MAHASISWA DAN AKTIVITI POLITIK
Mahasiswa mahukan AUKU di pinda, atau dihapuskan sama sekali? Memang kalau difikir2kan mahasiswa dalam erti kata yang sebenarnya "pelajar IPT" yang bakal mengambil aleh tugas pimpinan negara dan masyarakat yang akan datang, maka mereka seharusnya diberikan semua kebebasan yang ada dalam dunia ini, tak perlu AUKU dan peraturan2 yang dianggap "mengongkong" mereka.
Namun yang dituntut sangat oleh para pelajar itu ialah menghapuskan peraturan yang menyekat mereka daripada bergiat cergas dalam politik, dan inilah yang diputuskan oleh mahkamah tempoh hari, dan hal inilah yang memarakkan api tuntutan supaya Auku dihapuskan.
Memang yang ternyata selama ini, kalau wujud AUKU sekali pun para pelajar nampaknya tetap bergiat dalam politik secara yang tidak terang, terutamanya dalam kempen dan kegiatan politik semasa diadakan pilihan raya, oleh itu daripada melihat mereka mencuri2 melakukan aktiviti yang melanggar peraturan itu, maka eloklah dilihat semula kepada peraturan tersebut untuk tujuan diperbaiki.
Namun begitu, apa bila para pelajar itu bertindak menurunkan bendera yang mengandungi gambar PM, mengadakan demonstrasi di UPSI, menempelak MB Kedah kerana tindakan Kolej Universiti Insaniah menggantung para pelajarnya yang melakukan kesalahan, dan berbagai2 aktiviti lain lagi yang dilakukan oleh para pelajar itu, maka masyarakat yang sensible dan berpegang kepada lojik, sepatutnya dapat berfikir dua kali, apakah tindakan yang dilakukan oleh para pelajar itu jelas menunjukkan bahawa mereka tidak mahu di kongkong, sehingga mereka menolak semua peraturan dan undang2 yang dijalankan oleh IPT masing2 terhadap mereka yang melanggar tatatertib dan peraturan IPT itu, atau terdapat sesuatu yang tidak kena dalam pentafsiran mereka ketika menuntut kebebasan itu?
Apakah dengan menghapuskan AUKU ertinya mereka mendapat kebebasan mutlak untuk melakukan apa2 saja tanpa perlu diambil tindakan ke atas mereka, termasuk melawan dan mencabar undang2 Universiti mereka, melawan polis dan pihak berkuasa, mengadakan perhimpunan haram dan sebagainya?
Apakah tindakan KUIN menggantung para pelajarnya yang tidak berdisiplin umpamanya dianggap sebagai satu hukuman mengikut AUKU, yang menurut mereka sepatutnya tidak lagi berkuasa di negeri2 yang dikuasai oleh pembangkang?
Kalau beginilah cara berfikir dan bertindak yang dikehendaki oleh para pelajar Universiti itu, maka masyarakat yang ingin melihat para pelajar tersebut sebagai pelapis para pemimpiun yang akan datang, bolehlah menimbang dan berfikir secara rasional, apakah dalam hal ini para pelajar itu berada di pihak yang benar, atau AUKU dan peraturan tata tertib serta disiplin IPT itu yang silap dan keterlaluan?
Bagi saya, AUKU memang perlu di pinda, dan kalau boleh dihapuskan sama sekali, dan diberikan kebebasan kepada mahasiswa untuk bertindak, tetapi dengan syarat bahawa para pelajar itu benar2 memahami apakah maknanya poliitk, adakah berpolitik itu maknanya menjalankan aktiviti politik yang berbentuk partisan yang menanamkan rasa benci sesama sendiri, yang mempunyai prejudis kepada parti lain, yang membentuk sikap dan pendirian yang radikal dan ekstrem, dan apakah maknanya undang2 bagi universiti? Pelajar 2 itu juga haruslah memahami, bahawa undang2 adalah maknanya mereka seharusnya diberikan hak yang sewajarnya, tetapi dalam masa yang sama mereka juga dibebankan dengan tanggung jawab .Hak yang dituntut oleh pelajar mungkin dapat diberikan, tetapi dalam menuntut hak, sesiapa saja haruslah juga mempunyai tanggung jawab, menghormati undang2 dan peraturan, bertindak di dalam kawalan peraturan, malah menyokong peraturan yang perlu dalam menjaga kewibawaan mereka sendiri sebagai mahasiswa, yang memantapkan ilmu pengetahuan dan nilai moral mereka sebagai pemimpin akan datang. Malah sesiapa yang melanggar tanggung jawab itu maka mereka sepatutnya menerima hukuman yang tertentu, sama dengan hukum agama yang mempunyai dosa pahalanya.
Kalau dalam mencari kebebasan, maka pelajar boleh bertindak mengungut untuk meletakkan bom dalam helikopter yang akan dinaiki oleh PM, apakah hal ini merupakan kebebasan namanya? Apakah hak kebebasan yang dituntut adalah merupakan hak mutlak tanpa sebarang sekatan dan undang2 serta peraturan yang seharusnya mereka hormati?
Dalam dunia ini tidak ada sebarang kebebasan yang dapat dianggap sebagai kebebasan mutlak, absolute freedom, tetapi hak dan tanggung jawab, kewajipan dan tugas, ganjaran dan balasan terhadap tindakan baik atau buruk yang dilakukan oleh insan.
Agama kita mengajar bahawa kebebasan untuk makan minum adalah diberikan kepada kita, tetapi terdapat nas yang mengharamkan beberapa jenis makanan dan minuman, yang seharusnya dipatuhi, Pakai pakaian yang terdiri dari sebarang fesyen sekali pun, tetapi terdapat peraturan dan syarat yang tertentu. Makan dan minum selama 24 jam sehari semalam, tetapi di dalam bulan puasa, ada peraturan makan dan minum. Demikianlah Allah dan Rasulullah SAW mengejar kita berperaturan.
Tanpa AUKU pun, IPT akan menggubal peraturannya sendiri, dan para pelajar haruslah berikrar mentaatinya. Apakah ikrar yang dibaca pada hari pertama pendaftaran itu akan hapus dan tidak terpakai lagi apa bila para pelajar selesai membacanya?
Sekiranya semua ini telah difahami dengan baik, maka tuntutlah kebebasan yang dibenarkan, bukan kebebasan mutlak, seperti yang dibayangkan oleh segelintir para pelajar Universiti kita itu.
Comments
Post a Comment