13 MEI DARI KACA MATA SAKSI SEMASA
MEI 69 DARI KACA MATA SAKSI SEMASA
Saya dan arwah isteri bekerja di DBP pada tahun 1969. Anak kami, Zaki, lahir pada 22 Mac 1969. Ketika dilahirkan, iaitu ketika masih bayi, dia selalu tersumbat hidungnya dengan "tahi hidungnya" sendiri sehingga sering juga terpaksa kami bawakannya berjumpa doktor untuk korek lubang hidungnya!
Pada pagi 13 Mei 1969 kami bawa dia ke kelinik di Brickfields, juga untuk korek hidungnya. Dalam perjalanan pulang, ketika kami berjalan ke kereta, seorang pemuda India memberitahu kami, ada satu pergaduhan besar di Kampung Baru, dan dia nasihat kami balik ke rumah segera. Rumah sewa kami pada waktu itu ialah di Persiaran Lornie, off Jalan Lornie (Jalan Syed Putera sekarang) di tengah-tengah komuniti Cina.
Sehari sebelum itu, saya dan arwah isteri pergi ke pasar besar KL(Pasar Seni sekarang). Kami telah melihat, beberapa buah lori dengan ramai orang di atasnya dan yang mengikurinya berdemonstrasi, rioh rendah, hingar bangar, dan kami nampak orang yang berada di atas lori mengangkat penyapu, yang kemudiannya baru kami tahu bahawa mereka yang membawa penyapu dan mengangkatnya ke udara sambil berpekik ialah untuk menyapu orang Melayu masuk longkang. Lori mereka bertanda Roket, lambang parti politik yang memasuki Pilihan Raya ketika itu, iaitu pilihan raya pada 10 Mei 1969.
Pada 13 Mei 1969 itu bila kami sampai ke rumah, barulah kami tahu dari TV bahawa satu pergaduhan kaum telah berlaku. Perentah berkurung telah dikenakan di negeri Selangor dan KL. Kami tak berani keluar, kerana di sekeliling kami semuanya rumah Cina. Tetapi jiran terdekat kami yang bernama Mr. Wong, seorang tokeh emas di KL, datang bertanya, esoknya, kalau kami mahu apa-apa, susu anak, sayur dan makanan lain, kerana dia nak keluar siang hari itu ke pasar Pudu.
Dia balik membawa keperluan itu kepada kami dan memesan kepada kami berulang-ulang kali supaya jangan keluar, biarlah dia membawa makanan, beras, gula dan lain-lain untuk kami. Dia tinggal bertemu halamam dengan kami, tanpa berpagar, anaknya yang masih kecil Ooi Fan, selalu main basikal dari rumahnya terus masuk depan rumah kami, sembang-sembang macam-macam cerita.
Kami tidak peduli sangat tentang pergaduhan kaum itu, kerana politik pada masa itu, tidaklah tersebar luas seperti sekarang, namun kami dapat faham akhirnya bahawa keputusan Pilihan Raya ketika itu membangkitkan rasa perkauman kepada orang Cina yang kononnya merasakan diri mereka tidak dilayan dan diberi hak yang adil, ditambah lagi dengan dasar Malaysian Malaysia yang disuburkan juga oleh Parti Tindakan Rakyat Singapura. dan hal ini menyemarakkan rasa perkauman di kalangan kaum Cina yang radikal, sehingga menjadi ancaman kepada orang Melayu, dan kerana itulah tercetusnya api pergaduhan dan rusuhan di antara kaum ini.
Namun begitu, tragedi ini tidak berlarutan begitu lama, kerana Kerajaan dengan kebijaksanaan dan hikmah yang tinggi pada pimpinan Tun Razak dan Tun Dr Ismail, telah berjaya mententeramkan semula ketegangan kaum, dan membawa negara ke landasan yang labeh adil, toleransi, persefahaman dan harmoni, iaitu mengembalikannya ke dalam pemerintahan demokrasi seawal tahun 1971..
Bagaimana pun semasa kami balik bertugas semula di DBP setelah keadaan agak aman selepas tregedi Mei 69 itu, terasa sangat semangat perkauman masih tebal, dan orang Melayu merasakan diri mereka terhina, malah sikap orang Cina menjadi bertambah bongkak, namun begitu, ramai lagi orang Melayu dan Cina yang lebeh memahami situasi dan kewajipan mereka untuk kembali hidup dalam masyarakat berbilang kaum ini dengan lebeh bersefahaman dan bersatu. dibandingkan dengan hanya segelintir sahaja rakyat yang bersikap radikal dan emosi, maka keamanan segera kembali mewarnai negara kita.
Itulah peristiwa Mei 1969 yang kami alami sendiri, dan yang dialami di tengah-tengah masyarakat orang Melayu di DBP, yang anak-anak mudanya telah berarak beramai-ramai ke Kampung Baru pada 13 Mei itu sebagai reaksi kepada tindakan kasar kaum Cina itu, dari rumah Datuk Harun Idris, MB ketika itu, dengan bersenjatakan kayu dan besi, tetapi mereka bagaimana pun telah ditenteramkan.
Pendeknya rasa perkauman yang dibangkitkan oleh kemenangan dalam pilihan raya, penuh emosi dan sentimen, boleh menimbulkan kekacauan yang besar begini. Tetapi tragedi ini berlaku dalam tahun 69 ketika perhubungan antara orang ramai amat terhad. Tidak dapatlah digambarkan bagaimana kah akibatnya sekiranya tragedi ini berlaku pada ketika ini, iaitu ketika perhubungan amat meluas seperti sekarang, ketika kita mempunyai internet, blog, sms, telefon bombit dan sebagainya, yang kalau pergaduhan seperti Mei 69 itu berulang kali ini, maka mungkin seluruh negara akan dilanda api permusuhan dan pembunuhan dalam masa beberapa saat saja, kerana dalam zaman IT ini seluruh rakyat di segenap pelusuk negara akan mendapat mesej dan arahan yang amat cepat sekali.
Tambah beruntung lagi orang Melayu dan Islam ketika itu ialah kerana kesepaduan dan kesetiaan umat Melayu sendiri terhadap Perlembagaan, perjuangan bangsa dan agamanya, dan tidak dipecah belahkan oleh para pemimpin politik yang tidak bertanggung jawab, yang mempunyai kepentingan peribadi atau puak yang tertentu. Kesepaduan umat Melayu ini berjaya membina kekuatan mereka dan menyelaraskan perjuangan mereka yang teguh dalam menghadapi musuh, iaitu musuh dalam selimut, dan musuh dari luar yang bersembunyi di sebalik tabir.

Zaki sekarang ini pun dah dewasa benar, beranak empat, saya pun mengalami hal itu puluhan tahun dulu, dan ibunya telah meninggal pada tahun 2004, namun sekarang teringat juga saya bahawa kita bernasib baik pada masa itu, kerana pergaduhan kaum amat terhad, di daerah yang kecil sahaja di negara kita...namun banyak tafsiran sejarah dan banyak pelajaran yang dapat saya ambil, yang mungkin tidak difahami oleh generasi sekarang.....
PRU 13 berada diambang pintu, berhati-hatilah semua rakyat pelbagai kaum, kerana hidup di dalam negara pelbagai kaum ini amat keritikal, secebis saja api dinyalakan, perkauman atau agama, terutamanya dari ketua-ketua politik yang cetek akalnya, akan menyebabkan seluruh negara ditimpa mala petaka...hancur lebur....musnah dalam sejarah kegemilangannya....
Di samping itu keadaan umat Melayu yang berpecah belah di negara kita pada masa ini sememangnya mengundang musuh dalaman dan luaran, dari kalangan bangsa dan agama sendiri, juga dari kalangan musuh asing. Ibarat rakyat Palestin yang berpecah belah kerana permainan musuh nombor satu mereka, iaitu Israel dan Zionis, maka nasib malang dan penderitaan rakyat Palestin sedang berlaku dengan hebatnya akibat dari permainan politik kotor Yahudi yang memecah belahkan mereka, dan mereka rela menari mengikut rentak gendang yang dipalukan oleh kaum Yahudi dengan hadiah gula-gula mereka itu....
Itulah namanya dirty game dalam politik kotor luar, yang dimainkan oleh pihak musuh, tetapi tidak disedari oleh tuan yang ampunya badan, ...Amat malang sekali...kita pun mungkin akan mengalami nasib yang sama..

Comments
Post a Comment