara palsu, termasuk ke dalam negara dan dunia yang masih membangun dan berkembang dengan sihat, yang masih punya pemerintahan yang bijak dan berhikmah, mengamalkan sistem demokrasi yang sihat dan sebagainya, maka segala salah laku dan penyelewengan moral dari luar itu memberikan inspirasi kepada media maya dan portal untuk melakukan provokasi kepada rakyat umum yang kurang memahami situasi dan latar belakang dunia lain, dengan persepsi dan alunan ombak perubahan yang tidak sama dengan perubahan yang seharusnya berlaku di luar sana, sehingga negara yang sedang membangun dengan baik, yang masih penuh dengan keamanan dan perdamaian, yang masih melayan semua rakyatnya dengan baik dalam satu corak pemerintahan demokrasi yang adil untuk semua rakyatnya, akhirnya menerima tempiasan negatif dari dunia luar, dengan kempen2 orang2 yang ingin berkuasa dan tamak, sehingga perkembangan di luar yang berlaku tanpa moral itu akhirnya dilihat sebagai satu tindakan adil dan saksama, persepsi yang salah menjadi satu gambaran yang hak, lalu pemikiran dan minda rakyat umum mulai berubah dan berkecamok dengan gambaran negatif dan corak buruk yang di corakkan oleh media dan ketua2 agama, ahli politik sempit, semuanya menjadi kan keadaan dalam negara amat kecoh dan kacau bilau.

Kehakisan moral, bukan hanya berlaku di kalangan orang yang tidak berilmu dan beragama. Mereka berilmu dan boleh berfikir, boleh beramal ibadat dan mengetahui segala perincian agama, tetapi amalan mereka mungkin hanya dalam hubungannya dengan Tuhan semata2, tidak dengan manusia. Dengan manusia, mereka menjadi ganas, tidak berperi kemanusiaan, berlaku kejam dan tidak menghiraukan lagi nila2 moral, tidak menapis lagi segala perkataan dan ungkapan mereka kepada orang lain, dan dengan itu mereka melihat agama dan ilmu hanya untuk kepentingan diri, hubungan dengan Tuhan bukan dalam mengatur hubungan baik sesama saudara2 mereka umat manusia, apa lagi sesama satu agama dan kaum.

Mereka mungkin mengambil pengeertian ayat yang menegaskan bahawa Allah tidak menjadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah-Nya. Sedangkan mereka tidak pergi lebeh jauh dalam mentafsirkan ayat ini bahawa menyembah Allah tidak semestinya dalam ibadat ritual, fardu ain semata2, tetapi merangkumi segala perilaku dan tindakan serta perbuatan mereka seharian dalam kehidupan dunia dan akhirat, dosa pahala, ini semuanya termasuk di dalam sembah dan ibadat suruhan Allah itu.

Kerana itulah kita seharusnya mengandaikan bahawa Rasulullah SAW tidak hanya menekankan tentang ibadat khusus semta2 dalam perutusannya, malah menekankan tentang makarimul akhlak, iaitu akhlak yang mulia. Akhlak dalam konsepnya yang lebeh luas bukanlah hanya merangkumi adab2 biasa, adab makan, mandi, berjalan di depan orang tua, menjauhkan kelakuan kurang sopan dengan ibu bapa dan lainnya, tetapi dalam konsep universal yang lebeh luas, termasuk perasaan dan pemikiran negatif dalam hati dan tindakan, keganasan dalam perilaku dan perkataan, tindakan merosakkan masyarakat yang harmoni dan aman damai, fitnah dan hasutan besar untuk mencari keuntungan akademik, perniagaan, politik, perkauman, keagamaan dan sebagainya, bukan hanya mengambil senapang dan membunuh orang, tetapi mewujudkan rasa takut dan bimbang di dalam masyarakat umum dengan persepsi yang penuh negatif, mempertaruhkan agama untuk kepentingan kelompok atau diri sendiri, menghancurkan prestij dan nama baik negara dan bangsa dengan kempen2 buruk yang tidak benar tentang masyarakat dan negara sendiri, sama ada di dalam atau di luar, dengan mengundang campur tangan kuasa luar untuk bersimpati dan menolong menjatuhkan negara sendiri demi kepentingan sendiri, mengeksploitasikan ilmu dan agama untuk mendabek dada, dengan memburuk2kan orang lama yang telah berjasa, sehingga orang2 yang berjasa itu digambarkan seperti pengkhianat dan perosak, berbangga dengan ilmu dan agama sendiri seolah2 orang lain semuanya tidak berilmu dan beragama.

Semuanya ini adalah termasuk dalam kehakisan akhlak dan nilai moral yang sedang berlaku di dalam dunia moden pada hari ini, yang menyelinap masuk ke dalam semua negara umumnya, dan dunia global yang dicadangkan untuk mendekatkan jurang ekonomi dan kekayaan negara, akhirnya menjadi dunia global untuk menyebarkan elemen perosak, mewujudkan suasana takut dan bimbang, memertabatkan keganasan dan kekerasan dalam semua aspek, menambahkan jurang perbezaaan antara kaum dan agam, malah mereka2kan persepsi salah demi kepentingan kaum dan agama serta ego masing2.

Oleh itu manusia sejagat haruslah berusaha mencari formula yang mustajab untuk membetulkan makarimul akhlaq, nilai akhlak dan moral sejagat dan universal ini, dan inilah yang sebenarnya ditekankan oleh baginda Rasulullah SAW ketika baginda diutuskan iaitu untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Akhlak yang mulia tentunya melampaui batas2 agama, kaum, budaya dan bahasa, kerana akhlak yang mulia adalah merupakan nilai moral sejagat dan universal, yang seharusnya dilaksanakan oleh semua umat manusia tanpa mengira latar belakang agama, bangsa, bahasa, sempadan negara dan sebagainya, termasuklah negara kecil kita Malaysia, yang juga sedang diserang oleh virus kehakisan moral dan akhlak ini.

Ketua negara dan rakyat jelata, Kerajaan dan warga negara, alim ulamak dan orang biasa, parti pemerintah dan pembangkang, orang berilmu dan jahil, umarak dan ulamak, pengamal media dan undang2, perkhidmatan awam dan swasta, warga muda dan tua, pelajar sekolah dan universiti, bapa dan ibu, keluarga kecil dan besar, pemimpin kaum dan agama, tok imam dan tok guru, malah semuanya, haruslah menyedari tanggung jawab dan kewajipan masing2, kebebasan yang terhad, tugas dan privelege, dan segala tindak laku serta tutur kata, perbuatan dan ungkapan kata2, haruslah berlandaskan nilai2 sejagat, nilai moral dan akhlak universal, iaitu yang semuanya haruslah dipertanggung jawabkan kepada Allah SWTdan Rasul-Nya, kepada nilai2 kemanusiaan dan tamadun serta peradaban manusia yang mantap.

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....