TAN SRI MUHAMMAD TAIB; DI MANAKAH SILAPNYA?
SURAT TERBUKA KEPADA TAN SRI MUHAMMAD MUHD TAIB Saya tidak berniat untuk mempertikaikan tindakan Tan Sri untuk menyertai PAS, kerana Tan Sri bebas memilih mana-mana parti politik untuk kembali bergerak aktif, terutamanya apabila Tan Sri memberi alasan untuk menyatu padukan bangsa dan mewarnai perjuangan negara dengan “roh Islam”. Saya berbangga kerana Tan Sri memberikan contoh “roh Islam” ini kepada saluran Radio yang di asaskan ketika saya mengetuai Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) iaitu Radio IKIM, yang disebutkan sebagai saluran yang mendapat rating yang tinggi. Saya pernah bergerak bersama-sama dengan Tan Sri, terutamanya ketika Tan Sri menerajui negeri Selangor sebagai Menteri Besar. Penglibatan saya dengan Tan Sri secara langsung ialah ketika menganggotai Lembaga Pengarah Kolej Islam Selangor Darul Ihsan (KISDAR) dan merancang penubuhan sebuah Bandar yang dinamakan “Bandar Ilmu” dengan konsep pembangunan bandar yang bersepadu dengan pembangunan insan, ilmu penget...