KESABARAN NABI AYYUB


 

KETIKA NABI AYUB MENDERITA

PEDIHNYA HIDUP

MENGALAMI KESAKITAN BADAN DAN JIWA,

KETIKA JASADNYA DIMAMAH ULAT

DAN KUMAN-KUMAN MARAYAP

MENYERANG SELURUH TUBUHNYA,

IA PERSIS MENGHADAPI KEMATIAN

DAN SAAT-SAAT PENGAKHIRAN


 

MALAH ISTERINYA MENGHILANGKAN DIRI

JIJIK DAN MUAK

MENGHADAPI BANGKAI BERNYAWA

ANAK-ANAKNYA MATI SEMUANYA

HARTA BENDANYA PUPUS KEHABISAN


 

MAKA NABI AYUB

SEGERA MENYEDARI DIRINYA

SEBAGAI HAMBA KERDIL

KEPADA ALLAH YANG MAHA ADIL

HARUS SABAR DAN TABAH

GAGAH DAN PERKASA

BERDOA DAN BERHARAP

MEMOHON RESTU

KEPADA ALLAH MAHA KUASA

AGAR DIKUATKAN IMAN

TABAH DAN MENYERAH


 

MAKA ALLAH MAHA PENGAMPUN

MAHA PENYEMBUH DAN PENAWAR

MAHA BERKUASA DAN MAHA PERKASA

PENGASIH DAN PENYAYANG

NABI AYUB BERANSUR PULEH

KEMBALI SEGAR

AFIAT DAN SIHAT

LAMBANG KEKUATAN IMAN

TABAH DAN SABAR


 

INILAH ARTINYA BERSABAR

IAITU SABAR AYYUB

MAKNA BERSERAH

SEPERTI BERSERAHNYA YUNUS

TEKUN BERIKHAITAR

SAMA IKHTIARNYA ADAM DAN IBRAHIM

BERDOA, BERUSAHA DAN BERTAWAKKAL

SEMUANYA HANYALAH KEPADA ALLAH SWT


 

(Inspirasi dari Surah Al-Anbiya', ayat 83 – 84)


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....