JAIS dan Gereja Methodest
Hari ini Sultan Selangor telah mengeluarkan titah baginda tentang tindakan JAIS memeriksa Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos yang lalu, yang telah menimbulkan begitu banyak perdebatan dalam senario politik negara kita.
Saya mengatakan bahawa perdebatan itu banyak berlaku di dalam gelanggang politik negara kita, kerana kebanyakan yang membicarakannya adalah terdiri dari kalangan ahli politik, atau penyokong2 parti politik, sehingga hal ini menimbulkankonflik politik keagamaan, kepartian dan melarat kepada politik perkauman yang agak melampaui batas.
Rakyat umumnya tentulah mengharapkan bahawa kes ini akan ditutup dan berakhir dengan kenyataan Sultan Selangor, sebagai ketua agama dan adat istiadat Melayu negeri Selangor, tambahan pula Sultan telah mengambil tindakan yang wajar sekali dalam memelihara kesetabilan kaum dan agama, dan mengelakkan rasa tersinggung yang mungkin dirasakan oleh pengikut agama Islam dan agama Kristian sendiri.
Pertama sekali haruslah difahami bahawa tindakan JAIS bukanlah merupakan serangan ke atas gereja tersebut, tetapi pemeriksaan terhadap satu aktiviti yang terlarang mengikut undang2, dan tidak terkeluar dari batasan undang2.
Namun begitu di samping beberapa bukti yang didapati oleh Jais tentang aktiviti yang berlaku dalam proses yang menyentuh akidah umat Islam, namun Sultan menegaskan bahawa bukti itu tidak mencukupi untuk diambil tindakan terhadap sesiapa pun.
Sepatutnya keputusan baginda itu tidak lagi menimbulkan sebarang komen negatif dan yang terdapat juga komen dan pentafsiran yang masih menyalahkan Jais dan undang2 atau enekman agama Islam itu sendiri. Sultan tidak menyebut tentang kesalahan sesiapa, malahan baginda menitahkan supaya Jais hanya mengambil tindakan terhadap orang Islam sendiri untuk memberi kaunsling kepada mereka. Hal ini saya rasa tidak kena mengena dengan orang bukan Islam, dan tidak menyalahkan secara langsung tentang aktiviti Kristian melalui gereja yang tersebut.
Kalau nak dipanjangkan isu ini seterusnya, maka kedua2 belah pihak boleh berdebat dengan panjang lebar seperti yang telah berlaku sebelum ini, terutamanya di dalam portal2 dan blog tertentu, yang ada kalanya mengheret isu2 lain di luar konteks tindakan Jais ini, atau pun yang menyentuh undang2 Islam, malah agama Islam itu sendiri, melalui komen2 yang amat tidak beretika dan kadang2 tidak ikhlas.
Baru sehari dua ini kita melihat rusuhan di antara Kristian dengan Islam di Mesir, dan negara jiran kita Indonesia juga berlaku konflik, yang kadang2 membawa kepada ketegangan yang hebat di antara Kristian dan Islam, iaitu satu perkembangan yang menakutkan, yang nampaknya kita belum mengalaminya secara serius, kecuali beberapa insiden kecil yang majoriti rakyat kita tidak merestuinya, dan semua kaum serta pengikut agama berusaha memadamkannya dalam masa yang amat cepat.
Oleh itu saya rasa amat tidak kena pada tempatnya jika kenyataan Sultan Selangor ini juga hendak dipolitikkan, hendak diperkecil2kan atau di momok2kan oleh segelintir orang yang seolah2 sengaja ingin menimbulkan kekeliruan di kalangan orang ramai tentang kuasa Sultan sebagai ketua agama Islam di dalam negeri Selangor, dan kedudukan agama Islam dan agama lain juga yang diberikan tempatnya yang wajar oleh Perlembagaan negara kita.
Media yang kelihatan seolah2 sengaja mencurahkan minyak ke atas bara api yang merbahaya itu haruslah memberhentikan tindakan mereka itu demi menjaga perpaduan dan keharmonian diantara kaum dan agama, disamping menghormati kedudukan Perlembagaan negara, juga etika dan adat resam warga negara Melaysia yang bersopan, beretika dan berakhlak ini.

Comments
Post a Comment