CALON DAN PENGUNDI: SIAPAKAH LEBIH BERKUASA?
CALON DAN PENGUNDI PILIHAN RAYA: SIAPAKAH RAJA DAN SIAPAKAH RAKYAT?
Pada 20 April 2013 yang lalu, saya telah berada di satu tempat di utara Semenanjung, mencipta satu sejarah dalam hidup saya, iaitu untuk menemui calon PRU 13 sebelum calon itu menghadirkan diri bagi mendaftarkan namanya sebagai calon..Saya hadir untuk bersalaman dengan nya dan mendoakan kejayaannya. Saya sebelum ini tidak pernah bertindak demikian, sebab itulah saya katakan bahawa hal ini merupakan satu sejarah dalam hidup saya...
Perarakan calon itu ke dewan tempat penamaan calon bermula dengan bacaan doa, kemudian disambut dengan sorakan dan suara pekikan penyokong beranika ragam, gegap gempita memecahkan suasana pagi yang mulai berbahang itu, dan mulai bergerak dengan kibaran bendera lambang parti yang memenuhi jalan raya yang kebetulan pada masa itu sedang meluap-luap dengan bau masam sampah disekitarnya dari tong sampah dan aliran air kotoran sampah yang membanjiri jalan raya...
Mungkin betullah kata Pengerusi SPR bahawa Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia ini yang seorang calon akan ditemani oleh ribuan penyokongnya ketika menghadirklan diri untuk mengemukakan kertas pencalonannya. Memang pada hari ini terasa sangat suasana perayaan yang dialami oleh orang ramai, cuma yang berbeza ialah bentuk sepanduk dan bendera lambang parti yang berbeza yang dibawa oleh ombak manusia yang beranika ragam itu, iaitu masing-masing berdiri di dalam kumpulan mereka sendiri secara berasingan, supaya tidak timbul pergelutan atau sebagainya yang boleh menimbulkan kekacauan.
Pilihan Raya telah diadakan sebanyak 12 kali di negara kita, dan hari mengundi yang telah ditetapkan pada 5 Mei ini menggenapkan bilangan ke 13 pilihan raya diadakan dinegara kita. Bagaimana pun seperti yang telah saya paparkan di dalam blog ini, ramai orang yang mengatakan bahawa PRU ke 13 ini merupakan satu PRU yang amat sengit. Saya rasakan pun begitu, kerana kali ini kita menghadapi persaingan sengit, kadang-kadang membawa angin permusuhan, taksub kaum dan etnik, sikap melampau dalam keagamaan dan sebagainya, kelihatan menjadi trend PRU kali ini.
Kita tentulah tidak mengharapkan orang sekarang menjadi manusia ideal seperti zaman Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya, tetapi dalam masa yang sama kita juga tidak mahu menyaksikan tingkah laku, tatasusila dan tindakan melampau pemimpin dan penyokong parti menjadi amat taksub dan partisan, penuh emosi, menaburkan fitnah dan berkelakuan yang terkeluar dari adab-adab dan nilai moral Melayu serta Islam sendiri dalam bertentangan ideologi politik, berebut kuasa, meraih undi, dan mencari kemenangan.
PRU yang telah kita lalui sebanyak 12 kali sebelum ini sepatutnya telah dapat menjadi gelanggang pendidikan yang mematangkan pemikiran dan sikap kita, tetapi nampaknya PRU kali ini sebaliknya menjadi kan orang-orang yang berminat politik menjadi lebih partisan, fanatik, menyembah pemimpin secara membuta tuli, tidak dapat berfikir secara rasional, malah sering terperangkap di dalam persepsi yang salah mengenai orang lain dan agensi-agensi yang tidak berkaitan dengan politik kepartian.
Para calon menjadi lebih ghairah untuk masuk bertanding di dalam PRU, dan para calon tidak lagi masuk bertanding atas nama parti mereka untuk memperjuangkan kefahaman politik parti yang mereka anggotai, sebaliknya ramai para calon yang tidak dicalonkan untuk bertanding atas nama parti mereka yang mereka setia selama ini bagi memperjuangkan ideologi dan agenda parti mereka yang mereka imani selama ini, akan masuk bertanding atas nama peribadi sendiri, seolah-olah pintu PRU terbuka untuk perjuangan bagi menegakkan nama individu sendiri, mencari kepentingan diri dan melupakan perjuangan parti sendiri secara jemaah dan kolektif..
Hal ini berlaku dalam semua parti politik yang bertanding kali ini, dan calon-calon yang "menderhaka" kepada partinya ini memang telah nekad dan sanggup mengorbankan kariernya dalam parti asal mereka asalkan mereka dapat memuaskan hati mereka sendiri dalam merebut kerusi Parlimen atau DUN atas nama peribadi sendiri, tanpa perlu berkompromi, berunding dan mengurbankan kepentingan individu.
Memang kita akui bahawa calon-calon dari parti tertentu berhak untuk bertanding sebagai calon bebas, malah adalah menjadi hak semua orang untuk bertanding di dalam PRU, sehinggakan Tok Mun yang telah berusia 92 tahun itu pun bebas untuk bertanding. Tetapi yang menjadi persoalannya ialah kerana PRU yang telah berlangsung selama 12 kali di negara kita ini nampaknya gagal untuk mendidik rakyat kita bagi menentukan perjuangan politik mereka, iaitu berjuang untuk prinsip bersama, atau berjuang untuk kepentingan peribadi sendiri.
Persaingan kita dalam mengejar kebendaan dalam dunia moden pada hari ini, dan dasar perjuangan yang lebeh mementingkan individualistik dalam zaman global ini, nampaknya telah menjalar ke dalam segala lapangan kehidupan kita, termasuk dalam perjuangan politik pada hari ini.
Bagaimana pun tafsiran ini mungkin silap, kerana pada sesetengah orang, PRU ke 13 yang menyaksikan begitu ramai calon bebas bertanding, maka hal ini menunjukkan "kematangan" rakyat Malaysia dalam mengambil peluang dari amalan demokrasi berparlimen ini dalam melaksanakan dasar tersebut.
Tetapi satu hal yang tidak boleh dinafikan, para pengundi mungkin akan kebengungan sebentar ketika memegang pen untuk memangkah calon pada hari pengundian nanti kerana terdapat calon yang mewakili parti dan calon yang mewakili dirinya sendiri. Apakah dasar negara dapat dibentuk dengan usaha dan polisi kolektif dari kelompak ahli YB atau dapat ditentukan dengan suara individu sahaja ?
Dalam konteks inilah saya rasa para pengundi akan dapat menentukan pendirian dan pilihan masing-masing ketika mengundi calonnya nanti, kerana sekiranya PRU gagal mendidik para pemimpin dan penyokong parti, maka para pengundi majoritilah yang seharusnya bertindak mengajar dan mendidik orang ramai, terutamanya para calon yang bertanding.
Dengan ini sahaja, maka Pilihan Raya mungkin akan dapat menjadi satu saluran pendidikan kepada rakyat kita, terutamanya para aktivis dan pemimpin parti politik kita, yang selama ini merasakan bahawa merekalh raja dan ketua, sedangkan pengundi itulah sebenarnya yang menjadi raja dan ketua..
Dalam perasaan dan kefahaman inilah akhirnya semua para penyokong calon yang bertanding dan telah pun selesai menjalankan proses penamaan calon, akhirnya menaiki motosikal, atau berjalan kaki, serta yang menaiki kenderaan, berpusu-pusu meninggalkan dewan dan lapangan di hadapan dewan itu pulang ke rumah, sedangkan ramai diantara mereka singgah minum dan makan di kedai makan dan minum di tepi jalan, dan para calon menaiki kereta besar meluncur dengan lajunya menuju ke distinasi masing-masing...

Comments
Post a Comment