FATWA SEMBAHYANG AHLI UMNO?




SEMBAHYANG AHLI UMNO TAK DAPAT PAHALA?


Inilah maksud tajuk berita dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini, Jumaat 5 April 2013. Hal ini merupakan satu "fatwa" oleh seorang ulamak, dan tidaklah seharusnya dipandang enteng dan mudah. Sama ada fatwa ini merupakan fatwa politik atau tidak, bukanlah menjadi isunya. Tetapi kandungan fatwa inilah yang seharusnya dibicarakan.

Saya tidak tahu berapa ramaikah ahli UMNO di negara kita pada hari ini? Mungkin 3 juta atau 2 juta? Ertinya ibadat solat oleh bilangan umat Islam yang ramai ini tidak diterima Allah? Kerana tidak dapat pahala? Kalau betul begini, maka mereka semuanya haruslah di "islamkan" semula untuk menjadi Muslim yang diterima segala amal ibadatnya.

Saya tidak dapat memahami dengan jelas sebabnya fatwa ini dikeluarkan. Tetapi yang saya faham, mungkin saya salah, ialah kerana UMNO menolak Islam, maka solat ahli-ahlinya tidak mendapat pahala.

Menurut Tok Guru, UMNO menolak Islam ialah kerana mengambil dasar "kebangsaan" bukan mengambil Islam yang diturunkan Allah kepada manusia melalui Nabi Muhammad SAW. Kita memerlukan penjelasan yang lebeh lanjut tentang konsep "kebangsaan" dan "Islam" di sini, yang dikatakan bercanggah, iaitu mengambil dasar "kebangsaan" bererti menolak Islam. Maknanya Kerajaan yang diterajui UMNO adalah kerajaan "kebangsaan" bukan kerajaan "Islam' betulkah begitu? Adakah "kebangsaan" bererti "sekular"? Hal ini sungguh mengelirukan.

Saya menunggu penjelasan dari alim ulamak, para Mufti dan cerdik pandai Islam sendiri tentang konsep dan pengertian "kebangsaan" dan " Islam" dalam konteks ini yang dikatakan bercanggah, sehinggakan dasar "kebangsaan" itu merupakan satu dasar yang menolak Islam. 

Bagaimana pula dengan usaha Kerajaan memartabatkan Islam dalam semua bidang kehidupan di negara kita selama ini? Apakah semuaanya itu luput dan sia-sia saja?

Isu yang dibangkitkan oleh Tok Guru ini ialah isu yang menyentuh akidah dan ibadat jutaan umat Islam di negara kita. Adakah kita semua hanya patut memekakkan telinga sahaja mendengar saudara-saudara seagama dengan kita dihukum begitu?




Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....