Posts

Showing posts from January, 2012
(Tulisan ini telah disiarkan di dalam Mingguan Malaysia - 22 Januari 2012) MENCIPTA DUNIA MODERAT, MENGHAPUSKAN RADIKALISME Pertdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, kali ini lebeh berterus terang mengajak dunia kepada gerakan moderation ketika menyampaikan ucap utama merasmikan Persidangan Antarabangsa Gerakan Moderat di Kuala Lumpur pada hari Selasa 17 Januari 2012. Sebelum ini iaitu iaitu ketika menghadiri Persidangan Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan menemui President Obama, kemudian ketika menghadiri Sidang Kemuncak Asia Eropah (Asem) Kelapan di Brussels pada tahun lepas, iaitu di dalam satu sidang media yang dihadiri oleh perwakilan media antarabangsa, malah di beberapa Negara luar yang dilawatinya, beliau mengulang lagi seruan yang sama. Seruan ini beliau tegaskan ketika dunia menyaksikan begitu banyak gerakan radikal dan melampau yang berlaku di empat penjuru dunia ketika ini, dan gerakan ekstremes telah mengambil tempat di pentas utama manusia dengan pembunuhan, p...

MAHASISWA DAN AKTIVITI POLITIK

Mahasiswa mahukan AUKU di pinda, atau dihapuskan sama sekali? Memang kalau difikir2kan mahasiswa dalam erti kata yang sebenarnya "pelajar IPT" yang bakal mengambil aleh tugas pimpinan negara dan masyarakat yang akan datang, maka mereka seharusnya diberikan semua kebebasan yang ada dalam dunia ini, tak perlu AUKU dan peraturan2 yang dianggap "mengongkong" mereka. Namun yang dituntut sangat oleh para pelajar itu ialah menghapuskan peraturan yang menyekat mereka daripada bergiat cergas dalam politik, dan inilah yang diputuskan oleh mahkamah tempoh hari, dan hal inilah yang memarakkan api tuntutan supaya Auku dihapuskan. Memang yang ternyata selama ini, kalau wujud AUKU sekali pun para pelajar nampaknya tetap bergiat dalam politik secara yang tidak terang, terutamanya dalam kempen dan kegiatan politik semasa diadakan pilihan raya, oleh itu daripada melihat mereka mencuri2 melakukan aktiviti yang melanggar peraturan itu, maka eloklah dilihat semula kepada peraturan terse...

SEKADAR FIKIRAN.....

Kita tidaklah harus keliru diantara Kerajaan dan Parti politik, termasuk diantara dasar yang diamalkan Kerajaan dan dasar parti politik yang memerintah. Semua orang haruslah tahu membezakan di antara dua perkara ini, termasuk parti yang memerintah sendiri, iaitu segala dasar dan sistem pemerintahannya adalah untuk semua rakyat, bukan hanya segala kebaikan dan perkhidmatan hanya untuk ahli2 parti yang memerintah sahaja. Pihak parti pembangkang juga haruslah memahami prinsip ini, iaitu pihak Kerajaan yang memerintah adalah meerupakan Kerajaan yang berkhidmat untuk semua lapisan dan kalangan rakyat tanpa membezakan kaum dan agama, fahaman dan ideologi politik, budaya dan sebagainya. Sebab itulah segala agensi dan institusi Kerajaan yang memerintah haruslah dilihat sebagai agensi dan institusi kepunyaan semua rakyat, dan dasar Kerajaan adalah merupakan sesuatu yang harus disanjung dan dilihat oleh rakyat dengan hati yang terbuka, iaitu sekiranya sesuatu dasar Kerajaan itu dilihat tidak adi...

KISAH SESAMA MUSLIM

(SAYA PERTURUNKAN DI BAWAH SEBUAH BERITA TENTANG TINDAKAN SESAMA ISLAM YANG BERLAKU PADA TAHUN YANG LALU. TUJUANNYA IALAH UNTUK KITA BERFIKIR SAHAJA, TANPA MEMBUAT SEBARANG ULASAN, KERANA PARA PEMBACA LEBEH TAHU MEMBUAT PENDIRIAN DAN PERTIMBANGAN SENDIRI) KABUL 1 Sept. - Militan Taliban telah bertindak ganas memotong hidung dan kedua-dua belah telinga seorang petani Afghanistan, Lal Mohammad, 40, ketika lelaki itu keluar mengundi pada pilihan raya Presiden Afghanistan pada 20 Ogos lalu."Saya menyesal saya pergi mengundi."Apa kebaikan yang saya dapat daripada mengundi?" katanya sambil menangis di katil hospital di Kabul. Lal adalah salah seorang daripada berjuta-juta penduduk yang tidak mempedulikan ancaman Taliban supaya tidak keluar mengundi dalam pilihan raya 20 Ogos lalu. Sebelum pilihan raya itu, militan Taliban mengugut akan mencederakan pengundi serta melancarkan serangan peluru berpandu dan bom pada hari pengundian sebagai ancaman menghalang rakyat Afghanistan kel...

Isu-isu Yang Menjadi Isu Politik

Dr Hasan Ali mengeluarkan kenyataan yang mengkeritik partinya - PAS, membawa mudarat kepada dirinya. YB Dato' Jamil Khir menggunakan wang zakat untuk bayaran peguam menjadi isu yang berpanjangan. Anwar Ibrahim, saya percaya, sama ada keputusan Mahkamah membebaskannya, atau memenjarakannya, tetap menjadi isu, sama saja apa2 pun yang di putuskan oleh Hakim. Inilah beberapa contoh ketika rakyat kita memerhati dan mempertimbangkan sesuatu isu dari sudut politik kepartian, terutamanya apa bila semua parti politik merasakan bahawa pilihan raya umum seolah2 akan berlangsung esok atau lusa, dan mereka perlu segera menggambarkan kepada rakyat bahawa mereka lah yang sepatutnya memerintah, kerana merekalah yang benar dan jujur. Kalau orang biasa menegur parti dan pucuk pimpinan mungkin tidak akan diambil tindakan seperti yang dikenakan ke atas Dr Hasan Ali, terutamanya apabila Dr Hasan membawa alasan agama dan perjuangan parti, yang pada pandangan banyak kalangan, termasuk pihak dalaman PAS s...

MASYARAKAT HARUSLAH BERTENANG....

Saya melihat sesudah selesainya satu episod politik yang bergelora dalam masyarakat kita, maka kini telah sampailah ketikanya bahawa masyarakat rakyat negara kita bertenang semula dan kembali kepada proses pembangunan minda dan kehidupan kita keseluruhannya secara yang penuh rasional, berakal dan berhikmah. Kehidupan kita ini sesungguhnya adalah seperti sebuah pementasan di panggung pertunjukan yang penuh dengan lakonan berbagai2 episod. Rasa tidak percaya tentang pemergian teman rapat Abdul Hamid Othman masih bermain di kepala saya. Rasa2nya baru semalam, kami bergurau, bersembang dan bercerita, tetapi kini dia telah tiada, hilang dengan cepat sekali. Dulu ketika dia bertanding pilihan raya, saya turut berkunjung ke kampungnya di Sik, bukan untuk sangat berkempen, tetapi menunjukkan simpati atas dasar kawan. Saya juga sebanyak dua kali pilihan raya, berkunjung ke Permatang Pauh menunjukkan diri dan bersimpati juga dengan sdra Anwar Ibrahim ketika beliau bertanding pilihan raya, kalau ...

Not Guilty !

Jam 9.36 pagi ini saya mendapat berita dari The Star yang saya langgani melalui telefon bimbit, iaitu berita yang berbunyi begini : High Court finds Opposition leader Anwar Ibrahim not guilty of sodomising his former aide Mohd Saiful Bukhari Azlan. Dengan itu tertutuplah satu bab yang membising riuh rendah seluruh dunia selama dua tahun ini. Dan satu perkara penting bagi kita yang masih hidup di dunia ini, bahawa semua orang haruslah menerima pengadilan mahkamah dunia ini, kerana undang2 dan hakimnya adalah manusia seperti kita, semoga tidak ada pula orang lain yang hendak menjadi hakim, dan mencuba membuat hukuman sendiri. Malah hakim yang sebenarnya terserahlah kepada Allah SWT dan penghakiman itu akan di keluarkan pada hari akhirat nanti, yang merupakan keputusan muktamad mengatasi segala keputusan mahkamah dan hakim dunia ini. Oleh kerana mahkamah itu , iaitu mahkamah Allah belum lagi wujud di dunia fana kita pada hari ini, maka kita haruslah akur dengan keputusan mahkamah dunia in...

PROTES 9 JANUARI - BANYAK KONFLIK

Protes 9 Jan 2012 akan diadakan. Tempatnya di hadapan kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur. Sebelum lagi tarikh itu menjelang tiba, banyak konflik yang telah timbul. Konflik dan percanggahan pandangan antara rakan taulan dalam politik, antara adik beradik, rakan dan teman lama, malah kumpulan dan kelompok masyarakat madani, orang2 yang cintakan perdamaian dan yang ingin mencabar peradaban, serta lain2nya. Kalau dipertimbangkan secara adil dan pertimbangan nilai moral dan budaya kita, terutamanya nilai akhlak dan agama, maka konflik seperti itu tidak seharusnya timbul dalam masyarakat manusia yang beperadaban, terutamanya secara terbuka dan lantang, dengan cemohan, umpatan, ketika banyak ruang berkomunikasi, berdialog, syura dan sebagainya dapat diadakan untuk mengelakkan konflik, apa lagi mencetuskan suasana dan keadaan begitu rupa sehingga dapat meledakkan emosi dan perasaan "ammarah" yang dibangkitkan begitu hebat sekali. Akhir sekali percanggahan tentulah amat besar ...

PROTES BAH. 4

Protes terbaru akan dilakukan pada 9 Januari nanti, iaitu pada hari yang ditetapkan bagi Mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap DSAI dalam kesnya yang termaklum. Tetapi sama ada protes itu diadakan atau pun tidak, Mahkamah tentulah tetap akan menjatuhkan hukumannya pada hari yang tersebut, kecuali terdapat perkara mustahil yang berlaku pada hari tersebut, yang hanya diketahui Allah SWT. Bahang panas tentang protes itu telah terasa dan mungkin banyak orang yang merasa kecut perut serta gerun untuk menghadapi peristiwa yang dirancangkan pada 9 Januari itu. Dalam sehari dua ini rakyat agak kecoh, orang yang akan menghadiri protes itu telah bersedia dan mengapi2kan orang lain supaya menyertainya, sebaliknya dari satu pihak yang lain, ramai pula yang membantah dan membuat laporan polis. Saya rasa diantara 27 juta penduduk Malaysia ini, tidaklah semuanya akan menghadiri protes itu, malah jumlah yang sebenarnya hanya akan dapat kita ketahui apabila sampai tarikh 9 Januari itu. Namun bagaimana ...
PROTES BAH. 3 Hari ini kita membaca dalam akhbar dan menonton TV tentang protes terbaru yang berlaku di negara kita sendiri oleh para pelajar Universiti, yang berkumpul di UPSI, dengan dakwaan bahawa polis melakukan kekerasan kepada mereka. Yang menariknya ialah pandangan dan komen tentang peristiwa itu, iaitu satu pihak menyokong bahawa polis melakukan kekerasan, dan satu pihak mengatakan bahawa polis tidak bertindak kasar atau kejam. Timbalan Menteri Pengajian Timggi yang meminta semua pihak menyiasat dahulu sama ada polis bertindak kasar atau tidak telah dikeritik dan dihentam kononnya hal ini adalah permainan biasa UMNO, sedangkan sebelum ini apabila orang yang sama iaitu Timbalan Menteri ini bercakap supaya pihak Universiti bersikap terbuka dan lembut kepada mahasiswa yang membantah AUKU, maka dia telah disanjung. Mufti Perlis pun turut mengkeritik Polis dengan kenyataannya bahawa polis seharusnya lebeh bijak bertindak. Jadi nampaknya hanya tingal Polis sahaja yang terpaksa mempe...
PROTES BAHAGIAN 2 Tahun 2011 juga menyaksikan “protes” alam kali ke dua dalam bentuk Tsunami besar yang pada akhir tahun 2004 telah melanda Acheh dengan hebatnya, juga melanda kawasan2 lain di Thailand, Sri Lanka dan sedikit2 di negara kita– pantai Batu Feringgi dan Kuala Muda. Kali ini “alam” memberontak dan melahirkan protes kemarahannya kepada manusia ini di negara maju, negara Jepun yang mempunyai kekuatan dalam semua segi di dunia ini. Jepun menderita kekalahan kepada serangan alam itu, menyerah kepada pemberontakannya, termasuk mengalami kerisis yang besar di loji nuklearnya yang mengancam nyawa dan harta benda serta semangat kental Jepun selama ini yang dibinanya dengan amat gagah sekali selepas kekalahan perang dunia dulu. Jepun mengambil masa yang lama untuk membangun dan memulehkan semangat dan kekuatan umatnya ketika dilanda bencana alam yang memberontak begitu hebat sekali, mungkin lebeh besar ancamannya dari bom atom yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki dulu. Protes a...