Not Guilty !
Jam 9.36 pagi ini saya mendapat berita dari The Star yang saya langgani melalui telefon bimbit, iaitu berita yang berbunyi begini :
High Court finds Opposition leader Anwar Ibrahim not guilty of sodomising his former aide Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Dengan itu tertutuplah satu bab yang membising riuh rendah seluruh dunia selama dua tahun ini. Dan satu perkara penting bagi kita yang masih hidup di dunia ini, bahawa semua orang haruslah menerima pengadilan mahkamah dunia ini, kerana undang2 dan hakimnya adalah manusia seperti kita, semoga tidak ada pula orang lain yang hendak menjadi hakim, dan mencuba membuat hukuman sendiri.
Malah hakim yang sebenarnya terserahlah kepada Allah SWT dan penghakiman itu akan di keluarkan pada hari akhirat nanti, yang merupakan keputusan muktamad mengatasi segala keputusan mahkamah dan hakim dunia ini.
Oleh kerana mahkamah itu , iaitu mahkamah Allah belum lagi wujud di dunia fana kita pada hari ini, maka kita haruslah akur dengan keputusan mahkamah dunia ini. Itu saja kesnya.
Mulai saat ini seharusnya kita semua, orang Melayu, bukan Melayu, orang Islam, bukan Islam, semua rakyat Malaysia, sekurang2nya tumpukanlah perhatian kepada perkara2 lain yang lebeh memberi kebajikan dan kesejahteraan kepada semua. Kembalikan penghayatan nilai akhlak dan moral yang baik dalam merancang dan melakar segala kerja dan agenda membangun tamadun kita tanpa terlalu taksub kepada kaum dan agama sendiri, ideologi politik kepartian yang sempit, dan rasa benci dan meluat kepada pihak lain.
Kita hendaklah sentiasa mempunyai fikiran yang positif kepada bangsa dan negara kita sendiri, terutamanya berfikiran yang berasaskan data dan fakta, akal fikiran yang rasional, bukan emosional melampau, taksub dan fanatik, malah sentiasa ikhlas sesama kita, jujur kerana keimanan kita, malah semuanya berpandukan kepada keyakinan kita kepada Allah SWT.
Politik kepartian amat merosakkan kita semua sekiranya dibiarkan berleluasa dengan sentimen dan emosi melulu, masing2 dengan kepentingan sendiri, pengaruh diri dan kelompok sahaja, ego, sombong, berfikiran negatif...dan sebagainya.
Adik beradik berkelahi, kawan dan teman berkerisis, ada yang menjadi teman baik hari ini, esok menjadi musuh, sentiasa hanya berfikir untuk menjatuhkan orang lain, yang bukan musuh dijadikan musuh, yang sebenarnya musuh dijadikan kawan, semuanya ini adalah penyakit masyarakat sekarang, terutamanya yang disebabkan oleh kefahaman politik sempit, politik fanatik berasaskan parti, berasaskan pemujaan kepada ketua atau orang perseorangan yang kita anggap bersih dan unggul, ....
Kita lebeh baik bercerminkan hati kecil dan perasaan serta pemikiran sendiri yang ikhlas dan jujur, kerana hanya kita yang tahu apa yang kita lakukan, apa yang kita niat, orang lain tak tahu.
Kalau mahu menjadi hakim, jadilah hakim yang seharusnya menjatuhkan hukuman kepada diri sendiri berasaskan akhlak dan ajaran agama kita yang lengkap, bukan menghukum orang lain mengikut pendangan lahir kita saja. Jadi hakim dan mahkamah, tetapi untuk diri sendiri dan membetulkan perjalanan sendiri.
Hari ini apa yang baik yang menjadi kenyataan kepada dunia tentang negara dan bangsa kita, semuanya mungkin tidak baik pada tanggapan dan tuduhan sesetengah kalangan politik masyarakat kita. Semua perkara baik dicemarkan, dan semua perkara tak baik ditambah2kan lagi, malah dalam hukum hakam agama pun, oleh kerana politik kepartian sempit telah memecah belahkan masyarakat Islam kita, maka ada ulamak yang menghukum secara berbeza berdasarkan kelompok dan pembahagian politik parti. Apakah dalam soal dasar Islam mempunyai hukum2 yang berbeza?? Itulah penyakitnya penghayatan demokrasi dan perlaksanaan perjuangan pokitik berdasarkan parti politik yang melampau, yang kita warisi dari Barat.
Balik kepada cerita kita, "Not guilty", kata mahkamah dan hakim, not guilti...lah..!!
Tetapi semasa saya menutup tulisan ini tiba2 datang lagi news flash dari telefon bimbit saya yang berbunyi begini :
"Police investigating two "explosions" at Jalan Duta Court complex car park. Crowd urged to disperse for safety reasons; snifer dogs at scene/ STAR. 11.35
Berita amat mengganggukan, menghairankan, ke mana sudahnya matlamat perjuangan bangsa kita ni nampaknya..? Mohon peertolongan Allah SWT, hanya kepada-Nya kita berserah...
Comments
Post a Comment