Isu-isu Yang Menjadi Isu Politik

Dr Hasan Ali mengeluarkan kenyataan yang mengkeritik partinya - PAS, membawa mudarat kepada dirinya. YB Dato' Jamil Khir menggunakan wang zakat untuk bayaran peguam menjadi isu yang berpanjangan. Anwar Ibrahim, saya percaya, sama ada keputusan Mahkamah membebaskannya, atau memenjarakannya, tetap menjadi isu, sama saja apa2 pun yang di putuskan oleh Hakim.


Inilah beberapa contoh ketika rakyat kita memerhati dan mempertimbangkan sesuatu isu dari sudut politik kepartian, terutamanya apa bila semua parti politik merasakan bahawa pilihan raya umum seolah2 akan berlangsung esok atau lusa, dan mereka perlu segera menggambarkan kepada rakyat bahawa mereka lah yang sepatutnya memerintah, kerana merekalah yang benar dan jujur.


Kalau orang biasa menegur parti dan pucuk pimpinan mungkin tidak akan diambil tindakan seperti yang dikenakan ke atas Dr Hasan Ali, terutamanya apabila Dr Hasan membawa alasan agama dan perjuangan parti, yang pada pandangan banyak kalangan, termasuk pihak dalaman PAS sendiri yang menyokong beliau dan merasakan bahawa keritikannya adalah berasas dan bertempat. Tetapi kerana yang mengkeritik adalah berprofile tinggi, dan mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat, maka ia perlu di hapuskan sahaja, iaitu dengan memecatnya dari parti.


Jamil Khir juga, kalau tidak kerana politik, mungkin tidak serpanjang itu keritikan yang ditujukan kepadanya, dan tidak sebegitu besar dosa yang dilemparkan ke atas kepalanya, terutamanya beliau menggunakan wang itu untuk membayar peguam yang membelanya, dan peguam yang diupah itu adalah membela institusi yang diwakilinya. Malah lebeh dari itu wang yang digunakannya itu hanya buat sementara, kerana jabatan odit negara sendiri mengakui bahawa wang itu telah dipulangkan kembali kepada tabung asalnya, yang bererti bahawa odit negara juga tidak melihatnya sebagai satu kesalahan yang boleh di bawa ke tengah.


Anwar Ibrahim, kalau dihukum bersalah, tentulah akan banyak lagi isu yang akan dibangkitkan, iaitu isu konspirasi politik, sistem kehakiman yang berat sebelah, hakim yang zalim dan sebagainya. Malah ketika hakim menjatuhkan hukuman bahawa dia tidak bersalah, maka terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa hal ini telah juga di atur oleh pihak tertentu untuk mencari keuntungan politik juga. Malah lebeh dari itu, keputusan hakim ini telah digambarkan bahawa inilah permulaannya bagi sistem kehakiman di Malaysia menjadi sistem yang adil dan baik, seolah2 selama ini sistem kehakiman di negara ini seuanya zalim, tidak adil, maka baru saat ini sistem kehakiman ini menjadi baik dan adil.


Pendeknya apa2 saja isu yang berlaku di negara kita pada saat ini, maka ianya bergantung kepada bagaimana caranya orang melihat isu itu. Sekiranya isu itu melibatkan orang2 politik, teerutamanya yang berprofile tinggi, maka besar dan hebohlah isu itu di dalam masyarakat dan negara, seolah2 isu itu tidak pernah berlaku dan tidak pernah timbul di dalam masyarakat kita.


Ramai orang yang pecah amanah, rasuah, bangun menentang partinya, dan banyak pula kes liwat yang dibicarakan dalam negara kita, malah semuanya itu telah dibicarakan dengan adil, tetapi perbicaraan hanya berlaku di dalam mahkamah, dan orang ramai hanya mengetahui dari akhbar atau berita tv, namun begitu orang melihat isu itu sebagai perkara biasa yang tidak mempunyai kaitan dengan mereka, kerana isu2 itu adalah isu peribadi antara orang yang melakukan sebarang kesalahan tersebut. Di dihukum, di denda, dipenjara, malah ada yang dihukum mati, semuanya sepi dalam masyarakat kecuali timbullah isu di kalangan keluarga yang terdekat.


Inilah yang cuba dibicarakan oleh Dr Hasan Ali ketika beliau mengatakan bahawa baginya isu agama dan bangsa adalah isu besar dibandingkan dengan isu peribadi seorang pemimpin politik.


Jamil Khir juga menyatakan kebenaran ketika mempertahankan dirinya, tetapi kerana isu itu telah menjadi isu politik, maka ianya akan berterusan menjadi semakin besar untuk beberapa ketika yang lama.


Isu Shahrizat mungkin merupakan isu yang sama timbang diantara kalangan politik dan ketua2 politik negara kita, malah odit negara pun terang2 mendedaahkan perkara ini agak jelas, sehingga pihak SPRM telah bertindak untuk menyiasat perkara ini.


Namun apa2 pun isunya, maka saya rasa orang ramai amat terkeliru dengan isu yang sebenarnya. Agensi dan institusi Kerajaan nampaknya dihujani dengan keritikan dan pukulan yang hebat, seolah2 semua agensi dan institusi itu adalah korup dan menyeleweng.


Rakyat yang berfikiran rasional dan dapat menimbangkan segala isu dengan akal yang waras tanpa dipengaruhi oleh unsur politik partisan dan taksub, mungkin boleh membuat kesimpulan yang berbeza daripada kesimpulan dan "hukuman" berdasarkan politik kepartian.


Memang kita akui bahawa dalam banyak hal, terdapat penyelewengan dan kepincangan yang dilakukan oleh ahli2 politik kita, sama ada dari kalangan pemerintah atau pembangkang. Tetapi sekiranya sebelah pihak sahaja yang mencari kepincangan lawan, memburuk2kan segala2nya yang dilakukan oleh pihak lawan dan musuh politiknya, maka orang akan menyangka bahawa negara kita ini sama ada sedang trejerumus ke lembah kehancuran dan kemusnahan dalam semua hal, atau orang akan beranggapan bahawa semuanya baik dan murni, tidak ada cacat cela sama sekali, sedangkan hal ini tidak mungkin ada dalam sebuah masyarakat mana2 sekali pun dalam dunia ini, iaitu gambaran dua ekstrem yang melampau terhadap negara kita.


Inilah hakikatnya apabila semua isu dipolitikkan, dan ahli politik dan agen2nya yang berbicara dan mengambil pentas utama dalam negara kita, termasuk media yang menjuarai golongan yang bertenbtangan ini.


Dengan itu suara majoriti yang sederhana, rasional dan pertengahan akan tenggelam begitu sahaja, tidak kedengaran, malah kalau bersuara pun, tak mungkin orang akan mendengarnya.


Kita berharap bahawa suara majoriti yang pertengahan dan jauh dari sentimen dan emosi melulu inilah yang akhirnya menentukan hala tuju dan perjalanan bangsa dan negara kita ini untuk kebahagiaan semua rakyat dan kaum, semua pengikut agama dan budaya yang berbeza2.

Comments

  1. BADMINTON, Kalau CW defensif, LD smashed selalu, sudah tentu CW kalah walau penyokong memenuhi gelanggang. Kalau BN, UMNO, Kerajaan defensif, pmbangkang smashed semua isu, walaupun lautan manusia menunggu ketibaan PM, BN akan kalah. Bila pembangkang kata, Mahkamah dipengaruhi pemerintah, BN defensif. Bila DSAI dibebaskan, BN kata, itu tandanya Mahkamah bebas. Tak ada yang kita dengan BN smashed balik: Yang sebenanrya pembangkang yang pengaruhi mahkamah. DSAI kata, tekanan luar. MP kata jangan rayu. GAY luar negara sokong. PN belum kata, nak merayu. Kenapa BN warkan soal liwat, kenapa tak bongkarkan soal gerakan luar yang yang mahu jadikan Malaysia seperti Negara Islam di Timur Tengah, boleh bilang negara Islam yang sengaja ditumbangkan dengan cara DSAI lakukan. BUKANKAH INI AMARAN ALLAH.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....