PROTES BAH. 4

Protes terbaru akan dilakukan pada 9 Januari nanti, iaitu pada hari yang ditetapkan bagi Mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap DSAI dalam kesnya yang termaklum. Tetapi sama ada protes itu diadakan atau pun tidak, Mahkamah tentulah tetap akan menjatuhkan hukumannya pada hari yang tersebut, kecuali terdapat perkara mustahil yang berlaku pada hari tersebut, yang hanya diketahui Allah SWT.

Bahang panas tentang protes itu telah terasa dan mungkin banyak orang yang merasa kecut perut serta gerun untuk menghadapi peristiwa yang dirancangkan pada 9 Januari itu. Dalam sehari dua ini rakyat agak kecoh, orang yang akan menghadiri protes itu telah bersedia dan mengapi2kan orang lain supaya menyertainya, sebaliknya dari satu pihak yang lain, ramai pula yang membantah dan membuat laporan polis.

Saya rasa diantara 27 juta penduduk Malaysia ini, tidaklah semuanya akan menghadiri protes itu, malah jumlah yang sebenarnya hanya akan dapat kita ketahui apabila sampai tarikh 9 Januari itu.

Namun bagaimana pun puluhan juta penduduk negara kita rasanya amat cintakan perdamaian dan ketenteraman, tetapi yang menjadi masalah, jika dua tiga ribu pun yang mahu melakukan protes dan hingar bangar itu, sudahlah cukup menakutkan orang awam dan menganggu perjalan hidup rakyat terbanyak yang selama ini bebas bergerak dengan aman.

Kalau kita dapat membuat bancian diantara penduduk dunia 7 bilion ini pun saya rasa semuanya mahukan keamanan dan perdamaian, dan tidak mahu kepada kekacauan dan kekasaran. Inilah sebenarnya kejadian fitrah semula jadi manusia, cintakan perdamaian.

Maka dalam keadaan ini, penduduk Malaysia pun majoritinya amat cintakan perdamaian, dan tidak suka kepada kekacauan atau sebarang gangguan kepada hidup seharian mereka.

Malah majoriti manusia juga tidak ingin melihat saudara mereka melakukan perlanggaran undang2 dan dihukum. Tetapi oleh kerana manusia ini mempunyai unsur haiwani dan nafsu dalam dirinya, maka pada masa itu dunia memerlukan undang2, sehingga sekiranya salah seorang dari teman manusia kita yang disyaki melakukan sesuatu yang melanggar undang2, maka dia haruslah di bawa ke muka pengadilan dan dihukum jika sabit kesalahannya, malah selepas dijatuhkan hukuman, orang yang disyaki itu masih dapat menggunakan beberapa peringkat pengadilan lagi untuk membuktikan kebenarannya.

Hal ini perlulah kita terima, iaitu sebagai manusia, kita bukan hanya mempunyai unsur kemalaikatan yang tidak melakukan kesalahan, kita bukan hanya mempunyai akal supaya kita tidak melakukan sebarang kesalahan, malah kita dipengaruhi oleh nafsu ammarah, emosi dan unsur kehaiwanan yang terkeluar dari batas2 fitrah kejadian manusia, maka pada masa itu akan terdapatlah satu set undang2 yang tidak memilih bulu untuk dihukum.

Selama ini ribua manusia yang telah dihukum, malah telah dihukum bunuh, dipenjara, disebat, didenda dan sebagainya, setelah melalui proses undang2 yang diwujudkan di negara kita. Orang yang dihukum mempunyai peluang untuk merayu dan mencari keadilan dari segi undang2, malah ketika di dapati bersalah, seseorang itu bukanlah telah berakhir dunianya.

Dalam keadaan sekarang ini saya rasa kita haruslah memandang ke hadapan dengan penuh hikmah dan bijaksana. Persepsi yang negatif terhadap mahkamah dan undang2 kita haruslah dijauhi, kerana selama ini kita melihat ramai yang dihukum dari semua latar belakang dan keadaan, dan ramai juga yang tidak bersalah di hadapan undang2 bagi orang2 yang juga terdiri dari kepelbagaian peringkat intelektual, berbagai ideologi politik kepartian dan sebagainya.

Kalau 20 juta membawa kepada 25, 26 juta umat kita penduduk Malaysia ini mahukan keamanan dan perdamaian, maka janganlah segelintir penduduk bertindak menentang arus itu. Kita tunggulah hari 9 Januari dengan harapan yang cerah dan penuh cahaya, disamping itu kita juga sebenarnya merasa gelabah dan gugup sementara menanti apakah yang akan berlaku pada 9 Januari itu.

Kita mohonlah pertolongan Allah SWT.











Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....