Climate Change : Dunia mengdapi perubahan cuaca yang amat mendadak pada hari ini, dan ada diantaranya yang membawakan kemusnahan dan kehancuran seperti gerak gempa, banjir air dan lumpur, tanah runtuh dan sebagainya, yang bukan hanya memusnahkan harta benda dan tanaman, kilang, bangunan dan sebagainya, tetapi memakan korban nyawa manusia yang begitu banyak, mati, cedera, merana, trouma dan berbagai-bagai penderitaan fizikal dan spiritual yang amat dahsyat. Tetapi bencana ini tidaklah melanda negara kita sehebat yang berlaku kepada negara-negara lain, termasuk negara jiran kita, tidaklah berlaku gempa yang memakan korban nyawa, tetapi yang kita rasai hanyalah cuaca panas yang berterusan, peningkatan suhu udara yang tinggi, dan ancaman kekuranagn air yang berlaku di sana sini di negeri-negeri dalam Malaysia ini, yang mengakibatkan kebimbangan kepada rakyat umumnya. Bimbang takut catuan air, tidak air untuk bercucuk tanam, menyiram bunga, membasuh kereta, memasak di restoran dan sebagainya. Bagaimana pun bencana yang berlaku di Malaysia akhir-akhir ini hanya sanya bencana manusia yang ganas, rakus, tidak bersopan, tindakan tidak bertamadun, celupar, kasar perkataan, dan tidak beradab atau beretika seperti yang seharusnya diharapkan dalam perjalanan bangsa kita menuju matlamat mewujudkan negara maju dalam ekonomi dan perindustriaan, sains dan teknologi pada tahun 2020, dan menuju matlamat untuk menjadikan bangsa Malaysia sebagai satu bangsa yang bermoral, beretika dan berpegang teguh kepada nilai-nilai moral dan agama. Orang-orang yang seharusnya merupakan penggubal dasar negara dan pemimpin rakyat di dalam gedung undang-undang seperti Parlimen yang terkenal sebagai Dewan Rakyat, iaitu tempat para wakil rakyat berkumpul, berbincang, berbahas untuk kepentingan rakyat, tiba-tiba bertukar menjadi medan kata mengata, pekik memekik, jerit menjerit dan sebagainya dihadapan mata rakyat, mata orang tua, mata orang asing, mata kanak-kanak, pelajar sekolah, belia dan semua kalangan masyarakat, yang memerhati gelagat mereka yang semakin menjadi-jadi sejak Malaysia menjadi sebenar-benarnya negara “demokratik”, dengan mempunyai ramai ahli pembangkang yang gagah, menjadikan Parlimen yang Dewan yang benar-benar “mewakili semua golongan rakyat”, yang ahli-ahlinya menjadi pilihan rakyat ! Saya berada di United Kingdom lebeh dari empat tahun semasa saya menyambung pelajaran di sana, dan setiap kali saya membuka TV menonton perbahasan Parlimen mereka, tidak pernah sekali pun saya melihat sebarang ahli mengganggu ketika seorang MP lain berucap, walau sepedan mana sekali pun, atau sehebat mana sekali pun keritikan yang ditujukan kepada sesiapa saja dalam Parlimen itu. Tidak pernah saya lihat ahli-ahli YB itu mengeluarkan kata-kata yang berbentuk ancaman, hasutan, kasar dan tidak bersopan. Tak pernah mereka berebut untuk bercakap sekiranya Yang Dipertua Dewan belum memberi izin. Malah sepanjang yang saya tahu, tak ada ahli-ahli yang keluar beramai-ramai meninggalkan Dewan sebagai tanda protes, berkelakuan seperti kanak-kanak yang kempunan coklat atau aiskrem. Tapi hal ini berlaku dalam Dewan kita, berlaku dengan amat hebat dan memalukan selepas Pilihan Raya yang lalu, selepas kononnya dengan kepuasan bahawa “rakyat telah mengambil kuasa demokratik” yang sebenarnya dengan memilih wakil yang mereka sukai, yang “dapat memperjuangkan demokrasi, menghapuskan rasuah, mewujudkan masyarakat bermoral, melindungi maruah dan agama” dan berbagai-bagai lagi teori pemerentahan lainnya, yang kelihatan amat menarik dan memberi harapan yang ideal bagi Malayis yang maju bertamaddun dan sebagainya. Oleh itu, rakyat rasanya perlu menyedari semula keadaan cuaca dan suasana alam tabie kita sebagai sebuah negara yang amat unik, yang memerlukan bangsa yang juga unik, yang mempunyai jati diri dan identiti sendiri, bukan negara caca murba, ganas, tidak bermoral dan tidak beradab. Tahun 2020 hanya berada di ambang pintu dan kita akan melihat mataharinya muncul, tetapi apakah wakil-wakil kita masih berada dalam tahun lima puluhan, atau enam puluhan, ataua zaman batu dan kayu yang tidak mengenal batas-batas kesusilaan dan ketertiban, nilai-nilai moral kerohanian agama kita. Climate Change seperti yang berlaku di tempat lain, tidak perlu berlaku kepada negara kita, climate change itu biarlah berlaku ditempat lain, dan kita akan sentiasa terlindung dari mala petakanya.

DdKKit

Comments

  1. Memang Prof, cuaca kita panas kerana perbuatan kita sendiri, dan kita kacau bilau kerana taksub dan fanatik partisan wakil2 rakyat kita sendiri, terutamanya pihak pembangkang yang terlalu "naik daun" lebeh sudu dari kuah, tak sedar diri dan tidak beradab. Sampai bila hal ini akan berlaku, hanya Allah saja yang tahu, Kita mohon Allah memberikan hidayah-Nya dan tunjukkan kebenaran kepada rakyat yang fanatik partisan dan penyembahan personaliti yang berlaku sekarang. Syabas Datuk Prof.

    ReplyDelete
  2. MUSIM KEPANASAN KEPADA ORANG POLITIK, SAMA ADA YANG MENGATA ATAU KENA KATA. YANG MENGATA IKUT SEDAP MULUT, TAPI MUNGKIN BETUL DAN BENAR. YANG KENA KATA MUNGKIN TERASA PEDAS KERANA MEMANG DIA MAKAN CILI, SEBAB TU LARI KELUAR DEWAN TAK MAU DENGAR. PAK LEBAI DAN GENG TENTU TAK BOLEH KAWAN, KUCING DAN TIKUS TENTU TAK BOLEH PAKAT, HARIMAU DAN KAMBING TENTULAH TAK BOLEH SEKANDANG, TAPI DALAM POLITIK SEMUA BOLEH JADI, DUNIA DAH AKHIR ZAMAN, MELAYU MELAYU, ISLAM DAN ISLAM, TAK KISAHLAH TERGADAI HANCUR PUN, ASALKAN AKU DAPAT KUASA.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....