Posts

Showing posts from 2012

TAHUN BARU HIJRAH: DOA DAN HARAPAN

 DOA TAHUN BARU MASIHI 2013 TAHUN BARU, MANUSIA BARU, GENERASI BARU HARAP TAHUN BARU 2013 KALI INI DAPAT MENJADI TITIK PERMULAAN UNTUK MENCIPTA MANUSIA BARU MALAYSIA, IAITU RAKYAT YANG SIHAT WAL AFIAT, ZAHIR DAN BATIN. KITA HARUS MENGAKU BAHAWA RAKYAT KITA PADA HARI INI BANYAK YANG SAKIT, BUKAN HANYA SAKIT BADAN, SEPERTI PENYAKIT YANG DIHIDAPI AKIBAT DARI OBEISITI, PENYAKIT KENCING MANIS, DARAH TINGGI, BUAH PINGGANG, JANTUNG DAN LEBIH KRONIK LAGI KENSER, TETAPI BANYAK JUGA YANG MENGALAMI SAKIT JIWA, MENTAL DAN EMOSI YANG KETERLALUAN DAN PARAH. PENYAKIT MENTAL DAN JIWA YANG SERIUS BIASANYA BOLEH MEMBAWA KEPADA KETIDAK SETABALIN PEMIKIRAN DAN  EMOSI SESEORANG ITU, BUKAN SEKADAR HAL ITU SAHAJA, TETAPI SERINGKALI JUGA  MEMBAWA KEPADA PENYAKIT KEROHANIAN, EMOSI, PERASAAN, TINGKAH LAKU, TUTUR KATA, DAN TINDAKAN MANUSIA ITU KESELURUHANNYA. DI DALAM AL-QURAN ALLAH MENYIFATKAN BAHAWA ORANG-ORANG MUSYRIKIN, IAITU ORANG-ORANG YANG TERANG-TERANG MENOLAK ...

MALAYSIAN MALAYSIA TERMASUK NAMA ALLAH??

NAMA ALLAH BUKAN ISU MALAYSIAN MALAYSIA ! Kalau dalam isu-isu lain mungkin telah banyak tuntutan dalam dasar equality in diversity atau sebelum ini, mungkin lama dulu dan hampir terpadam pada permukaannya, dasar itu diungkapkan sebagai Malaysian Malaysia, maka dalam dasar nama Allah yang diminta supaya digunakan dalam agama lain janganlah disamakan dengan dasar-dasar lain itu. Kita merasakan bahawa dalam penggunaan istilah nama Allah itu, maka biarlah amalan ini merupakan sesuatu yang ekslusif untuk agama Islam sahaja, dan sesiapa yang ingin menganggu gugat pendirian ini, kita bolehlah merayu kepada mereka " Please leave us alone in this matter!"  Tolong jangan ganggu kami dalam hal ini. "Enough is anough" cukuplah dengan segala dasar lain, termasuk yang termaktub di dalam Perlembagaan telah dituntut untuk disamaratakan, di berikan hak yang sama rata, sama rasa di antara seluruh rakyat tanpa mengira sebarang latar belakang sosial, ekonomi dan agama,...

KEPELBAGAIAN PENYAKIT JIWA

 DORONGAN MEMBUNUH Kenapa orang membunuh? Jawapannya tidaklah semudah seperti yang difikirkan oleh orang biasa. Para doktor sakit mental dan psikologi juga sering memberi jawapan yang berasaskan teori yang mereka pernah pelajari, sedangkan banyak dorongan baru yang mungkin belum dikaji sepenuhnya yang menyebabkan seorang itu bertindak membunuh orang lain. Demikianlah halnya yang berlaku di Amerika Syarikat dua tiga hari yang lalu, iaitu ketika seorang pembunuh muda menembak orang dewasa dan para pelajar lainnya di sekolah, setelah bertindak menembak ibunya sendiri. Dalam keadaan biasa, kita tidak mungkin membayangkan seorang yang waras akan bertindak membunuh orang lain, apa lagi membunuh orang yang paling hampir dengannya, seperti ibu, ayah dan anggota keluarga yang terdekat.  Tetapi hal itu boleh berlaku, malah di negara kita ini pun pembunuhan seperti itu telah pernah berlaku. walau pun tidak sesirius yang berlaku di tempat lain. Di Amerika Syarikat...

KIAMAT BERLAKU 21 DISEMBER TAHUN 2012?

BUNUH NYAWA DAN KARIER Di Amerika seorang pelajar menembak ibunya, kemudian pergi ke sekolahnya sendiri, bunuh gurunya dan kawan-kawan pelajarnya. Di Filipina seorang rakyat Malaysia di bunuh oleh tentera kerana dikatakan terlibat dengan gerakan keganasan dan bersedia untuk bertindak bagi melakukan pembunuhan. Dia adalah pengganas lalu harus dihapuskan segera. Di Syria tentera pergi membunuh orang juga, dan mengikut media, kali ini askar Syria menyerang kem oraang  Palestin Yarmuk yang sedang beerlindung di dalam masjid. Mungkin orang-orang yang bersembunyi dan masjid itu sendiri dihancurkan. Di Mesir terbayang juga pembunuhan yang mungkin berlaku, kerana mengikut komen salah seorang yang sedang marah, bahawa sungguh pun undian awal bagi Perlembagaan baru Mesir menunjukkan Presiden Morsi mendapat kemenangan dengan 60%, tetapi dia berkata satu perkara yang harus di ingat bahawa 40% lagi rakyat Mesir menentang Perlembagaan yang diadakan pungutan suara itu.  ...

ETIKA DAN UNDANG: BETULKAH KATA-KATA P. RAMLEE?

BEGINILAH NASIB DIRIKU YANG MALANG OH TUHAN.... Undang-undang dan tatasusila nampaknya di negara kita sering menjadi barang permainan, bila hendak di pakai, pakailah, dan bila hendak dicampakkan, campakkanlah saja. Bila tiba musim perayaan, undang-undang menentukan bahawa kita tidak boleh membakar mercun, tetapi pada hari perayaan, raya orang Islam, Kristian Cina, India dan sebagainya, berdentum dentamlah orang membakar mercun. Orang yang memandu kenderaan, ketika melihat lampu hijau berkelip-kelip untuk bertukar merah, atau telah bertukar merah, maka pada masa itulah dia akan memecut kenderaannya selaju mungkin untuk melintasi lampu isyarat itu. Demikianlah yang berlaku kepada kamera jalan AES sekarang ini, ramai yang bukan hanya membuat bermacam-macam alasan supaya kamera itu tidak di pasang, malah terdapat pula orang yang menyimbah cat ke permukaan kamera itu supaya kamera itu tidak berfungsi. Dan baru-baru ini kita membaca dalam akhbar, terdapat alat yang diimp...

SINAR HARIAN MENGETENGAHKAN ISU POLITIK SAMSENG

POLITIK SAMSENG: SIAPAKAH YANG SALAH? Iniasitif yang diambil oleh akhbar Sinar Harian menganjurkan wacana dari masa ke semasa diharapkan menjadi satu arena pendidikan yang baik untuk mendidik para penceramah Wacana dan pesertanya, agar menjadi lebih matang, kerana selama ini nampaknya sesetengah para penceramah dan peserta wacana atau debat terutamanya yang melibatkan isu polik, masih jauh ketinggalan dari menggambarkan imej masyarakat yang benar-benar bertamadun dan beradab. Kita tentulah mengharapkan bahawa Wacana seperti ini sekiranya sentiasa diadakan dalam suasana yang penuh kesedaran dan hikmah yang tinggi, maka pada suatu hari nanti kita juga akan dapat melihat suasana debat yang sihat seperti yang dapat kita saksikan ketika berlangsungnya beberapa kali  perdebatan menjelangnya pilihan raya Presiden Amerika Syarikat baru-baru ini di antara Obama dan Romney.   Wacana terakhir mengenai Politik Samseng merupakan satu medan perbincanga...

DOA KEPARTIAN KETIKA MENGHADAPI PRU

KENAPAKAH SAYA AGAK PESIMIS? Dalam entri saya minggu lalu supaya Pilihan Raya datang dengan cepat dan pergi dengan cepat, nampaknya saya seolah-olah lahir sebagai orang putus asa dan pesimistik dengan umat Melayu dan Islam di negara kita. Bunyi seperti orang merajuk, marahkan nyamuk kelambu dibakar. Ya saya agak pesimis, kerana dalam contoh mendoakan untuk kemusnahan orang lain sesama Islam umpamanya, nampaknya kini hal ini menjadi seperti isu khilafiah pula, yang sebelah mengatakan boleh dan yang sebelah lagi mengatakan tak boleh, iaitu seolah-olah isu kecil dan isu hitam putih, yang tidak memerlukan perbincangan dan polemik secara ilmu pengetahuan dan hikmah yang baik dari semua pihak. Oleh itu para pengikut parti, malah melarat kepada segelintir orang yang menjadi pemimpin kecil atau kecil agama, seperti imam masjid umpamanya, telah mengguna pakai doa ini untuk dibacakan di dalam khutbah Jumaat semalam, iaitu selepas berdoa untuk Sultan, maka berd...

TAHUN BARU HIJRAH 1434: DOA DAN HARAPAN

ANGAN-ANGAN TAHUN BARU HIJRAH 1434 Saya amat mengharapkan seperti yang saya doakan dua hari yang lalu, bahawa tahun Hijrah yang baru akan membawa saya kembali ke zaman persekolahan saya di Maahad Mahmood sekitar akhir tahun lima puluhan, ke Kolej Islam Malaya dalam tahun enam puluhan, dan Al-Azhar Universiti, akhir enam puluhan ke awal tujuh puluhan. Di Maahad Mahmood saya belajar di sana bersama-sama dengan kawan seangkatan, tetapi lebeh muda dari saya empat lima tahun, seperti arwah Fadhil Nor, Azizan Abdul Razak, Zam dan beberapa orang lain lagi. Di Kolej Islam Malaya saya bertemu dengan teman-teman dari segenap pelosok negara Semenanjung Tanah Melayu, Singapura dan Brunei, seperti Haron Din, Sanusi Daeng Meriok, Ahmad Awang, arwah Hamid Othman, Yusuf Noor, Dusuki Hj Ahmad, Idris Omar, Abdul Hamid Zainal Abidin, Zainal Abidin Abdul Kadir, Abd. Manaf Ahmad dan lain-lain lagi. Di Al-Azhar pula saya bertemu lagi dengan kebanyakan kawan yang sama belajar di Kol...

DOA TAHUN BARU HIJRAH: SEGERALAH DATANGNYA PRU!!

DOA TAHUN BARU HIJRAH: MUDAH-MUDAHAN SEGERA PILIHAN RAYA Pada hari ke-4 memasuki tahun baru hijrah 1434, kalau saya masih punya kesempatan untuk membuat azam baru sempena tahun baru ini, maka doa saya semoga Pilihan Raya ke-13 (PRU 13) akan segera datang dan segera selesai. Doa ini adalah doa peribadi saya, antara saya dengan Tuhan, tanpa campur tangan sebarang makhluk lain. Saya berangan-angan demikian, iaitu supaya  PRU 13 segera datang dan segera pergi meninggalkan kita, ialah kerana secara peribadi juga saya merasakan bahawa telah amat lama sekali kita sebagai rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu dan orang Islam, telah menghabiskan masa secara sia-sia, tanpa banyak memberi faedah yang positif dan produktif untuk kepentingan bangsa dan agama kita, iaitu dalam proses perjuangan dan pertempuran untuk memenangi PRU 13 bagi parti dan angkatan masing-masing.  Ketika parti-parti politik, terutamanya pimpinan dan pengikutnya yang taksub, berusaha mempertahankan k...

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH, KE MANAKAH HIJRAH ILMU KITA?

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1434 Pagi ini Dewan Planeri dan Dewan A di PICC, yang menempatkan tetamu dalam perayaan sambutan Tahun Baru Hijrah 1434,  bergema dengan kemerduan suara pembaca Al-Quran, Qari jemputan, johan tilawah tahun lalu. Ayat-ayatnya juga penuh makna, (surah Luqman, ayat 27) yang bermaksud: Seandainya semua pohon yang ada di bumi ini menjadi pena, dan semua (air) lautan menjadi tinta, dengan ditambah tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis kalimah-kalimah Ilmu) Allah itu ditulis ....." Ayat ini menjelaskan tentng luas dan banyaknya ilmu Allah di atas muka bumi ini, iaitu segala cabang ilmu pengetahuan, sains dan teknologi ciptaan-Nya, ilmu dunia dan akhirat kurniaan-Nya, yang harus diterokai dan dikuasai manusia, sehinggakan seandainya air lautan yang sedia ada di muka bumi ini, digunakan sebagai tinta, atau dakwatnya, ditambah lagi dengan tujuh buah lautan yang lain, maka ilmu Allah itu tidak akan habis ditulis, maknanya tida...

SINDROM PANIK DAN BIMBANG

Nampaknya mutakhir ini suasana di dalam negara kita, terutamanya di kalangan masyarakat Melayu, adalah dipenuhi dengan sindrom panik dan bimbang. Baca akhbar dan media utama, malah lebih-lebih lagi membaca media baru atau media alternatif, hampir semuanya menampakkan berita sinikal dan kecam mengecam antara orang Melayu, tonjol menonjol yang baik dan buruk, seolah-olah "kita" saja yang baik semuanya, sedangkan "orang lain" semuanya buruk, malah banyak yang disiarkan sebagai fakta dan data, hanya merupakan andaian dan cakap-cakap di kedai kopi, khabar angin dan sebagainya tanpa berasaskan sedikit kajian atau penyelidikan untuk mencari fakta dan data yang benar. Masalah menjadi bertambah rumit kerana orang Melayu bilangannya tidaklah seramai mana, jumlah punya jumlah hanya lebih beberapa peratus saja jika dibandingkan dengan jumlah kaum-kaum lain. Maka hal ini menjadi faktor yang menambahkan rasa panik dan bimbang dalam percaturan politik kepartian dalam meng...

BENARKAH OBAMA TAK SUKA PERANG?

OBAMA TAK SUKA PERANG? KEMENANGAN OBAMA ATAS ROMNEY. Seorang kawan saya melihat keputusan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat melalui telefon bimbitnya dan merasa lega kerana Obama menang, terpilih sebagai Presiden Amerika Syarikat untuk penggal kedua. Dia lega kerana Obama tak suka berperang, iaitu menurut pengamatannya, Romney adalah seorang yang suka berperang, maka sekiranya Romney menang alamatnya perang akan terus menerus berlaku, terutamanya di dalam negara Arab dan Islam. Harap-harap begitulah hendaknya keadaan yang akan berlaku di dalam dunia Islam ini dengan kemenangan Obama, yang menurut kawan saya ini "dia tak suka berperang". Malah perang di Iraq dan Afghastan mulai kelihatan reda. Tetapi saya memberikan pandangan saya bahawa Obama mungkinlah tidak suka berperang. Namun orang lain, terutamanya orang Arab dan orang Islam itulah yang suka berperang. Lihat saja apa-apa yang berlaku di negara Arab sekarang, Obama tidak pergi suruh mereka berperan...

PILIHAN RAYA US DAN TAUFAN SINDY

 TAUFAN SANDY DAN PILIHAN RAYA PRESIDEN A.S. Amerika Syarikat menamakan taufan yang melanda negara mereka dengan nama wanita. Setiap tahun nama ini berubah-ubah, dan taufan besar-besaran yang melanda negara itu pada tahun ini dinamakan Sandy. Taufan Sandy merupakan satu peristiwa sejarah bagi A.S. tahun ini. Korbannya telah meningkat lebih 100 orang. Namun begitu, kita tentu tidaklah dapat membayangkan bagaimanakah sekiranya taufan sehebat ini berlaku di negara membangun atau mundur di dunia ini, maka korbannya mungkin akan meningkat kepada ribuan orang, dan kemusnahan harta bendanya mungkin lebih besar lagi. Iktibar yang dapat diambil bahawa walau semaju mana pun sekali pun sesebuah negara itu di dunia ini, maka bencana alam yang diturunkan oleh Maha Pencipta  tidak dapat ditentang oleh sebarang negara dan masyarakat yang sentiasa tertakluk kepada kuasa Tuhan. Hal inilah yang berlaku kepada negara-negara gagah kaum-kaum pendurhaka para Nabi dan Rasul utusan...

ISLAM MEMUSUHI KEGANASAN: BAGAIMANAKAH SIKAP ORANG MUSLIM?

MUSLIM DI MALAYSIA TIDAK MERESTUI KEGANASAN Saya percaya berita yang disebarkan media tentang penahanan dua orang rakyat Malaysia di Lebonan yang disyaki terlibat dengan keganasan pada minggu yang lalu bukanlah kerana rakyat Malaysia, terutamanya rakyat Muslim, merestui keganasan atau menyokong perbuatan ganas yang dihubungkan dengan gerakan Al-Qaeda yang dilibatkan dengan rakyat kita itu. Sekiranya betul mereka terlibat dengan kumpulan pengganas yang di hubungkan dengan gerakan radikal Muslim itu, maka saya percaya bahawa mereka adalah merupakan dua orang anak muda kita yang terlibat dan terpengaruh dengan gerakan ini dari luar negara, lalu mereka pun melakukan gerakan yang sama seperti yang sering kita dengar dan saksikan di luar negara terutamanya di negara Islam yang tertentu. Kewajipan kita sekarang ialah mencari jalan melalui pendidikan, pemupukan nilai, memahami ajaran agama yang sebenarnya dan beberapa agenda pendidikan lain agar tunas dan bibit keganasan yang d...

IBADAT KORBAN: APAKAH MAKNANYA?

PENGAJARAN KORBAN DI NEGARA KITA Saya tidak bercadang untuk menghuraikan hikmah atau pengajaran dari ibadah korban, kerana hal ini telah banyak sekali dijelaskan dengan panjang lebar pada sepanjang masa, terutamanya dalam bulan dan hari menyambut hari raya korban ini. Cuma akan  saya perturunkan di sini beberapa pengamatan saya, yang mungkin remeh temeh pada pandangan umum, tetapi hendak saya kemukakan juga, iaitu tentang dua perkara yang saya alami ketika menyertai kaum muslimin muslimat dalam  ibadat sembahyang raya haji dan penyembelihan binatang korban. Saya menunaikan sembahyang raya korban di Putrajaya. Imam yang mengimamkan sembahyang amat baik, bacaan sedap, tajwidnya baik. Tetapi mungkin juga beliau tidak sedar bahawa apabila dia tampil untuk mengimamkan sembahyang maka dia amat cepat mengangkat takbiratulihram, ketika makmum yang begitu besar jumlahnya belum pun sempat memebetulkan barisan, memenuhkan saf di hadapan dan memulakan sembahyan...