PRU 13 MELAHIRKAN TOKOH KARISME DAN SELEBRITI?


KARISME DAN DAYA TARIK TERSENDIRI: JAGA-JAGA JANGAN TERPEDAYA...!

PRU ke-13 akan melahirkan ahli-ahli politik yang penuh karisme dan daya tarik masing-masing. Karisme merupakan sesuatu yang dimileki oleh seseorang calon PRU, ahli politik, tukang kempen dan sebagainya, yang dapat tampil di hadapan orang ramai dengan penuh gaya kerana susuk badan dan pakaiannya yang unik, pidatonya yang menawan hati dan perasaan orang yang mendengarnya, kebolehannya meniupkan semangat ramai yang penuh dengan permainan kata-kata atau pengucapan yang berapi-api, malah sekali-sekali membuat gaya kelakar yang menggelikan hati, penuh makna, sinikal dan menghiburkan.

Ahli politik yang akan bermati-matian berkempen pula adalah terdiri dari orang bijak, berilmu, segala ilmu termasuk ilmu agama, glamour, artis, bekas pegawai tinggi, seleberiti, jaguh "realiti TV" dan sebagainya yang semuanya , atau hampir semuanya, telah menempah nama dan terkenal di dalam masyarakat tanah air, terutamanya yang dipopularkan oleh TV dalam berbagai saluran, termasuk juga program termasyur, Forum Perdana, Imam Muda, Ustazah Pilihan, Solehah, dan lain-lain...!

Inilah kumpulan orang yang mempunyai pengaruh di dalam masyarakat moden pada hari ini, iaitu yang memiliki karisme, terkenal, mempunyai daya tarik tersendiri, dan mereka inilah yang mendapat perhatian umum, lalu mereka inilah yang digunakan untuk mempengaruhi pengundi. Mereka mempunyai nama tersendiri, penampilan yang mungkin merupakan luaran dan kulit, sedangkan hakikat kebenaran dan isinya tidaklah seperti yang ditampilkan di hadapan umum, malah dalam dunia yang penuh dengan kepalsuan dan sandiwara ini, maka orang yang pandai berlakon dan berlagak itulah yang sering berjaya mempengaruhi orang ramai, sehingga orang-orang yang terpengaruh dengan mereka akan mendapat persepsi yang salah dari hakikatnya yang sebenar.

Inilah kesimpulan yang saya dapat ambil ketika orang ramai berseronok dengan kempen palsu orang-orang yang tertentu, yang berusaha mencari pengaruh, yang kadang-kadang lahir sebagai ulamak besar, pemimpin agung, personaliti suci dan asli, berilmu tinggi dan sebagainya, terutamanya ketika berusaha merebut kuasa politik untuk memerintah negara, sedangkan imej sebenarnya telah diketahui umum, iaitu oleh orang-orang yang mahu berfikir, teman-teman lamanya yang melarikan diri dari orang atau kumpulan itu...dan sebagainya.
Oleh itu kita amat memerlukan para pengundi yang akan mengundi di dalam PRU ke-13 ini, mestilah terdiri dari orang-orang yang boleh berfikir dengan baik, melihat segala seesuatu kenyataan yang berada di dalam masyarakat secara rasional, mempelajari dari sejarah dan peristiwa lalu dengan pemikiran dan akal, mencerminkan kejayaan diri, keluarga dan umat seluruhnya dengan ikhlas dan jujur.
Hal ini amat perlu dilakukan oleh orang Melayu dan Islam, supaya Melayu dan Islam akan tetap bertahan dengan baik, gagah dan masih utuh menghadapi segala cabaran untuk meruntuhkannya dengan kenyataan palsu dan penuh retorik.

Ketika mendengar kempen, janganlah terpengaruh dengan retorika dan permainan kata-kata, malah jangan lah terpengaruh dengan karisme dan daya tarikan yang palsu, tetapi sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran oleh Allah SWT, kita haruslah berfikir dengan baik, bijak dan mempunyai visi yang jauh untuk kepentingan agama bangsa dan keturunan anak cucu kita yang selama ini telah terbukti mendapat jaminan yang baik...

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....