PROTES 9 JANUARI - BANYAK KONFLIK
Protes 9 Jan 2012 akan diadakan. Tempatnya di hadapan kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur. Sebelum lagi tarikh itu menjelang tiba, banyak konflik yang telah timbul. Konflik dan percanggahan pandangan antara rakan taulan dalam politik, antara adik beradik, rakan dan teman lama, malah kumpulan dan kelompok masyarakat madani, orang2 yang cintakan perdamaian dan yang ingin mencabar peradaban, serta lain2nya.
Kalau dipertimbangkan secara adil dan pertimbangan nilai moral dan budaya kita, terutamanya nilai akhlak dan agama, maka konflik seperti itu tidak seharusnya timbul dalam masyarakat manusia yang beperadaban, terutamanya secara terbuka dan lantang, dengan cemohan, umpatan, ketika banyak ruang berkomunikasi, berdialog, syura dan sebagainya dapat diadakan untuk mengelakkan konflik, apa lagi mencetuskan suasana dan keadaan begitu rupa sehingga dapat meledakkan emosi dan perasaan "ammarah" yang dibangkitkan begitu hebat sekali.
Akhir sekali percanggahan tentulah amat besar diantara penganjur perhimpunan ini dan pihak Polis. Pihak polis telah menyatakan pendiriannya, dan pihak penganjur juga telah berkeras akan mencabar segala peraturan serta undang2, lalu perhimpunan itu akan diteruskan juga !
Hari ini pihak polis menyatakan pendiriannya bertolak ansur, mengikut undang2 baru, iaitu perhimpunan itu boleh diadakan dengan beberapa syarat, terutamanya tentang cadangan tempat yang hendak diadakan perhimpunan tersebut, tentunya tidak di tempat yang dicadangkan, dihadapan kompleks bangunan Mahkamah Jalan Duta, tetapi di tempat lain yang sedia di rundingkan oleh pihak polis dengan pihak penganjur.
Kelihatannya masalah perhimpunan dan tempat yang hendak diadakan, telah selesai dengan persetujuan kedua belah pihak,penganjur dan pihak polis. Harap masing2 dapat bertanggung jawab dalam memelihara keamanan dan mengelakkan sebarang gangguan ketika terdapat persetujuan untuk diadakan perjumpaan ini pada 9 Januarai.
Yang berada di pihak keritikal ialah polis, kerana dalam situasi bagaimana pun, polis sering dipersalahkan oleh musuhnya. Malah ketika polis menjalankan tugasnya dengan hati2 dan baik, akan terdapat bantahan dan tuduhan liar terhadap mereka.
Kesediaan pihak polis membenarkan perhimpunan ini pun sebenarnya mengundang risiko kepada mereka. Oleh itu pihak yang berkumpul haruslah menghormati segala syarat yang dikenakan, jauhkan dari ledakan emosi yang boleh membangkitkan rasa marah, kerana apabila keadaan tidak terkawal, polis tentulah tidak akan mengusap kepala dan membelai orang2 yang bertindak kasar, berlembut dan membiarkan apa2 saja kekerasan yang hendak dilakukan kepada mereka. Polis juga adalah manusia biasa, dan kewajipan mereka ialah menjaga ketenteraman awam, bukan hanya sekadar menjaga orang2 yang merusuh atau memulakan pergaduhan.
Kita tetap "nervous" menunggu 9 Januari, dan takut serta bimbang, bukan hanya terhadap individu dan rakyat negara ini, malah akibatnya terhadap reputasi negara, ekonomi, dan agama serta budaya kita, yang sedang diintai2 oleh pihak musuh kita di luar untuk dirosakkan.
Semoga Allah SWT melindungi kita, negara kita, agama dan maruah kita....

Comments
Post a Comment