DR MAHATHIR - ANWAR IBRAHIM; KENANGAN SAYA KE OGOS 1998




MENYELAK KEMBALI CERITA BULAN OGOS 1998

Ketika saya berkhidmat sebagai KP IKIM (1992 - 2002) saya mengetahui juga kisah-kisah yang berlaku dalam JPM, iaitu ketika Tun Dr Mahathir menjadi PM. Saya rasa ingat-ingat lupa ketika dalam bulan Ogos 1998, saya melihat hubungan baik di antara Tun Dr Mahathir dengan Timbalannya Dato' Seri Anwar Ibrahim..ketika pada satu ketika dalam bulan itu DSAI berkata kepada Tun M kira-kira begini, yang saya masih ingat, tetapi tak perlu saya nyatakan sumbernya..."Dato' Seri telah mengenali saya begitu lama. Kita telah lama berjuang bersama dan kita saling mempercayai. Kita telah mengharungi pelbagai cabaran politik. Dato' Seri yang membawa saya untuk aktif di dalam Umno, mengasuh, membimbing dan memberi saya peluang untuk maju sehingga ke jawatan sekarang. Saya bukanlah orang yang mudah melupakan budi. Justeru itu setiap kali ada usaha untuk menggugat Dato' Seri sayalah orang yang pertama yang akan tampil membela Dato' Seri bagaimana getir sekali pun keadaan...Kesetiaan saya kepada Dato' Seri tidak berganjak dan janganlah ia dicurigai justeru kerana fitnah yang ditabur oleh golongan yang cemburu dan sakit hati. Segala fitnah yang dilemparkan kepada saya tidak lain satu konspirasi politik....."

Itulah satu catatan sejarah, kisah perhubungan mesra dan erat antara dua manusia.....Dalam konteks dan masa yang sama DSAI mencurahkan perasaannya begini...."....ingin memberikan penjelasan kepada Dato' Seri berhubung dengan fitnah dan tohmahan peribadi dan politik yang dilemparkan kepada saya. Saya berasa amat sedih dan kecewa kerana pelbagai fitnah dan tuduhan keji telah direka oleh segelintir manusia yang tidak bertanggung jawab untuk mengelirukan masyarakat dan menimbulkan keraguan terhadap akhlak dan keperibadian saya. Mereka juga mempertikaikan taat setia saya kepada Dato' Seri yang saya ucapkan secara terbuka berulang kali........

Namun sebagai abang dengan adik, atau bapa dengan anak, Tun M masih membela DSAI ketika itu dan marah kepada orang "yang buat fitnah"" itu....sebab itulah DSAI mengucapkan kata-kata berikut ....."Saya mengucapkan terimakasih kepada Dato' Seri kerana membela saya dari fitnah tersebut. Atas nasihat serta pandangan Dato' Seri - walau pun Peguam Negara pada ketika itu berpendpat sebaliknya - saya tidak memanjangkan perkara tersebut, lebeh-lebeh lagi kerana ianya turut melibatkan atau dikaitkan dengan tokoh-tokoh Kerajaan dan politik seperti.........."

Demikianlah secebis catatan bulan Ogos 1998 dulu, lama dulu, ketika dunia masih muda tanpa gelora seperti dunia zaman sekarang yg telah tua...Tun M masih punya pandangan yang dikaburi oleh kelunakan kata dan suasana senja yang belum menampakkan cahaya siang yang terang benderang....

Mungkin apa bila malam berlalu dan cahaya siang mendatang, ketika itu baru Tun M dapat melihat dunia sebenarnya, samalah dengan orang yang menyingkap cerita Ogos 1998, maka kini, setelah puluhan tahun berlalu, orang itu akan dapat memahami apa-apa yang tersurat dan tersirat dari ungkapan kata-kata seperti yang dihamburkan ketika itu, yang sebahagiannya dapat saya ingat kembali seperti yang saya catatkan di atas....Kewarasan dan kebijaksanaan orang yang menganalisakan bahasa dan psikologi manusia serba lemah, akan dapat mengambil kesimpulannya tersendiri tentang segala yang berlaku pada masa dulu dan pada masa kini...tentang manusia yang sering berubah-ubah pada lahirnya...tetapi hakikat dalamannya tetap sama.

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....