(Tulisan ini telah disiarkan di dalam Mingguan Malaysia - 22 Januari 2012)
MENCIPTA DUNIA MODERAT, MENGHAPUSKAN RADIKALISME
Pertdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, kali ini lebeh berterus terang mengajak dunia kepada gerakan moderation ketika menyampaikan ucap utama merasmikan Persidangan Antarabangsa Gerakan Moderat di Kuala Lumpur pada hari Selasa 17 Januari 2012.
Sebelum ini iaitu iaitu ketika menghadiri Persidangan Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan menemui President Obama, kemudian ketika menghadiri Sidang Kemuncak Asia Eropah (Asem) Kelapan di Brussels pada tahun lepas, iaitu di dalam satu sidang media yang dihadiri oleh perwakilan media antarabangsa, malah di beberapa Negara luar yang dilawatinya, beliau mengulang lagi seruan yang sama. Seruan ini beliau tegaskan ketika dunia menyaksikan begitu banyak gerakan radikal dan melampau yang berlaku di empat penjuru dunia ketika ini, dan gerakan ekstremes telah mengambil tempat di pentas utama manusia dengan pembunuhan, pertumpahan darah, gerakan radikal di dalam semua aspek kehidupan, disebabkan oleh perkauman, politik melampau, penjajahan, ekonomi yang berbeentuk monopoli dan sebagainya, sehingga menjadikan dunia ini kucar kacir dan dilanda berbagai-begai kerisis.
Atas dasar inilah maka seruan agar manusia kembali kepada sifat rasional dan menghayati semula fitrah kemanusaannya adalah merupakan satu agenda antarabangsa yang seharusnya diperjuangkan seperti yang diserukan oleh Perdana Menteri dan seharusnya disokong oleh semua pihak.
Dari sudut ini saya rasa, apabila Perdana Menteri membuat seruan supaya pihak Barat tidak seharusnya menaruh sebarang prasangka buruk terhadap Islam, atau merasa takut terhadap kebangkitan Islam dalam gambaran Islamophobia yang di heboh-hebohkan selama ini, maka seruan itu adalah merupakan satu pandangan dan pengalaman yang dirasakan sendiri oleh negara kita, yang telah pun membuktikan kepada dunia seluruhnya tentang model pemerintahan dan pengurusan negara kita yang berbilang kaum ini.
Kita telah dapat membuktikan kepada dunia bahawa masyarakat berbilang keturunan dan agama akan dapat hidup bersama secara aman damai sekiranya semua urusan negara di jalankan dengan baik mengikut lunas-lunas demokrasi yang menghormati hak asasi semua rakyatnya. Malah segala tata tertib dan dasar negara berkaitan dengan hidup bersama secara aman dan toleransi antara kaum dan agama yang diamalkan di negara kita ini adalah sejajar dengan ajaran Islam sendiri dalam kerangka syariah dan nilai-nilai akhlaknya.
Melihat sepintas lalu kepada tamadun Islam yang dibangunkan di negara kita ini sudah cukup memberikan gambaran kepada kita bahawa perkembangan Islam dan peranan umat Islam yang dipupuk di negara kita ini selama ini adalah merupakan penyumbang yang besar terhadap kesetabilan sosial, politik, ekonomi dan pendidikan rakyat kita.
Kerajaan telah memainkan peranannya yang besar dalam memenuhi kehendak Perlembagaan negara ketika membawa semua pembangunan Islam ke dalam arus perdana pemerintahan negara sesuai dengan peruntukan-peruntukan yang diberikan di dalam Perlembagaan tersebut.
Pembangunan institusi dan pendidikan agama adalah merupakan satu pembangunan yang amat penting dalam mendidik umat Islam bagi melahirkan tenaga manusia yang setabil dan produktif dari sudut pemikiran dan sumbangannya.
Dalam aspek inilah terdapat negara-negara Islam yang tidak dapat mengawal institusi pengajian agamanya, sehingga terdapat madrasah dan sekolah-sekolah agama rakyat yang bertindak melampaui batasan pengajian agama yang betul iaitu dengan menjadikan institusi-institusi itu sebagai pusat latihan kanak-kanak dan belia mengikut acuan dan kefahaman radikal Islam sebagai “para mujahid” Islam yang dilatih untuk menjadi pengebom berani mati, dan bertindak secara ganas terhadap “musuh-musuh” mereka, iaitu golongan yang tidak sealiran dengan mereka, sama ada yang terdiri dari orang Islam atau bukan Islam.
Tetapi negara kita sebenarnya telah membangunkan institusi pendidikan Islam dalam semua peringkatnya di dalam arus perdana pendidikan negara yang berjaya melahirkan kanak-kanak, belia dan para pelajar institusi pengajian tinggi yang berilmu serta mempunyai pemikiran yang matang tentang agama dan dunianya. Angkatan para pelajar inilah yang sebenarnya merupakan model kelahiran generasi yang mempunyai sikap rasional dan kesederhanaan dalam masyarakat kita selama ini.
Sejarah juga membuktikan beberapa akibat yang nagatif berlaku di dalam masyarakat Islam kerana kesalah fahaman tentang perlaksanaan syariah dan undang-undang Islam di dalam sesebuah masyarakat Islam. Terdapat para aktivis dan golongan ijtihad Islam yang membawa tafsiran sendiri tentang perlaksanaan Islam tanpa mempunyai visi terhadap keutamaan dan “siyasah syar’iyyah” dalam perlaksanaan hukum-hukum Islam itu. Akibat dari kefahaman yang agak sempit tentang Islam ini, maka lahirlah fatwa-fatwa yang radikal dan keras terhadap golongan yang dianggap bertentangan dengan mereka, termasuk pemerintah negara Islam sendiri yang akan dilebalkan sebagai kerajaan kafir, “thaghut” dan sebagainya yang harus diperangi dan dijatuhkan.
Berdasarkan hal inilah maka sebarang kemunculan ajaran Islam yang berbentuk “cult” atau pemujaan terhadap “ketua” secara melulu sehingga boleh membawa kepada penyelewengan akidah, seperti pergerakan Al-Arqam, atau kebangkitan sulit angkatan bersenjata yang berbentuk jihad yang sesat seperti “al-Ma’unah” telah segera di tangani oleh Kerajaan dengan jayanya, kerana rakyat umumnya menyedari akan merbahayanya gerakan itu.
Inilah sebenarnya senario kebangkitan dan perkembangan Islam yang membina dan seimbang di dalam negara kita, iaitu satu proses kebangkitan Islam yang sihat, seimbang di antara dunia dan akhirat, dan mempunyai aliran kesederhanaan diantara gerakan yang ekstremis atau terlalu liberal yang tidak langsung terikat dengan ajaran fundamental Islam itu sendiri. Aliran ini adalah merupakan aliran “wasatiyyah” yang sedang diketengahkan di dalam masyarakat Islam di Malaysia sekarang ini agar menjadi falsafah pembangunan Islam dan negara yang sihat dan kuat.
Dari sudut yang lain, prasangka Barat terhadap Islam dan tanggapan mereka yang digagaskan dalam persepsi IslamophobiaI merupakan lambang ketakutan yang melulu, tidak beerpijak di bumi nyata. Malah pihak Barat sendiri haruslah menyingkap sejarah penjajahan mereka terhadap negara-negara Islam, bagaimanakah segala kekayaan negara jajahannya telah dipergunakan dengan sebaik-baiknya untuk di bawa pulang kenegara mereka, dan pada masa yang sama meninggalkan pemikiran penjajahan itu agar terus bersarang di dalam kepala pemerintah dan ketua-ketua negara bekas jajahan mereka itu, supaya pada satu ketika nanti, mereka akan dapat kembali semula ke negara-negara bekas jajahan mereka itu sebagai kroni dan rakan kongsi kekayaan bersama.
Hal inilah yang berlaku di sesetengah negara Islam pada hari ini, khususnya negara-negara Islam yang kaya, yang sentiasa menjadi idaman pihak Barat untuk terus menerus mengaut kekayaan negara kaya tersebut. Malah hal inilah juga yang membawa kuasa besar Barat kembali secara langsung ke Iraq, Afghanistan, dan secara tidak langsung ke negara-negara Islam lain atas kepelbagaian alasan yang direka-reka untuk mengabui mata dunia bagi menjustifikasikan penjajahan mereka dalam bentuk baru ini.
Fenomena penjajahan baru inilah yang segera menyalakan api permusuhan umat Islam dan menanamkan rasa benci terhadap penjajahan baru dan penindasan yang dilakukannya maka hal ini segera lahir pada mulanya sebagai bunga api gerakan radikal yang kemudiannya marak dengan begitu hebat menyalakan api yang besar dalam bentuk keganasan, pembunuhan dan kekerasan yang dilakukan atas nama “jihad” menentang “musuh Islam dan musuh Allah”iaitu pihak Barat dan penjajahannya.
Cetusan api radikal yang marak ini amat sukar dikawal, malah ia merebak dengan begitu cepat, dan hal inilah yang di lihat sebagai gerakan radikal dan ekstremis Islam atas nama keganasan.
Gerakan ganas ini sebenarnya adalah mewakili golongan yang amat kecil, dan tidaklah mewakili keseluruhan masyarakat Islam, kerana Islam dan umat Islam tidak merestui sebarang jalan keganasan dalam menyelesaikan sebarang konflik. Islam jelas menerangkan bahawa umatnya diharuskan berperang sekiranya mereka diserang, itu pun janganlah melampaui batasan.
Memang betul kenyataan Perdana Menteri bahawa unsur-unsur keganasan sentiasa berada di kalangan para penyeleweng semua agama dan semua bangsa. Gerakan radikal agama berada di mana-mana sahaja, malah sejarah juga membuktikan bahawa pernah terjadi dalam senario politik antarabangsa bahawa parti politik yang beraliran melampau dan ekstrem kadang-kadang dipilih oleh rakyat untuk menjadi pemerintah.
Kesungguhan PM dan pemerintah Malaysia dalam menangani isu ini haruslah mendapat perhatian dan tindakan masyarakat antarabangsa, dan haruslah diliohat dari perspektif yang adil dan saksama.

Comments
Post a Comment